Rindu Siri 2: Lafaz Selamat Tinggal Belum Terucap


"Aku mengharapkan satu hari yang indah, tetapi Allah berikan aku guruh dan hujan... Aku mencari-cari ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan aku pelangi yang cantik"

Kata-kata yang sering dibaca, didengar, diperkata, kala manusia ditaut keresahan, kelemahan, kesedihan, kegagalan.

Lama berfikir. Kenapa kita selalu mencari-cari apakah hikmah disebalik setiap ujian. Mencari-cari apa pengakhiran setiap cubaan. Mencari-cari kurniaanNya selepas diuji. (Kenapa aku? em... mungkin sebab Allah sayang aku. Bila Allah nak bagi ni? em... mungkin Allah nak bagi yang terbaik kot untuk aku, sebab tu lambat. Kenapa susah sangat ujian ni? em... mungkin sebab Allah nak suruh aku jadi lagi kuat... etcetera) Sedar atau tak, terkadang hati bagai mempersoal bait-bait catatan takdir oleh dakwat pena yang telah kering. Manusia... manusia...

Manusia ni betul-betul hamba yang lemah kan? Hamba yang selalu mengharapkan sesuatu daripada pemiliknya setiap kali selesai menjalani tugasan. Tapi, kitakan hanya di taraf hamba. Layak kah terlalu meminta-minta? Layakkah untuk terlalu mendesak? Layakkah untuk rasa tak puas hati? (Eh, Tuhan dah bagi sebuah kehidupan pun dah cukup baik tau. Banyak songeh pulak- Ni kalau nak menjawab persoalan-persoalan ni dengan bahasa mudah) =)

Dalam mehnah Illahi... Didikan langsung dari Illahi... Tak usahla terlalu bertanya, adakah akan dikurniakan pelangi? Bila pelangi nak keluar? Kat mana akan nampak? Kita selalu terlupa kan. Bahawa hujan itulah adalah rahmat Allah. Rahmat ujian.

Mind set- Bestnya Allah pilih aku! Allah peringatkan aku. Allah sedang tegur aku. Allah perkuatkan aku. Allah sayang aku. Allah tak lupakan aku. Allah tak nak aku leka dan alpa. Allah nak bersihkan dosa-dosa aku... and the list just goes on... non-stop!

Bayangkan kalau hari-hari yang dilalui sentiasa di bawah sinaran matahari... Tanpa ada setitispun curahan air dari langit Illahi... Sejauh mana hati akan digetar dengan kekuasaan Tuhan? Sejauh mana hati akan sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan? Hidup yang terlalu diulit kesenangan, hidup yang terlalu diulit kegembiraan, hidup yang terlalu diulit keseronokkan... Tak mustahil, tapi susah. Manisnya bila Allah yang bantu kita untuk ingat kepadaNya.

p.s: hati yang retak itu selalunya akan lebih lunak dan ampuh. Dan lebih mudah untuk akrab dan dekat kepada Sang Pencipta.

Nota kaki:

Entry kali ni, membawa kepada dua kata-kata. Membawa saya kepada dua sahabat tercinta. Jika ingin damaikan jiwa dengan mehnahNya, saya akan ingat pada kalian berdua.

1. Keredhaan
2. Pergantungan semata-mata kepada Allah

2010 yang hampir melabuhkan tirai. 2011 yang bakal menjelma. Bagai sudah terasa cabarannya. Tanpa kalian berdua di sisi, masih belum terjangkau di minda bagaimana untuk membawa pedang perjuangan yang sedang diasah. Bukan tiada sahabat yang lain. Tidak. Sahabat di jalan ni takkan pernah tiada. Tapi sejujur-jujurnya, dalam 23 tahun kehidupan kurniaan Illahi, kalian berdualah orang yang paling banyak bahunya dipinjam. Tatkala saya ingin melepaskan keresahan, tatkala saya ingin melepaskan kerinduan, tatkala saya ingin melepaskan kesedihan. Seumur hidup, tak pernah menangis sebanyak mana saya menangis bersama kalian. Dan saya tahu, kalian pun tahu kan?

Bukan tak mahu pulang bersama, cuma hasrat di hati yang sudah berbeza. Dan Allah bagi apa yang kita benar-benar nak, kan? Babak yang dipanjangkan buat seketika. Walaupun cuma sebentar, insyaAllah sudah cukup. Terlalu sayang... dan kalian tahu... saya masih tak sanggup untuk melepaskan. Adelaide yang benar-benar mengajar erti cinta sebenar. Adelaide yang benar-benar merubah hidup seorang insan yang dulunya tiada tempat yang utuh untuk berpaut. Adelaide yang benar-benar basah... dan kalian tahu, kan? Namun Malaysia tetap akan menjadi tempat pengakhiran untuk menyemai benih.

Sendiri?


5/12/2010- Adelaide airport.

Terima kasih kerana menghantar di airport. Kepada yang lain, bi idznillah kita akan bertemu lagi tahun depan. Kepada kalian berdua, pada pagi itu, saya sematkan dalam diri. Takkan mahu menangis lagi di depan kalian. Cukuplah. Biar senyuman yang kalian sematkan untuk pertemuan terakhir kita di Adelaide. Tapi.... inikan saya. Dan kalian pasti benar-benar tahu. Titisan itu dengan perasaan yang bercampur. Sedih dan gembira. Sedih kehilangan kalian di Adelaide. Namun, gembira buat kalian yang akan memasuki laut. Moga mampu membersihkan noda-noda yang mencemar. InsyaAllah, akan bersama kalian kembali dalam beberapa bulan lagi.

Khas buat Circle of Eight

Manisnya ikatan yang tercipta. Manisnya pertautan ukhuwwah yang menemukan kita. Kalian pasti tahu, tapi saya tetap mahu memberitahu...

Benar-benar sayang kalian... fillah!

Kita yang takkan pernah terpisah. Selagi menyembah Tuhan yang satu. Selagi mengikuti sunnah Rasulullah. Selagi memegang risalah yang sama. Hati-hati ini kan sentiasa bersama. Pasti kita kan bertemu suatu hari nanti. Dalam liku perjuangan fisabilillah.

"Sesungguhnya Engkau tahu, bahwa hati ini telah berpadu, berhimpun dalam naungan cintaMu, bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan, menegakkan syariat dalam kehidupan, Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, terangilah dengan cahayamu, yang tiada pernah padam, Ya Rabbi bimbinglah kami....."



1. MMS
2. NFS
3. SKMS
4. SA
5. NSS
6. NBN
7. SNM
8. NFR



Circle of Eight... Moga terus tsabat ya akhawati...


Nota hati: Damaikan hatiku dengan ketentuanMu

Rindu Siri 1: Salah ombak atau pengemudi?


Salam dari kampung...

Balik Malaysia, rindu untuk mengetuk keyboard. Tapi bila kat rumah, susah nak dapat internet, banyak perasaan kerinduan yang tertimbun, tertangguh, terhimpun, terpendam, tersimpan. Perasaan yang pasti... Rindu... Rindu... dan rindu... Rindu akan mereka, rindu akan suasana...

Dah hampir 2 minggu tinggalkan Adelaide... Apa yang saya belajar? Bahasa Raeisha...
Shik Yu = Cik Yu
Pitish = Pitih = Duit
Shpin top = Spin Top
Pong = Pond (memang orang jati Teganu ek.. hehe..)
etc

p.s: bahasa Raeisha hampir sume kena ada 'sh' . Ni ke yang kita panggil 'pelat'? haih~~ bila duk jaga budak dua orang ni, baru faham kenapa orang kata kalau nak ada anak, better kalau gap 2 tahun sorang. Dulu tak setuju. Pe salahnya sorang setahun kan. Sekarang, dah angguk kepala. =p Bila ada budak dua orang ni kat rumah, memang takde buat keje lain la. Last-last, bila diorang tido, kita join la tido sekali. Takpe la, practice makes perfect! =)


Sekarang tengah prepare untuk hari bahagia kakak tersayang. Sebulan lebih je lagi tinggal. Moga Allah permudahkan segalanya. Moga keberkatan sentiasa bersama. Amin. Dalam debaran, terasa kesayuan. Untuk me'lepas'kan kakak tersayang...



Sekarang waktu "lapang" sangat banyak. Sangat rindu akan kesibukkan di Adelaide. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Penuh dengan pengisian T & D. Tapi sebenarnya, waktu "lapang" nilah peluang yang Allah sediakan untuk kita penuhkan ruang-ruang ilmu untuk menggerakkan T & D dengan lebih mantap. (Allah akan tuntut janji-janji itu)

Okeylah. Kena gerak balik rumah. Dah seharian duk rumah Abang Yo siapkan kerja. Jadi, masa untuk balik!

p.s: Orang selalu tanya. Macam mana laut? Em... hakikat yang nyata. Penuh dengan "tumpahan minyak". Penuh dengan "plankton-plankton". Penuh dengan "obor-obor" yang berbisa. Saya belum terjun ke laut yang dalam. Sekadar memandang jauh di sudut perigi pantai. Cuma kaki yang cuba bermain ombak di tepi. Itupun kaki dah terhiris. Laut yang dalam? Luka pasti lebih mendalam.

Sekarang baru faham apa makna "benih yang baik, dicampak ke mana-mana pun akan tumbuh menghasilkan sepohon pokok yang subur". Perjuangan di laut, tenggelamnya bukan kerana ombak. Tetapi kerana silapnya pengangkutan yang dibawa. Kekuatan ombak yang bakal menolak dah sentiasa kita tahu. Silapnya jika yang digunakan adalah sekadar rakit. Di sungai pun akan tenggelam, inikan pula di laut. Jika sekadar perahu, di sungai kita dibantu arusnya, di laut, beratnya untuk mendayung melawan ombak. Silap juga jika yang digunakan adalah kapal layar tanpa kemudi. Terumbang ambing dipukul ombak. Belayar mengikut telunjuk angin. Angin meniup ke barat, ke barat lah ia pergi. Angin meniup ke timur, ke timur lah ia belayar. Ampuh. Pegangan yang tak kukuh. Terlalu bergantung kepada suasana. Terlalu bergantung kepada bi'ah. Rupanya selama ini bukannya perjuangan. Tapi sekadar kata-kata yang di lontarkan. Semangat sekadar kerana mengikut teman.

Apa yang sebenarnya kita perlu adalah sebuah kapal, dengan layar yang baik, enjin yang berkualiti, dan kemudi dan mantap. Tak salah ada layar, jika angin yang meniup membawa ke destinasi yang dituju. Tapi, bila angin salah arah, saatnya layar diangkat. Tiba masa kita sendiri pasangkan enjin dan gunakan kemudi membawa ke haluan yang satu.

Kita banyak kerja. Patutnya masa lapang takkan pernah wujud. Masa rehat takkan pernah ada. Perkataan futur takkan pernah menjelma. Kan?


Nota hati: perlukan sokongan untuk menghadapi kehidupan tahun depan. Aku dan Tuhanku. Terima kasih.

Catatan Takdir


4/12/2010, 5.33 pm- North Terrace, Adelaide.

Traffic light King William Street.

Seorang hamba Allah. Allah kurniakan kekurangan. Jalannya tempang. Namun dia gah berjalan. Menghadapi pandangan mata manusia. Menghadapi pandangan mata dunia. Tapi, adakah hidayah miliknya? Saya tertanya.

29/11/2010, Caltex Campbelltown.

"Why are you wearing this? Is it because of your custom?" Tanya kakak cashier sambil tunjukkan kepada tudung yang saya pakai. Pandangannya penuh tanda tanya dan minat.

"No, it's my religion." Saya jawab sambil tersenyum.

Dan perbualan pendek bermula. Seadanya. Namun, bibirnya tak habis-habis menyatakan "it's beautiful". Pada tudung yang saya pakai.

May 2010, dalam bas dalam perjalanan balik ke Evandale selepas habis kerja di Chemist Warehouse Torrensville.

"What do you think about the weather? Isn't it too cold? You know, there will be a time in future when God will make this world so nice to live in. Not too cold, not too hot. Just nice." Ungkapan yang keluar dari bibir nenek yang duduk di sebelah saya dalam bas.

Bila diteruskan perbualan, rupa-rupanya dia adalah "pendakwah" Kristian. Yang telah mengkristiankan dua rakyat Malaysia. Chinese. Sekarang tinggal di Church somewhere in Adelaide. Tak pasti.

Antara suratan atau kebetulan yang sepatutnya dah tercatat di catatanNya.

Soalan yang sentiasa bermain-main di fikiran saya. Jika diberi peluang sekali lagi, mungkin jawapannya akan sedikit berlainan. Tapi takdir Ilahi, diberikan peluang itu di kala tarbiyah baru menapak.

"So, what is your religion?"
I say, "Islam"
"Is it because of your parents? Or is it because of your country?"
I say, "Yes, i've been born as a muslim AND i'm practising it. On my on will."

Nenek terdiam. Mungkin jawapan saya masih tak cukup mantap. Untuk diri sendiri.


.:. Allah berikan peluang. Sebagai duta-duta kecil Islam. Ketika berada di negara bukan Islam. Namun, sebanyak mana kita bersedia memegang tanggungjawab yang sejak lahir kita telah diamanahkan dengannya.


4 Disember 2010

Entry kali ni, bukan nak bercakap tentang dakwah. Betul, itu antara selingan. Tapi, nak merungkaikan maksud yang tersirat di sebalik 3 cerita tadi.

Cerita takdir.

Saya selalu mendengar orang kata, hidup kadang-kala adalah permainan takdir. Betul ke takdir mempermainkan kita? Atau sebenarnya kita yang memandang serong pada keindahan takdir ketetapan Ilahi.

Takdir Allah pada setiap manusia. Ada yang Allah kurniakan banyak kelebihan, namun ada juga yang Allah kurangkan kurniaNya pada sesetengah individu. Kurnia yang saya maksudkan di sini adalah kurnia yang boleh diukur daripada kacamata manusia. Kekayaan, kecantikkan, kedudukan, etc. Itu yang manusia nampak. Tapi pada setiap kekurangan, rupanya Allah nak bagi kurnia yang jauh lebih besar yang hanya boleh diukur pada neraca akhirat.

Tentang takdir, hanya dua benda yang saya nak catatkan. Kesyukuran dan keredhaan.

Syukur atas segala nikmat yang Allah dah takdirkan untuk kita. Sama ada banyak atau kurang. Cerita pertama. Syukur, Allah berikan kesempurnaan pada kita untuk menjalani hidup di atas Bumi Illahi. Cukup sifat, cukup anggota. Kesyukuran tertinggi adalah syukur atas takdir yang telah Allah catatkan untuk kita mendapat hidayah yang hanya milikNya. Tapi, sebanyak mana kita menghargai takdir ini? Tepuk dada sendiri, tanya iman di hati.

Dan redha. Redha atas nikmat yang kita harapkan dan Allah kurniakan. Dan redha jua atas setiap pengharapan yang hanya tersingkap sebagai doa. Dan tidak dibumikan Allah. Mungkin bukan di sini.

Tentang takdir...

Kita ada banyak permintaan. Kita ada banyak pengharapan. Pertama, bila kita memerhati sekeliling. Mahu menjadi seperti mereka. Allah permudahkan jalan, Allah hulurkan pertolongan, Allah berikan kekuatan.

Kedua, bila langkahan dah bermula, permintaan kita bertambah. Mahu menjadi hebat seperti mereka. Allah berikan pertautan hati, Allah bina dzatiyyah diri, Allah didik kematangan tarbawi.

Sekarang, kita nampak marhalah yang dituju. Namun, jiwa bagai makin tamak. Inginkan semuanya dalam satu masa. Sedangkan perjalanan jejak langkah yang bermula belum mencecah usia satu tahun pun lagi. Benar-benar masih anak kecil yang bertatih.



Betul, tak salah untuk percepatkan langkah. Namun salah jika mempertikaikan takdir. Takkan mampu mempercepatkan apa yang dilambatkan, dan takkan sesekali mampu melambatkan apa yang dipercepatkan.

Seorang muslimah...

Yang mencari-cari medan perjuangannya. Ada takdir yang akan menuntun perjalanan.

Sama ada Allah tetapkan kita berjuang untuk senario seperti kedua dan ketiga. Menjadi duta kecil Islam. Menjadi pemangkin kejayaan ummah. Menerusi jalan dakwah pada tahap pembinaan individu muslim, yang benar-benar memahami fikrah.

Ataupun, mujahidah yang membentuk keluarga muslim. Melahirkan jiwa-jiwa untuk berjihad di medan dakwah. Asas kepada penerusan langkahan maratib amal yang seterusnya.

Takdir mana yang Allah tetapkan untuk kita? Kekuatan mana yang Allah berikan kepada kita? Medan mana yang lebih memerlukan kita? Doa mana yang Allah auladkan untuk kita?

Semua dah tercatat di Luh Mahfuz.

Tetaplah redha dengan setiap takdirNya. Sesungguhnya itu benar-benar adalah kekuatan.

Sekarang, menanti skrip seterusnya dalam babak lakonan takdir ketentuan Ilahi.

2010 yang penuh pentarbiyyahan. Yang Allah tahu tarbiyyah mana yang lebih kita perlukan.

Sesungguhnya,
Kelemahan itu akan menguatkan...
Kegagalan itu akan menguatkan...
Kesedihan itu akan menguatkan...
Kegundahan itu akan menguatkan...

2010 bakal tinggal sejarah. Sejarah yang pasti akhirnya akan menguatkan hati.

Nota kaki: Esok akan pulang ke Malaysia, bersihkan hati, bersihkan jiwa. Mungkin saatnya untuk melupakan apa yang menghalang jejak ke hadapan. Dalam jangka masa 3 bulan. Walaupun kita rasa itu yang terbaik, mungkin Allah mahu gantikannya dengan yang lebih baik.

Kembali


Salam ukhuwwah... Salam Illah...

Ijlis bina wanu'min saah... Mari kita duduk sebentar, dan beriman sejenak...

Semalam tertidur dengan 2 kalimat yang benar-benar mengetuk hati di waktu yang tepat...
Tarikan keimanan, tarikan syaitan... Haih~ Sekarang masa untuk bangun! Ayuh bergerak!

"Berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan. Yakinlah, kamu sebenarnya cukup hebat! Hebat jika meninggalkan kesedihan dan menggantikannya dengan semangat pengislahan diri yang jitu dan mantap."
(Ukht Adelaide, 2009)

Sedang kemas meja, terjumpa nota kecil ini. Peringatan daripada seorang ukht yang saya sayangi dan cintai.

Hebat. Benar. Nak jadi hebat! Hebat bukan hanya daripada kehebatan kata-kata. Hebat bukan hanya daripada kebasahan tinta. Hebat bukan hanya daripada semangat di jiwa. Namun, hebat atas kekuatan hati. Hebat kerana tenggelam dalam keimanan kepada Pencinta yang Agung, Ya Illahi.

Nak jadi hebat, ingat senang ke? Tidak. Jalan ni tak pernah menjanjikan tilam-tilam empuk, permaidani merah, wangian bunga-bungaan, sanjungan dan pujian orang-orang. Tidak kan pernah sama sekali.

Jalan ini sentiasa dipenuhi bukit-bukau, rumput rampai, onak dan ranjau, duri yang berbisa, cemuhan, herdikan, kelukaan. Ada yang terkadang diperlekehkan, ada yang terkadang poket kering kontang, ada yang terkadang dipenuhi kesedihan, ada yang terkadang perlu berkorban. Jadi, apa yang indahnya berada di jalan ini? Rasanya semua orang tahu. Cuma terkadang kita mengalihkan pandangan daripada kenyataan yang terang-benderang. Kerana kurangnya kesabaran dalam penantian. Sebuah penantian kepada janji Tuhan. Dek kerana terlalu sayang kepada fatamorgana keduniaan.


Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji Allah, yang demikian itulah kemenangan yang agung.
(Yunus: 62-64)


Tazkirah demi tazkirah. Peringatan demi peringatan. Kenapa perlu mengulang baris kata-kata yang sama. Pesanan yang sama. Isi yang sama. Maksud yang sama. Kerana manusia itu lahir dengan fitrahnya. Lemah ingatan. Lemah keazaman.

Sekarang perlu menapak dengan lebih berani. Lebih matang. Lebih keyakinan. Masa untuk bermanja-manja sudah hilang. Masa untuk hanya bergelak ketawa sudah kehabisan.

Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
(As-syahid Imam Hassan Al-Banna)

Islam adalah untuk jiwa-jiwa yang mencari.

Wahai hamba yang hina. Wahai hamba yang alpa. Belum cukupkah nikmat-nikmat Allah yang melimpah ruah. Belum cukupkah kasih sayang Allah yang tak pernah kenal erti penat lelah. Belum cukupkah perlindungan Allah sepanjang jalan tarbiyyah.





Muslimah yang hebat...
Kenapa? Kerana Islam itu hebat. Dan hanya boleh dipikul oleh orang-orang yang hebat.

Muslimah yang hebat...
Adalah muslimah yang memberi kekuatan. Bukan yang melemahkan. Bukan yang menyusahkan. Bukan yang meminta dimanjakan. Bukan yang hanya membutuhkan perhatian.

Muslimah yang hebat...
Menulis tinta sebagai seorang mujahidah. Bukan seorang insan yang menulis masalah. Bukan seorang insan yang menulis saat rebah. Bukan seorang insan yang menulis resah dan gundah.

Pernah terfikir. Kenapa diselamatkan? Kenapa ditunjukkan jalan? Kenapa dipermudahkan perubahan? Kenapa diberikan peluang?

~PerancanganNya adalah yang terbaik~

Umpama Cermin Dihinggapi Debu


Salam ukhuwwah... Salam Illah...

=)

Tersenyum sendiri... Kenapa ye? Sebab mengetawakan diri sendiri. Entah pape la. Dua tiga menjak ni. Banyak benda yang perlu di'setel'kan sebelum pulang ke Malaysia dalam masa kurang dua minggu.

Terkadang bila kita terlalu asyik memikirkan hal orang sekeliling, lupa untuk mentarbiyyah diri-sendiri. Melihat diri sendiri. Muhasabah diri sendiri. Sehinggalah lonjakan dalam diri semakin lemah, mulalah pakcik bertanduk tu datang bersepah. Sampai ke satu tahap yang hanya ingin bersendiri. Nak tutup semua benda. Nak deactivate semua benda. Nak privatekan semua benda. Tak nak jumpa sape-sape.

Hingga membuatkan saya terfikir. Kenapa nak tulis blog? Jika niat di hati untuk mengetuk jiwa-jiwa yang sedang dalam pencarian, hidayah tu bukan milik saya. Milik Dia Yang Esa. Jadi, buat apa saya tulis blog? Padahal, siapa je yang akan baca penulisan ni. Siapa je yang sedar kewujudan blog ni. Lagipun, penulisan ni takdelah sehebat mana. Sebagai penulis diari yang tegar, (erkk...) adakah saya buat blog macam diari? Tapi macam akan terlalu mem'public'kan kehidupan sendiri. Betul tak?

Jadi, buat apa nak tulis blog? Susah-susah je. Hentikan lah...

Tanbihul Ghafilin... Peringatan bagi yang lupa... Tapi siapa yang lupa? Manusia. Siapa itu manusia? S.A.Y.A.

Hadiah dari hati... Sebuah tinta yang lahir dari hati... Buat hati yang mencari... Buat hati yang menyendiri... Buat hati yang merindui cinta Illahi... Iaitu diri sendiri...




2010

Melakar sebuah episod kehidupan yang terlalu panjang... Sebuah pentarbiyyahan Illah yang tak kan sesekali mampu diceritakan... Luaran dan dalaman... Hati dan perasaan...

Welcoming BBQ 2010
JML 2010
Seminar Wanita 2010
WT 2010
Malam Merdeka 2010
Mukhayyam 2010


Ada kisah yang takkan dilupakan... JML... permulaan detiknya... Alhamdulillah atas hidayah... Alhamdulillah atas taufiq... Tanpa kekuatan itu, saya takkan mampu untuk melangkah... Dan langkah itu pun bermula...

Seminar wanita... Akhawat perlu kuat! Akhawat perlu hebat!

WT... Episod pentarbiyyahan yang terlalu panjang... Episod kegembiraan yang akan senantiasa tersemat di ingatan... Tapi tetap membawa kesakitan yang mendalam... Sekarang bila tengok hiace pun bagai melihat sebuah mimpi ngeri dalam kegelapan... Tahun depan? Moga terus diberi kekuatan...

Malam merdeka... Sesungguhnya risalah ini kita tanggung bersama... Episod-episod di sebalik tabir... Allahu ma'ana...

Mukhayyam... Jejak-jejak yang perlu diteruskan... Jejak-jejak yang perlu di percepatkan... Moga terus tsabat... Akhawati... Saya rindukan saat-saat itu... Ukhuwwah fillah bonded by aqidah...

Adelaide... Allah berikan peluang itu... Peluang yang diharapkan... Namun, tetap bimbang... Akankah ada sumbangan? Mampukah membawa perubahan? Mampukah untuk meninggalkan kesan? Mampukan untuk jadikan bekalan?

Pulang ke Malaysia kali ni dengan perasaan yang bercampur-baur...

Sebenarnya... saya nak bercerita... Tapi, akan jadi terlalu panjang kot... Banyak benda yang ingin diceritakan... Sebuah perkongsian... Mungkin sekarang bukan waktu yang cukup tepat... Jadi, lirik di bawah dah cukup untuk simpulkan segalanya...

Tiada apapun jua
Diciptakan sia-sia
Tiada apapun jua
Yang terjadi tiba-tiba


2010 yang bakal meninggalkan kita... Kisah suka... Kisah duka... Gelak tawa... Tangisan berpanjangan... Ada yang meninggalkan... Ada yang ditinggalkan... Mutiara-mutiara yang telah bergemerlapan... Atau mutiara-mutiara yang sedang digilapkan... Penantian yang bermula... Selama mana? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui...
Moga tahun depan akan menjadi tahun yang lebih baik...
Terima kasih Ya Allah...



Di jasad tiap insan
Diciptakan hati membendungi perasaan
Di situlah bermula
Satu pertimbangan penentuan arah

Tiada apapun jua
Diciptakan sia-sia
Tiada apapun jua
Yang terjadi tiba-tiba

Hati menjadi neraca diri
Tiap langkah harus diimbangi

Diberikan pilihan
Akal dan fikiran, hati dengan perasaan
Usahalah mencari
Kekuatan diri saat kau diuji

Umpama cermin dihinggapi debu
Demikian hatimu
Seandainya dibiarkan begitu
Pasti akan kelabu pandanganmu
Kehidupan akan jadi tak menentu

Dianugerahkan Tuhan
Pada tiap insan ada keistimewaan
Di hatilah bermula
Tiap pertimbangan tiap langkah



Itu salah


Demi jiwa dan kesempurnaannya...

Sesungguhnya kita benar-benar sang musafir...
Yang meniti sebuah perjalanan kehidupan...
Untuk pulang ke kampung halaman...
Kembali ke pangkuan penguasa alam...

Manusia...
Lupa bahawa taraf hanyalah sehina hamba...

Agaknya kita terlalu memaksakan kehendak kita...
Untuk me"realiti"kan setiap permintaan...
Setiap impian...
Dengan harapan untuk menyempurnakan sebuah kehidupan...
Di bumi fatamorgana ciptaan Tuhan...

Penantian itu adalah ujian...
Ujian yang membutuhkan kesabaran...
Yang akan dibalas dengan kenikmatan...
Bukankah ujian itu adalah kenikmatan...
Dan kenikmatan itu juga merupakan ujian...


"Suatu kenikmatan jika ditinjau dari segi kenikmatan itu sendiri merupakan
keperluan bagi manusia, serta bagi setiap makhluk yang hidup. Dan hal tersebut
tidaklah dianggap hina. Akan tetapi ia akan dianggap hina dan meninggalkan nikmat itu
adalah lebih baik serta lebih bermanfaat apabila ditinjau daripada cara mendapatkannya.
Yaitu, jika kenikmatan tersebut menyebabkan hilangnya kenikmatan
yang lebih besar dan lebih sempurna serta mengakibatkan penderitaan di mana kesannya lebih besar daripada penderitaan yang diakibatkan
jika meninggalkannya.

Maka disinilah terlihat perbezaan antara orang yang
berakal dan yang bodoh. Ketika akal mengetahui akan adanya keterpautan
di antara dua kenikmatan dan dua penderitaan yang tidak ada hubungan antara salah
satu dengan lainnya, maka ia dengan mudah meninggalkan salah satu
kenikmatan yang lebih rendah untuk mencapai kenikmatan yang lebih tinggi
serta menanggung salah satu dari penderitaan yang lebih ringan untuk
menolak penderitaan yang lebih besar."
(Ibnul Qayyim Al Jauzy)


Refleksi kembali "niat".
Hidup semata-mata untuk ummat.


"Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga."
(Saidina Ali r.a)


Maaf...
Diri yang khilaf...



Syurga itu...
Dia yang aku rindu...
Temukan aku denganMu...
Amin Ya Rabb...




Jangan tersilap langkah kembali...

Mawar itu...

Diam... itu menyakitkan...
Hilang... itu menyakitkan...
Lari... itu menyakitkan...

Tercari-cari... kekuatan yang hilang...

Ya Tuhanku...
Mawar itu...
Telah pudar warnanya...
Hampir gugur ia...
Pasrah...

Ya Tuhanku...
Hadirkan nikmat titisan rahmatmu...
Biar ia kembali segar...
Biar kelopaknya kembali kembang...
Biar durinya kembali tajam...
Biar letaknya kembali di taman larangan...




Ya Tuhanku...
Pilihlah ia...

Ya Tuhanku...
Pegang tangannya...

Ya Tuhanku...
Lindungi ia...

Ya Tuhanku...
Bercintalah dengannya...

Ya Tuhanku...
Ia sakit dengan dunia...
Ia hampir mati di tanah dunia...
Ia lemah dengan taufan dunia...

Ya Tuhanku...
Sentuhlah hatinya...
Dengan cintaMu yang utama...
Itu yang ia nantikan...
Sebuah penantian penuh pengharapan...
Tak sanggup kembali ke silam yang kelam...
Kerana itu amat-amat menyakitkan...

Ya Tuhanku...
Ajari ia...
Bagaimana untuk mencintaiMu...
Alihkan cintanya...
Kepada cinta agungMu...
Pegang hatinya...
Dengan keindahan cintaMu...

Ya Tuhanku...
Bercintalah dengannya...
Pilihlah ia...

Ya Tuhanku...
Untuk AidilAdha kali ini...
Belajar bercinta dan berkorban...
Demi sebuah risalah perjuangan...

~Cinta kepada Allah itu ibarat pohon dalam hati,
Akarnya adalah merendahkan diri di hadapan Dzat yang dicintainya,
Batangnya adalah mengenal nama dan sifat Rabbnya,
Rantingnya adalah rasa takut kepada (siksa)Nya,
Daunnya adalah rasa malu terhadap-Nya,
Buah yang dihasilkan adalah taat kepadaNya
Dan penyiramnya adalah dzikir kepadaNya...
Bila mana jika amalan-amalan tersebut berkurang,
maka berkurang pulalah mahabbahnya kepada Allah~
(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah )

Benar-benar cinta


Aidil Adha kali ini...
Mari belajar bercinta dan berkorban...



Kita kata kita jatuh cinta... Betul ke?
Kita kata kita benar-benar jatuh cinta... Betul ke?
Kita kata makin lama kita makin cinta... Betul ke?

Mari sama-sama semak balik diri...
Benarkah cinta kita cinta yang sebenar-benarnya?

'Alamatul Mahabbah:

1. Banyak mengingati dan menyebut nama yang dicintai. Setiap saat dan keadaan selalu disebut namanya.

2. Mengagumi apa yang sahaja yang dilakukan oleh yang dicintainya itu. Apa sahaja... Yang baik, yang buruk, yang menambah, atau yang mengurang... Semua terasa indah.

3. Redha terhadap apa sahaja yang diperbuatnya... Tidak sesekali keluh kesah, gelisah, marah walaupun ianya menyakitkan. Apatah lagi sesuatu yang menyenangkan! Apatah lagi sesuatu yang menggembirakan.

4. Sanggup berkorban untuknya. Tiada definasi cinta tanpa pengorbanan. Bukan hanya pengorbanan harta semata-mata, jiwa dan nyawa pun rela dikorbankan. Jika itu adalah sebenar-benarnya cinta.

5. Takut. Bukan takut sebagaimana takut kepada haiwan buas yang mungkin mencederakan diri, tetapi takut akan cinta yang mencederakan hati. Takut jika dia beralih ke hati lain. Takut jika satu hari nanti dia pergi meninggalkan diri, Dah tiada cinta lagi.

6. Penuh pengharapan. Berharap agar dapat sehidup semati dengannya dan selalu ada disisinya, baik ketika senang atau susah.

7. Mentaatinya. Apa sahaja yang diingininya akan dituruti walaupun sukar. Semua dilakukan demi cinta!

(Edit: Halaqah Online)

Jadi, macam mana? Adakah cinta kita adalah sebenar-benarnya cinta?

Adakah cinta seorang daie kepada Khaliqnya adalah sebenar-benar cinta?
Adakah cinta seorang daie kepada Rasulullah kekasihNya adalah sebenar-benar cinta?
Adakah cinta seorang daie kepada risalah yang diperjuangkannya adalah sebenar-benar cinta?

Para duat...

Ayuh kita muhasabah kembali. Diri yang serba kekhilafan... Diri yang serba kekurangan... Diri yang serba kealpaan...

Adakah cinta yang kita sebut-sebutkan adalah sebenar-benar cinta?

1. Banyak mengingati dan menyebut nama yang dicintai: Dalam sehari, sebanyak mana kita mengingati Ar-Rahman? Banyak mana kita berselawat ke atas Nabi Muhammad rasul junjungan? Banyak mana kita memperuntukkan waktu untuk tilawah Al-Quran? Adakah kita buat hanya untuk cukupkan jumlah dalam borang?

2. Mengagumi apa yang sahaja yang dilakukan oleh yang dicintainya itu: Dalam sehari, sejauh mana kita mengagumi kehebatan penciptaan alam oleh Yang Maha Pencipta? Sejauh mana kita mengagumi semangat dan kesabaran perjuangan risalah Rasulullah. Sejauh mana kita kita mengagumi setiap baris ayat dalam kalamullah? Kita bentangkan pada mad'u untuk menghayati alam, meneguhkan keimanan. Tapi, bagaimana dengan diri kita sendiri. Benar-benarkah kita menghayati dengan hati nurani?

3. Redha terhadap apa sahaja yang diperbuatnya: Para duat. Kita terkadang terlalu lemah. Kadang-kadang kita kata kita nak memperjuangkan risalah. Kata-kata kita penuh semangat mengajak orang kembali kepada Illah. Namun, tika mana ujianNya datang, walaupun terkadang hanya lah sekuat jentikan. Tapi terlalu mudah kita melatah. Terlalu mudah kita hilang semangat. Terlalu mudah kita beralah. Sedangkan Dia sekadar ingin melihat. Siapa yang benar-benar cinta padaNya. Siapa yang benar-benar redha dengan ketentuanNya. Siapa yang benar-benar sabar dengan ujianNya. Sebuah kesabaran indah yang dijanjikan dengan kemenangan yang agung.

4. Sanggup berkorban untuknya: Sebanyak mana kita dah berkorban? Adakah hanya ketika senang? Bila susah mana mana? Apa yang kita sanggup korbankan? Adakah pengorbanan yang kita kata kita dah lakukan adalah kerana kita berubah? Jadi kita berkorban baju-baju cantik yang dulu kita pakai di ketika jahilnya kita. Jadi kita berkorban kasut-kasut cantik yang dulu kita pakai di ketika jahilnya kita. Jadi kita berkorban perhiasan, alat mekap yang dulu kita pakai di ketika jahilnya kita. Jadi kita berkorban pergaulan bukan muhrim yang dulu kita lakukan di ketika jahilnya kita. Kita kira, kita dah banyak berkorban?

5. Takut: Benar-benar cintakah kita sehingga takut akan kehilanganNya? Benar-benar cintakah kita sehingga takut akan hilang petunjukNya? Benar-benar cintakah kita sehingga takut akan tergelincir daripada gerabak perjuangan risalahNya? Benar-benar cintakah kita sehingga takut akan tidak diberi syafa'at di padang mahsyar oleh rasulNya? Kalau benar-benar cinta, kita pasti benar-benar takut. Tapi, apa yang kita dah lakukan untuk tak kehilangan cintaNya, cinta rasulNya, cinta kalamNya?

6. Penuh pengharapan: Cinta kadang-kadang mengharap kembali di balas. Benar-benar diharap kembali di balas. Tapi, adakah cinta kita benar-benar penuh pengharapan? Ikhlaskan kita dalam mengharapkan balasan? Sekhusyuk mana kita ketika "dating" dengan Rabb dalam solat? Sejujur mana kita ketika berdoa memohon hajat? Sekuat mana kita untuk bangun malam bertahajjud di atas sehelai sejadah semata-mata untuk bercinta denganNya? Benar-benar berharapkah kita?

7. Mentaatinya: Adakah cinta kita membuatkan kita benar-benar taat akan perintahNya? Adakah kita benar-benar taat akan sunnahnya? Adakah kita benar-benar taat akan kandungan kalamNya? Adakah kita benar-benar taat akan risalah yang kita perjuangkan? Atau kita ambil apa yang kita nak lakukan, kita tinggalkan apa yang kita tak mahu lakukan. Kita ingin mengajak ummat ke arah kebaikan, tetapi kita tetap juga ada sisa-sisa kejahatan. Kita kata manusia tiada yang sempurna. Betul. Tapi, apa yang boleh ditinggalkan, tinggalkan. Matlamat kita kan ustaziyatul alam...

Jangan kita menjadi pejuang agama yang mempersendakan agama...




Nota kaki: Entry adalah untuk ditujukan untuk diri penulis. Mujahadah untuk sebuah wasilah- ijazah kadang-kadang terlupa akan mujadahah untuk risalah. Buatkan jiwa terasa kosong. Mahukan pengisian. Tazkiyatul Nafs. Moga terus kuat! Terus tsabat ya ukht... Tak sabar menanti 18 November 2010. Mahu cepat-cepat mengakhiri mujahadah atas wasilah, kerana mujahadah risalah benar-benar dirindui. Tapi, adakah ini sebenar-benar rindu?

Aidil Adha kali ini...
Mari belajar bercinta dan berkorban...


Hadith di bawah dipetik dari blog seorang sahabat... Jazakillah khayran kathira atas peringatan ya Ukht...

Dari Tsauban dari Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan. "

“Wahai Rasulullah ! Ceritakanlah keadaan mereka kepada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahui.

"Mereka merupakan saudara-saudara kami dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan..(bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)."

Hadith Riwayat Ibnu Majah no.4245, Sahih Al-Albani.

Sebuah Perjalanan


"Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati..."
(Imam Abu Al-Qasim Al- Junaid)


Sejarah adalah kisah silam...
Cerita semalam...
Tapi penuh dengan kesilapan...
Penuh dengan pengajaran...
Penuh dengan peringatan...
Agar tak terulang...



Semalam...
meniti sebuah perjalanan...
sambil melihat ke atas...
asyik mendongak...
kadang terasa penat...
tapi teruskan mendongak...
mengharap suatu hari nanti langit itu akan bisa disentuh...


Hari ini...
rintangan pasti ada...
kegundahannya pasti tersisa...
namun,
yakin!
Langit itu pasti kan bisa disentuh...


Saidina Umar Al-Khatab
Mus'ab ibn Umair
Siti Zulaikha




"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilihlah juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"


Aidil adha kali ini...
Mari belajar bercinta dan berkorban...

Peringatan adalah kasih sayangNya

Manusia itu sifatnya lemah ingatan... lemah keazaman...
Mudah lupa... Perlu diperingatkan... TakzirahNya datang kembali... Di situ... Perlis... Namun, di sanakah silapnya? Wallahu a'alam...

Golongan baik yang dibinasakan...

Itu yang datang mengetuk hati. JanjiNya pasti... Sanggupkah kita menjadi golongan baik yang dibinasakan???




Saya memang kurang (atau tak) suka baca suratkhabar. Satu hal, memang tak reti baca (erkk..). Satu sebab lagi, bosan. Bosan dengan rempah ratus pengisian suratkhabar. Bosan dengan politik, bosan dengan masalah sosial, bosan dengan hiburan yang melalaikan, bosan dengan artis-artis yang diagungkan, bosan dengan perang mulut pemimpin-pemimpin, bosan dengan fitnah di sana sini, bosan dengan duit-duit yang dibazirkan, bosan dengan segalanya...

Tapi, layakkah untuk bosan? Ini adalah hal ummat! Ummat akhir zaman. Yang dirindui Rasulullah s.a.w... "ummati...ummati..."
Baginda rindukan kita... Baginda sayang pada kita... Kita? Rindukah pada baginda? Sayangkah pada baginda? Ummat Nabi Muhammad adalah yang pertama dipilih untuk melangkah ke gerbang syurga. Sanggupkah kita menjadi golongan yang tercicir? Golongan yang ditinggalkan.

Manusia itu Allah ciptakan sebaik-baik makhluk. Hinanya manusia adalah disebabkan perbuatan diri sendiri.

Bila berada di atas... Susahnya untuk mereka melihat ke bawah...

Saya bersyukur menjadi anak kampung... Berada di bawah... Orang-orang sekeliling... Kenal mereka... Faham mereka... Rasa apa yang mereka rasa... Walaupun tak mampu meringankan bebanan... Namun, kagum dengan mereka... Mereka yang dipilih Allah... Hanya doa yang mampu dititipkan... Moga kesabaran itu mampu menjadi sebuah mahar untuk melangkah melepasi pintu syurga... Biar miskin di dunia, kaya jiwa di akhirat...

Dunia ini hanya sebuah padang permainan...
Indahnya hanyalah angan-angan...
Indahnya hanyalah fatamorgana yang tak berkekalan...


Khalifah Allah... Di pilih Allah... Sehingga dicemburui sang iblis. Keingkarannya penyebab di keluarkan dari syurga. Agenda sang iblis. Mengumpul sebanyak mungkin pengikut... Mungkin bukan pengikut. Tapi agenda membalas dendam. Pada manusia yang diangkat martabatnya oleh Allah... Sedangkan taraf kita dan dia adalah sama. Hanyalah sebagai hamba.

Kita? Apa tanda kesyukuran kita pada kurniaanNya?

Bersuka ria, bergelak ketawa, kejar harta dunia, kejar cinta dunia, kejar pangkat dunia, pergaulan bebas, couple sana sini, berjudi sana sini, clubbing sana sini, bunuh sana sini, berhibur sana sini...

Gucci, CK, Boss, Guess, Vincci, One Piece, Bleach, Naruto, My Girl, Winter Sonata, Sassy Girl, Dark Knight, Twilight, etc...

Banyak sangat dunia yang dipegang... Banyak mana pula bekalan? Harga syurga itu bukan sedikit. Dan syurga itu berperingkat-peringkat. Mana sasaran kita? Di taraf paling bawah? Itu pun kalau mampu.

Bukan banyak yang dipinta. Bukan meminta berperang di Palestin, di Iraq, di Afghanistan. Takutkan? Tak perlu pun. Kita masih belum kuat. Jihad qital adalah mujahadah tahap tertinggi. Kita belum mampu. Belum layak.

Sempurnakan dulu jihad terendah. Mujahadatul Nafs! Mujahadah melawan nafsu. Melawan nafsu duniawi. Dengan menjadi mukmin yang sejati.

Betul. Islam itu extreme. Tiada titik tengah. Tiada "gray area". Nak letak diri di atas pagar? "Islam sederhana". Syahadah (tick), Solat (tick), Puasa (tick), Zakat (single lagi... Abah bayarkan), Haji (takde cukup duit lagi). Okeh, complete. Kah?

Macam mana pulak dengan kehidupan seharian? Saya tak pandang kehidupan orang lain. Sebab saya bukan mereka. Dan setiap orang tiada hak untuk menilai diri orang lain. Kerana nilaian seorang manusia adalah dari segi taqwa semata-mata. Itupun, yang menilainya adalah Allah semata-mata. Sebab itulah kita perlu husnuzzon... bersangka baik. Dan berlapang dada. Kita bukan mereka. Dan mereka bukan kita...

Islam itu Ad-deen... Cara hidup. Islam adalah setiap tingkah laku, setiap tutur kata, setiap gerak hati. Perlu di"Islam" kan. Kerana inilah Islam yang sebenar-benarnya.

(em... selalu je lari dari topik sebenar... maaf)

Apa entry saya nak cakap sebenarnya? Malaysia...
Makin lama, makin membuatkan hati ini risau. Risau melihat kerakusan pimpinan... Saya sangat tak suka pasal politik. Tapi, tak boleh pejamkan mata. Masalah ummat... Sosial... Jenayah...

Nauzubillah... Azab jamai'... Azab tamathul... Allah dah janjikan...
Yang mampu dipinta... Ya Allah, bagi masa... Sedikit waktu lagi... Gerakan risalah dah bertapak... Dalam fasa menguatkan... Dan pasti akan dikukuhkan...

Jiwa-jiwa para du'at. Yang dipilih untuk mendapat fikrah. Pegang sekuat-kuatnya. Dan setelkan diri sendiri. Itu paling penting... Dan daie adalah pengajak... Bukan penghukum...

Persiapkan diri... Bina kepompong kuat...
Luarannya keras dan matang... Dalamannya lembut dan berhikmah... (Murabbi saya, 2010)

Bekalan kita untuk pulang ke Malaysia. Kita perlukan negara. Itu medan kita. Bukan hanya kita yang ada... Di sana, dan di seluruh pelusuk dunia... jiwa-jiwa para du'at ada di mana-mana. Gerabak dah tersedia. Bukan kita yang gerakkan. Ia sentiasa bergerak. Dengan kita atau tanpa kita. Itu janji Allah. Kita perlu pegang kuat... Kerana inilah bekalan. Biar kemenangan yang dijanjikan itu, kita salah seorang penanggungnya.

Biar di saat itu nanti, Rasulullah s.a.w melihat kita... Bukan hanya kita yang tercari-cari syafaatnya... dari kejauhan... itupun kalau mampu... Risau kalau hanya derapan kuda baginda yang didengari... Risau jika baginda kecewa dengan kita, ummat kesayangan... Risau jika kita yang menjadi sebab baginda menitiskan air mata... Sedangkan kitalah ummat Nabi Muhammad yang terpilih... Rugi... rugi... sangatlah rugi...

"Sesungguhnya orang-orang yang berbalik (kepada kekafiran) setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, setanlah yang merayu mereka dan memanjangkan angan-angan mereka" (Muhammad:25)

Dalam satu hari... Banyak mana kita ingat Allah? Banyak mana kita rindukan Rasulullah?

P.s: Entry adalah peringatan dan pesanan buat diri sendiri... Iman ada turun naiknya... Risau jika ajalNya tiba di saat tahap penurunan... Moga terus tsabat... Wa sobrun jamil...


Amanah...


Satu minggu yang payah... Satu minggu yang susah... Satu minggu yang ditarbiyyah...

Saya senyum... Dalamnya gundah...

Amanah... Untuk risalah...
Amanah... Untuk ma abah...
Amanah... Untuk ijazah...

Babak ini dipanjangkan buat seketika... Untuk beberapa bulan lagi... Pasti ditamatkan dalam tempoh tersebut... Kali ini pasti... dan mesti...

Bukan saya memilih... Tak ada hak terhadap takdir... Walaupun pernah terfikir... Tapi saya hentikan...
Jangan salah anggap... Tapi tak mampu nak jelaskan...

Sedih bila membuatkan orang lain sedih...

Kali ini...
Siapkan timeline...
Plan masa depan...
Untuk saya... mereka... dan dia...

HN

Lu'Lu'

Emas itu mahal
Emas itu cantik
Tapi sangat mudah untuk mendapatkannya
Sangat mudah untuk melihatnya
Sangat mudah untuk membelinya
Sangat mudah untuk memilikinya
Dan harganya tak tetap
Naik dan turun
Mengikut harga pasaran



Lu'lu'
Mutiara
Berharga
Untuk menemuinya pun sukar
Apatah lagi untuk mendapatkannya
Kerana sifat malunya
Hanya bersembunyi di sebalik tiram
Tertutup
Terlindung
Tapi mahal harganya
Dan tak sesekali turun
Hanya orang yang benar-benar berazam untuk mencarinya akan mampu memperolehinya
Itupun setelah melengkapkan diri
Mempersiapkan diri
Dengan ilmu secukupnya
Kerana lautan yang dalam itu
Memerlukan rijal yang cemerlang
Bukan hanya bermain-main
Bukan untuk yang tiada keberanian

Wanita...
Emas atau mutiara
Kamu yang tentukan

Khas buat ahlul Lu'Lu' tercinta
Uhibbukunna... Fillah...

Pra- Selamat Bermujahadah!



Salam dalam nikmat Al- Basit... Yang Maha Melimpahkan Nikmat...

Kemaskini kehidupan. Patutnya penulisan ni ditangguhkan. Tapi, sebab hari ni produk sangat gagal, gangguan dia yang bertanduk tu terlalu banyak. Dari pagi tadi sampai sekarang. 2 pages je? Hmm.. Dan saya pun tahu kenapa. Shuh... shuh... Benci bila "dia" datang. Kalau boleh nampak dengan mata, memang dah lama cucuk mata "dia" dengan garfu yang ada kat atas meja study nih. Haih~

Sebab tu la mujahadah tu susah. Mujahadatul Nafs yang sangat susah. Sedangkan inilah tingkat mujahadah terendah. Tapi ni pun dah kalah ke? Apekah Fakhriah. Ketuk kepala kang. Kata nak jadi Cahaya Kemegahan untuk Islam. Tapi, setakat ni je ke usaha. Mimpi je la. Ingat. Keimanan tu bukan hanya sekadar angan-angan. Tahu tak? (huhu... maaf... Monolog luaran ni kadang-kadang lagi bagus. Biar ketukan tu kuat sikit! Haih~) Dan indah kata-kata tanpa amal tu bagai mencurahkan air ke atas daun keladi jerk- em... ada kaitan ke? =)

Kemaskini kehidupan... Mujahadah yang berterusan... Kena mula susun jadual... Study plan:

25/10/10- MCQ test
3/11/10- MM test
7/11/10- Start swot vac
18/11/10- Final? (Betul ke ni final? Wallahu a'lam- Mungkin ya, mungkin tak... =)
9/1/11 @ 15/1/11- Balik Malaysia? Atau tak. Entah. Allah tak bagi jawapan lagi. Tarbiyyah kesabaran. Jadi, sabar lah lagi. Walaupun terasa nak gigit jerk kepala seseorang tu kekadang. Susah sangat ke nak released kan result? Dah banyak kali dah bagi e-mail. Haih~ (Takde rupa sabar neh...huu... sabar... =p)



Bila start je minggu exam, macam ni lah jadinya. Haih~ Fakhriah.... Ubah perangai please. Meja study ni tak best langsung untuk tido kot. (Ni pun monolog dalaman jugak neh..)

Nak buat entry lain sebenarnya. Yang lebih bermanfaat la buat pembacaan. Tapi, dah tak terkeluar dah. Adeh~ Ada je dalam kepala. Simpan dulu la buat sementara. Sebab produk hari ni sangat gagal. Haih~

Akhir kata, rasanya semua orang dah rasa "bahang" final exam kan. Dah berapa peratus persediaan? Jangan jadi macam saya. Suka sangat pulun last minit. Tu yang minggu exam jadi mata katak tu. Tambahan pula (skema tol..=p) saya bukan la peminum coffee @ mocha (erk...) yang tegar. Jadi, bila minggu exam, paksa diri minum, kepala dah.... emmmm... kurang tahap ke"normal"annya dari biasa.

Jadi, habiskan lah entry yang entah pape saya ni dengan ucapan.... Selamat mulakan persediaan mujahadah semua! Tapi, ingat yerk. Setiap kali nak mula study, jangan lupa niatkan lillahi taala. Pendek masa study takpe, asalkan berkat. (adeh.... terasa... adoi~). Ingat, usaha bukanlah penyebab kepada kejayaan. Kerana penentuannya telah Allah tetapkan di Luh Mahfuz. Buku telah diangkat dan dakwat pena telah kering. Usaha kita adalah untuk mendapatkan mardhatillah semata-mata.



Akhir kata (dah berapa kali akhir kata dah...huhu), selamat bermujahadah semua!
p.s: by the way- adeh... speaking lak, hehe... dalam gambar di atas, saya yang no 4. Syahid tau! Kemenangan terbaik! =p Anda pulak yang mana? Renung-renungkan. Dan selamat ber.... em... mujahadah! (^~^)

p.s x 2: benar-benar rindu... benar-benar rindu... fasabrun jamil..

Aku yang tewas


Tika mana aku cari Tuhanku?

Hanya di kala aku keletihan?

Hanya di kala aku kelesuan?

Hanya di kala aku kesedihan?

Hanya di kala aku kesusahan?

Hanya di kala aku kesesatan?

Hanya di kala aku kelemasan?

Ataukah

Hanya di kala aku dambakan pergantungan?

Hanya di kala aku dambakan pertolongan?

Hanya di kala aku dambakan penunjuk jalan?

Hanya di kala aku dambakan pengampunan?



Di mana aku letak Tuhanku?

Bila aku diberikan kemenangan... di mana aku letak Tuhanku?

Bila aku dikelilingi kesenangan... di mana aku letak Tuhanku?

Bila aku dipenuhi kegembiraan... di mana aku letak Tuhanku?



Aku dan Tuhanku...

Kala senang... Aku lupa

Kala sengsara... Aku cari

Meratap...

Menangis...

Menyesali...

Mengharap belas...



Di mana aku letak Tuhanku...

Adakah hanya di kala dipenuhi keinginan, aku kata "Inilah pertolongan Tuhanku".

Adakah hanya di kala dipermudahkan urusan, aku kata "Inilah pertolongan Tuhanku".

Adakah hanya di kala dikurniakan kecemerlangan, aku kata "Inilah pertolongan Tuhanku".

Adakah hanya di kala dimakbulkan impian, aku kata "Inilah pertolongan Tuhanku".



Aku kata "Inilah jalanku".

Namun...

Di mana pula aku letak Tuhanku...

Bila diri diuji? Aku bilang "beratnya ujianMu".

Bila diri kehilangan? Aku bilang "beratnya ujianMu".

Bila diri kegagalan? Aku bilang "beratnya ujianMu".



Aku dan Tuhanku...

Aku hanya manusia...

Yang alpa...

Kotornya aku hanyalah di taraf hamba...

Betapa megahnya aku, tetap padaNya aku meminta...

Sombongnya aku padahal asalnya hanyalah serendah-rendah martabat setitis air yang hina...



Aku dan Tuhanku...

Senyuman adalah kekuatan...

Hilangnya senyuman, hilanglah kekuatan...

Aku yang lemah...

Aku yang tewas...



Bila Kalam Allah berbicara...

Tenangnya tetap di situ...

Bercinta?


Salam...

11.57 malam

Tarikh 10.10.10 hampir melabuhkan tirainya. Tarikh yang kadang-kadang jadi "rebutan" buat sesetengah pihak. Kalau tanya saya, tarikh ni saya nantikan ke? Emm... mungkin tak. =)




Dengan cinta...
Kenal Penciptanya...
Dengan cinta...
Kenal Rasulnya...
Kerana cinta...
Kenal saudaranya...





Lagu yang asyik terngiang-ngiang je kat telinga sehari dua ni sepanjang otak berfikir tentang"nya". Macam mana nak mulakan. Masa adalah rawatan. Tapi sesungguhnya, saya tak punya masa yang lebih lama untuk menunggu. Jadi, nak tak nak, teruskan jugak.

Ops... Ayat kat atas ni, mungkin boleh buat sesetengah orang "salah faham". Jadi, kena jelaskan la ni.

Sebut pasal cinta. Teringat post "Langit Illahi". Bercinta tak sama dengan couple. Hmm... Sangat berat hati untuk tulis entry yang bersangkutan dengan hati dan perasaan ni. Tapi.... Di "ketuk" lagi. Oleh Da'iyah. Masa dah makin suntuk. Jadi, ni adalah langkahan pertama. Pernah buat entry yang lebih kurang sama, tapi entry yang "dahulu" saya katakan buat yang sedang "couple" mungkin tak patut teruskan baca entry tu. Tapi, kali ni... Buat teman... Mintak tolong habiskan pembacaan. Moga Allah berikan kekuatan untuk itu. Ini sekadar perkongsian. Dari diri yang penuh kedhaifan. Dari hati yang benar-benar sayang.


Couple.

Tau kan couple tu salah. Bukan hanya sekadar salah. Tak pernah sesekali dihalalkan pun. Baik. Teruskan please.


Cinta.

Cinta adalah kekuatan. Satu perasaan halus yang mampu menuntun hati melakukan apa sahaja untuk membuktikan itulah cinta.

Bak bicara Ayatul Husna:

CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA...

Tak dapat tidak. Cinta itu terlalu indah. Perasaan yang sangat halus yang mampu menggetarkan jiwa-jiwa yang hanyut dengannya. Tapi, cinta tak sama dengan couple.

Di Adelaide...
Saya bercinta. Tapi, bukan sekali-kali couple. Dan inilah cinta terindah. Cinta ukhuwwah fillah. Cinta usrah. Cinta tarbiyyah. Cinta dakwah. Cinta Ilah.

Tapi, percaya atau tidak, cinta Adelaide... Ada persamaan dengan couple. Jom check sama-sama!


Kalau nak list semua... sangat banyak kot. Tak kan habis... Tapi...

Ni pun, kalau nak listkan... Ermm... tak terdayo den. Dah dekat pukul 1. Tido2... =)

Jangan sesekali bantah kalau saya katakan setiap dari kita tahu couple tu salah. Tak pernah sesekali dibenarkan pun dalam Islam. Kadang-kadang, saya sendiri sedih bila pernah teringat "gelagat" couple-couple ni. Di Malaysia, tersangat dasyat! Percaya la... Dalam komuter, Midvalley, Sogo, Times Square, Sunway, SACC Mall, Plaza Alam Sentral etc. Familiar ke dengan tempat-tempat ni? Tapi, zaman tu saya sendiri pun "jahil". Pemerhatian sekadar pemerhatian kosong.

Tak dinafikan. Kat Adelaide pun tak pernah terkecuali. Cuma cinta Adelaide yang saya dapat terlalu indah untuk dibandingkan dengan cinta yang "mereka" rasa.

Entry kali ni, sebenarnya ditujukan buat teman...

Teman...
Saya kenal siapa kamu...
Dan kamu pasti kenal siapa saya...
Siapa saya yang "dulu"...
Tapi, saya nak kamu lihat saya yang "sekarang"...
Masih bukan contoh terbaik...
Qudwah hasanah sangat jauh...
Dan bukan insan yang terbaik pun untuk katakan ini pada kalian...

Tapi...
Cuma nak menyatakan, tolong hentikan. Benar-benar sayang kalian. Benar-benar sayang. Dan kerana perasaan sayang ini, saya suruh hentikan. Tolong hentikan. Jika perlukan kekuatan. Saya di sini. Dan Dia sentiasa di sisi. Pasti.

Berat... Betul. Setuju. Tapi, lagi berat kesakitan azab Ilahi yang takkan mampu kita tanggung di akhirat nanti. Dalam hidup ni, dah terlalu lama tak sedar akan cinta Illahi yang tak pernah-pernah putus. Lebih 20 tahun. Kini, cintaNya pasti sedikit sebanyak dah menyentuh hati kalian kan. Kerana kita mulakan di sini bersama-sama. Dan pasti mendapat fikrah ini dengan kadar yang sama. Cuma antara faktor yang menghalang untuk melangkah ke tangga seterusnya... ini...


Bercinta hingga ke syurga.

Dengan couple? Definite NO NO! Jangan pernah sesekali fikir tentang kenyataan ni! Syurga tu terlalu indah untuk digapai dengan mudah! Terlalu indah!

"Kitorang bukan saje-saje couple. Dah memang merancang nak kahwin pun". Persoalannya, bila? Kalau tarikh yang ditunggu 2,3 tahun lagi... Emmm... Mungkin yang terbaik, hentikan. Percaya la. Kalau memang dia ditetapkan untukmu, pengakhirannya tetap untukmu. Takkan ada sesiapa yang mampu menghalang. Bagi yang dah tetapkan tarikh, dan yang dah bertunang, ingat lah. Tu bukan sesekali tiket untuk menghalalkan pergaulan. Alhamdulillah, dah sampai ke step seterusnya. Jadi, lagi sweet kalau langsung tak berhubung sehinggalah ke "saat" itu kecuali ada keperluan tertentu. Tapi masih perlukan kehadiran orang lain. Buat apa la nak jumpa, calling2 kalau dah memang nak kahwin. Tunggu je la satu lafaz yang menghalalkan segalanya.

Sama ada "isytihar" couple atau tak, kamu sendiri yang tahu level "pergaulan" tu. Tapi, apa-apa pun, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tu tak pernah dibenarkan. Dan tak pernah wujud term "pergaulan dibatasi syarak"! TAK PERNAH!




Allah berfirman... Jangan DEKATI zina. Zina saya umpamakan sebagai nucleus. Dan jalan-jalan menuju nucleus tu adalah electron. DEKATI tu salah satu jalannya adalah couple. Jangan sesekali activate pun electron tu. Jalan sesekali! Kerana kita sendiri tahu pengakhirannya kan.








Dan tidaklah pantas bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Barang siapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka sungguh, dia telah tersesat, dengan kesesatan yang nyata.
(Al-Ahzab: 36)


Perkahwinan.

Dulu... bila sebut pasal kahwin, yang saya faham... itu adalah penyatuan dua hati. Sekarang, maksud perkahwinan sangat lain. Bukan hanya sekadar penyatuan hati. Definasi yang sangat besar... Untuk membina Baitul Muslim.


Faham. Semua orang ada rasa "itu". Suatu perasaan fitrah. Yang memerlukan mujahadah untuk mengawalnya. Sabarlah... Dengan sabar yang indah. Buat akhawat, tunggulah ke"hadir"an dia yang telah ditulis di Lauh Mahfuz untukmu. Kalau bukan di dunia, "dia" akan menanti kita di akhirat nanti. Sebuah penantian cinta yang abadi...


Cinta yang halal.

Hanya selepas satu lafaz yang indah. Lafaz ijab dan qabul. Yang menghalalkan segalanya. Yang mendapat doa dari para malaikat. Yang mendapat keredhaan daripada sang Pencipta. Cinta selepas perkahwinan...


Buat teman...
Benar... Ini adalah untuk kalian... Apa diharap kegembiraan, keseronokkan cinta duniawi... Yang masih belum halal... Jika itu menjadikan kita sedang meniti titian ke neraka Yang Maha Kuasa.
Ini peringatan buat kamu, dan diri saya terutamanya.


Sabar yang indah.

Buat akhawat... Sekarang, asyik terbaca post pasal perigi cari timba (em... ke terbalik... hehe..) Memang tak salah. Tak pernah salah. Cuma, saya sendiri agak kurang bersetuju. Pendapat diri sendiri. Sebabnya, dah tiada ke rijal yang benar-benar berani, yang siap, yang faham fikrah, yang faham kehendak Baitul Muslim tu sendiri. Pasti ada! Pasti ada di mana-mana. Percaya dengan janjiNya. Jadi, cuma persiapkan diri sendiri. Kerana masa itu pasti tiba. Cuma lambat atau cepat...


..................................................................................................................

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.



10.10.10
Teringat entry sahabat. Apa yang dijadikan kenangan untuk tarikh ni? Kenangan saya sangat manis. Ditarbiyyah dengan alam penciptaan Rabb. Morialta Conservation Park. Jazakunnallah khayran kathira atas ukhuwwah.

"Akak, nape akak ceria sangat hari ni?" Tersenyum saya dengan pertanyaan adik usrah tersayang... "Haih~~ Nanti kalau akak serius kan, S (bukan nama sebenar) takut pulak"... =)

Adik...
Sesungguhnya senyuman ini satu kekuatan...
Kekuatan kepada jiwa yang keresahan...
Kekuatan kepada jiwa yang kekalutan...
Kekuatan kepada jiwa yang kebimbangan...
Kerana jalan ini benar-benar menuntut pengorbanan...

Sahabat kata saya tak matang,
Asyik tersenyum, tergelak...
Bukan tak nak serius...
Mahukan ia bertempat...

Dan biarlah senyuman ini hanya buat kalian...
Sahabati fillah...

Tamat...
2.49 pagi.