Pengorbanan

Date: 26/11/09
Time: 11.56 pm

Dear fwens,

Sedar tak sedar, dah tiba kembali hari raya yang kalau saya sekarang ni berada di Terengganu...memang saya nanti-nanti kan. Bukan kerana banyaknya daging korban yang akan diisi di dalam perut. Namun suasana pada detik selepas selesainya Solat Sunat Aidil Adha di Masjid Kampung Nasi Dingin itu yang saya rindui. Kerana setiap tahun, perjalanan nya hampir sama. Bila menjelang pagi raya korban, bersiap untuk ke masjid lebih awal kalau nak di bandingkan dengan raya Aidil Fitri. Di kala Aidil Fitri, seusai solat bergegas la hamba-hamba Allah menziarahi pusara sanak-saudara untuk sedekahkan sekalung doa. Moga arwah tergolong di kalangan yang dikasihiNya.

Tapi, berbeza suasana nya di pagi Raya Korban. Solat dimulakan lebih awal supaya kaum rijal mempunyai masa yang cukup bagi mengisi perut sebelum sama-sama bergotong-royong melaksanakan ibadah korban. Teringat abah yang akan menukar baju Melayu ke baju t-shirt dan seluar yang biasa Abah pakai untuk ke kebun. Abah pakai apa pun, Abah tetap hencem di mata Yu. Hehe..

Saya tak pernah melihat bagaimana acara korban dilakukan kecuali masa kecik dulu. Sebab nya kalau kita kesian kat haiwan yang akan dikorbankan tu, kita tak boleh makan daging dia kan. Masa kecik dulu, ada satu ketika anak lembu tu sakit. Memang tak leh hidup lama. Saya cuma tengok dari penjuru tingkat. Air mata mengalir di pipi. Tapi makan je daging tu. Sebab masa tu tak tahu lagi. Tapi sekarang, saya hanya akan melihat haiwan yang dikorbankan tu bila dah selesai dagingnya dilapah. Jadi, kurang la sikit perasaan kesiannya kan.

Tadi kol Abah, Ma dan Kak Da. Tiba-tiba abah suruh ikut dia cakap. Hehe. Sebelum ni tak pernah buat, jadi 2,3 kali jugak la praktis baru ok. "Yu kabo ke Abah suruh Ayah Teh Man wakilkan Yu untuk bahagian korban". Hehe. Alhamdulillah. Walaupun nampak remeh, tapi tu la satu lafaz yang membenarkan perwakilan bagi bahagian korban. Yu doakan moga ibadah korban esok dapat dilakukan dengan lancar. Amin. Ya Allah, permudahkan lah urusan ibadah kami untukMu...

Hehe.. Panjang pulak intro. Baru nak masuk isi penting. Em.. Pengorbanan tu banyak cabangnya. Tadi tengah-tengah baca blog sahabat-sahabat dan kakak-kakak, saya terfikir. Dalam usia yang hampir suku abad ni, pernah ke saya lakukan pengorbanan yang dapat memberi kesan pada jiwa sesiapa dan jugak kepada diri saya terutamanya. Macam tak. Macam tak pernah buat satu pengorbanan yang boleh buatkan diri lebih dekat padaNya.

Kadang-kadang diri rasa "fed up" bila pertolongan yang dihulurkan tak dihargai dan kadang-kadang terasa seperti diper"hamba"kan. Tapi saya lupa. Lupa untuk niatkan setiap perlakuan semata-mata untuk mengharap redha Ilahi. Supaya diri dapat menghulurkan setiap bantuan dengan hati yang benar-benar ikhlas. Bukan balasan yang sama yang saya harapkan. Cuma jangan perlekehkan diri ini. Jangan jadikan diri ini tempat melampiaskan kemarahan padahal bukan saya puncanya. Saya selalu bertanya pada diri dan jugak pada sahabat terdekat. "Kenapa diorang buat kita macam ni? Kita tak pernah nak cakap kasar dengan diorang. Kita tak pernah nak tengking diorang. Tapi kenapa diorang buat macam tu kat kita? Kita tak pernah tegur apa yang diorang pakai. Apasal sibuk nak komen apa yang kita pakai."...

Soalan yang hampir sama setiap kali diri diperlakukan sebegitu. Fikirkan diri penat untuk bersabar. Penat?? Astaghfirullah.. Titik di mana benih-benih syaitan mampu subur jika disemai kala itu...

Bila saya cuba renung balik diri sendiri. Saya sedar jauh di sudut hati, ada satu titik hitam yang dinamakan EGO. Saya ego. Ego untuk terus bersabar. Ego untuk terus diperlekehkan. Ego untuk mendengar kata-kata tajam yang seringkali membuatkan diri malu, hilang keyakinan diri.

Buat diri...di saat inilah boleh dimulakan langkah pengorbanan tu. Pengorbanan untuk membuang perasaan ego yang dibenci Allah. Yang tak layak untuk kita sebagai hambaNya yang lemah. Pengorbanan untuk teruskan langkah-langkah mencari cahaya kesabaran. Pengorbanan untuk redha dan berlapang dada dengan setiap kekurangan sahabat-sahabat. Kerana sesungguhnya kekurangan dalam diri ini lebih banyak dari mereka. Bahkan mungkin di sisiNya, kita berada lebih jauh dari Allah berbanding mereka, mereka dan mereka...

p.s: Semalam habis menonton Ketika Cinta Bertasbih. Subhanallah. Indahnya kesabaran, kecekalan insan yang bernama Khairul Azzam. Di sini lah dapat saya lihat apa itu dinamakan ukhuwah fillah. Moga diri bertemu dengan keindahan itu. Amin.

merenung

Cinta sejati itu menyembuhkan
bukan menyakitkan
hanya cinta kepadaNya

Date: 26/11/09
Time:12.37 am

Dear fwens,

Hari ni pegi Morialta Falls.. dengan panas teriknya..muka dah terbakar.. Nasib baik la ada jugak air terjun nya walaupun sikit. Jadi tak sia2 la pegi kan. Alhamdulillah. Yang cuak nya sebab ada bahagian atas hutan tu terbakar. Asap banyak. Takut jugak kan kalau ada pape hal yang tak diingini terjadi. Tapi syukur. Semua pulang ke rumah dengan selamat.

Em..Isnin baru2 ni.. Akhirnya tiba la tarikh yang di nanti2 kan. Masa nak pegi petang tu agak cuak. Dalam hati cuma mampu doakan yang terbaik buat diri sendiri. Walaupun keputusan nya mungkin seteruk yang di jangkakan, cuma sabar dan redha yang akan menjadi pengubat diri. Doktor ape entah nama dia. Tengok dia cuak jugak. But he is a very nice person. Ala2 bollywood gitu. hehe.. borak2.. ingatkan akan amek darah. Takut jugak la. Sebab tengahari tu makan megi ayam je buat pengalas perut kosong. Tapi alhamdulillah. Tak de darah yang dikeluarkan. Syukur bertamu dalam diri. Dugaan itu dikurang kan. Buat masa 2,3 bulan ni. Mungkin Allah tu Maha Mengetahui. Diri belum cukup siap.

Dalam dua, tiga minggu ni, diri asyik berfikir. Mana hilangnya semangat yang dulu. Mana hilangnya ketenangan yang dicari. Tak tahu mana silapnya. Tak jumpa kat mana turning pointnya. Tak nampak mana benteng nya. Yang membuatkan langkah itu terhenti. Tadi, lepas siap solat asar, diri merenung ke luar tingkap sebentar. Berfikir2. Yang mana saya salah. Dekat mana saya kurang. Sebab untuk mulakan langkah yang terhenti tu, puncanya masih belum ditemui.

Tiba2 teringat ketakutan yang dirasai dulu. Bila diri makin dekat dengan kebenaran yang dicari, saya jadi takut. Takut tanpa sebab yang utuh. Tapi membuatkan diri tak dapat tidur malam. Membuat kan hati menjadi risau. Padahal bila ketakutan tu datang, diri sepatutnya makin dekat pada Yang Esa. Tapi petang tadi, jiwa bagaikan tiba2 tersentak. Dah lama tak muhasabah diri. Untuk teliti balik setiap jejak2 yang dimulakan dulu. Dengan harapan dapat jumpa mutation tu kat bahagian mana.

Hadis pertama. Niat. Simple. Tapi penuh makna tersirat. Bila diri merenung balik setiap langkah tu, betul2 rasa langkahan pertama tu dah terkurang. Bila niat bukan semata2 untukNya... Bila niat yang dicampur dengan unsur2 duniawi. Bila niat tak ditenun dari dasar benang2 yang berkualiti. Sampai di tengah perjalanan, semuanya akan terbelit. Tak dapat siapkan final produk pun. Ataupun mungkin kalau ada final produk sekalipun, cacat celanya ada di mana2.

Diri nampak tali ukhuwah di depan mata. Tapi bila cuba masuk, bagaikan ada pagar2 yang menghindari. Layak kah aku di situ. Diterimakah aku di situ. Kalau berjaya masuk, bagaimana mereka yang di sisi? Akan menerima ke perubahan ni? Sebab bila memulakan jejak dulu pun, macam terasa disisihkan. Akhirnya buatkan diri tak berani terus melangkah.

Asyik fikirkan pasal orang lain. Asyik fikirkan untuk mengambil hati orang lain. Asyik fikirkan mahu dekat dengan orang lain.Tanpa sedar hati Yang Esa sentiasa di calarkan.

Hanya tinggal lebih kurang 4 hari untuk pulang ke tanah air. Tapi diri masih belum siap dengan keputusan. Sekali keputusan diputuskan, takkan boleh berpatah balik...Ya Allah. Mohon diberi petunjuk. Yang baik pasti datang dariNya. Amin...

Monolog

Time: 3.09 am

Dear fwens,

Yang baik adalah untuk yang terbaik
Yang penuh titik noda tak mungkin layak untuk yang terbaik
Diri ingin berhenti mencoret
Namun tangan tetap bergerak
Kerana tiada tempat lain sebaik ini

Senyum lah walaupun diri terluka
Senyum lah walau diri dihina
Senyum lah walau diri diperlekehkah
Senyum lah walau diri berdarah

Supaya tiada orang sedar dirimu berkecil hati
Dirimu kesedihan
Dirimu keseorangan
Dirimu kehilangan harapan

Kuharapkan sahabat yang memahami
Untuk aku mampu luahkan kata hati
Namun diri belum yakin akan mampu berbicara
Menceritakan cerita hati
Yang sentiasa di pendam dalam diri

Kerana mulut mereka sangat berbisa
Berbicara tanpa sedar akan bahayanya
Bagai duri tajam menyusuk ke hati

Tapi diri tak mampu membalas
Hanya senyuman yang dihulur
Moga melindungi hati yang mula terkoyak lagi
Cukup lah mereka berkata-kata
Jika bicara itu sentiasa membunuhku

Diri mula berhenti melangkah
Bukan tak yakin akan janjiNya
Tapi sakit itu sedang menyerang dari semua sudut
Di semua titik pengharapan, ketabahan
Yang sedang dibina

Betul...
Diri belum kuat
Belum cukup kental
Di asak mereka, mereka dan mereka sampai ke sudut mati
Melangkah ke depan, tak layak
Diri bukan sesuci itu
Menoleh ke belakang
Takut akan gelombang hitam itu
Melihat ke sisi
Yang ada hanya tohmahan..indah dunia semata

Biarlah diri di situ
Hanya mampu di situ
Aku tak kan mahu melangkah lagi
Kerana diri sudah kehilangan tenaga

Biarlah air mata yang menemani diri
Di kala berseorangan
Biarlah cermin itu yang menjadi saksi
Diri yang lemah
Biarlah titik shower itu menjadi pelindung
Gugur bersama-sama
Biarlah quilt menjadi bumbung
Menutup bersama-sama kesedihan hati

Ya Allah
Bukan aku tak mahu meminta
Bukan aku tak mahu berharap
Cuma aku malu
Pelbagai keinginan yang tak selari dengan kebaikan

Aku pasrah
Diri tak mampu ke depan lagi
Aku pasrah
Diri tak mahu bermimpi lagi
Aku pasrah
Diri tak bisa di caci lagi

Segala-gala telah ditetapkan
Termasuk kekurangan itukah?
Termasuk kekhilafan itukah?
Termasuk ..... itukah?

Kalau ya
Cukup lah di sini
Tak kan ku minta ia lagi dihamparan ungu itu
Tak kan ku idam lagi sebelum tidur malam ku

Mungkin lebih baik diri hanya membiarkan
Melihat takdir yang telah tertulis
Menunggu mereka berbicara sampai saat untuk berhenti
Memerhati kebaikan yang Kau tetapkan untuk mereka
Bukan untukku
Takkan jadi milikku
Selamanya

Biarlah senyuman menutup segalanya
Cerita hati
Yang takkan pernah difahami

One More

Date: 18/11/09
Time: 6.55 am

Dear fwens,

Akhirnya...tinggal 1 paper je lagi. MCBT.. my feberet... Chayok!!!

Em.. Paper AP semalam, no komen. Harap2 semuanya ok. Ermm.. Nak bercerita pasal semalam. On the way nak pegi, dah rasa lain semacam je. Bila masuk exam hall, setengah jam pertama, still ok. Sejam...dah mula rasa tak sedap badan. Hypoglycaemic kah? Tak logik. Tapi tak pe la. Bukak la Boost dengan slow2 je. Sebab orang sebelah dah tengok2. Haih, exam pun sempat makan... Wari.. Lepas tu teruskan lagi. Kepala dah mula throbbing balik dah. Mata rasa semacam je. Air dah dekat nak separuh habis.

Dua jam.. Tak leh nak pikir.. Kepala dah berdenyut kuat. Last2, mintak izin pegi ladies. Basuh muka, mata. Dengan harapan moga lepas ni ok. Tapi still berdenyut2. Rasa semua blood vessel kat kepala dilate dengan sangat banyaknya.

Akhirnya exam habis. 10.10 malam. Alhamdulillah. Ingat kan tak nak drive balik. Sebab takut tak leh kosentrate. Tapi rasanya effy tak bawak spek. Tak pe la. Tu pun time drive balik pun macam tak leh nak fokus kat jalan raya. Kadang2 macam lari sket. Fuh.. Nasib baik sampai kat umah dengan selamatnya. Syukur.

Sampai kat umah, makan sambil tengok Skip Beat, bersih diri, solat, tido. Tapi nak tido pun satu hal. Rasa macam nak balut je kepala ni. Satu benda je dalam kepala time tu. Stroke. Haha.. Exaggerate sket la. Tapi, betul2 takut nak lelapkan mata semalam. Akan bangunkah aku pada hari esok? Tengok Ain kat sebelah dah senyap. Letak bam kat kepala. Bagi ringan sikit. Tak sedar bila lena datang.

Syukur datang dalam diri. Bila diberi peluang satu hari lagi. Fajar menyinsing di hiasi kicauan burung kat atas pokok tepi bilik solat. Buatkan diri terfikir. Sampai bila baru diri bersedia. Asyik mintak peluang. Tapi, tak banyak usaha dilakukan untuk menuju ke arah yang satu....

kacang panjang dan kuku

Date: 16/11/09
Time: 6.41 pm

Dear fwens,

Huhu...saya tak tahu la. Satu paper dah lepas. Ada dua lagi. Tapi fokus saya bukan di sini. Tapi kat Malaysia!!!! Aaaaaaaaaaaaaaaa........... Jadi betul2 tak leh konsentrate. Huhu. Paper kedua esok. Tapi masih banyak lagi preparation untuk di buat. Huuuu.. Dua hari lepas Kak Han kol. Bila saya angkat dan bagi salam, tiba2 terdengar suara yang amat saya rindu. Salam saya di balas dengan.. " aaaaaaa"... Raeisha!!!!! Udah boleh cakap!! Huuu.. Cik Yu windu sama Raeisha!! huhu...lagi la membuak2 perasaan untuk balik. Tapi pape hal pun, paper esok kena buat yang terbaik!! Habis esok, hati mungkin lebih tenang. Amin.

Okeh. Kacang panjang. Apa ada dengan kacang panjang ek. Hehe. Semalam bila saya nak masak paprik, tengah2 potong kacang buncis, tiba2 teringat kenangan lalu. Kacang panjang. Saya dulu bukan la penggemar sayur2 nih. Cuma nasib baik jugak la masuk asrama. Jadi, nak tak nak pun cuba lah latih diri ni untuk makan sayur. Sume sayur saya layan. Tapi satu ni je yang AMAT saya jauhkan. Kacang panjang. Haha. Sebabnya, masa kecik2 dulu, pernah sekali tu tolong Ma potong kacang panjang kat dapur. Tiba2, ada la makhluk Allah tu kuar. Si Pak Cik Ulat!! huhu... Stat je hari tu, setiap kali saya tengok kacang panjang, musti saya teringat akan Si Pak Cik Ulat tu. Jadi, kalau kat asrama ada sayur campur ada kacang panjang, saya rela kutip satu2 kacang panjang tu dan letak tepi. Paling2 bagi kat kawan. Hehe. Tapi tu kisah lalu. Bila dah masuk Intec, di sebabkan seseorang, saya cuba la balik untuk makan kacang panjang tuh. Awal2 tu tekak macam tak leh terima. Setiap kali gigit je, Si Pak Cik Ulat terbayang2 kat mata. Hehe, tapi sekarang, Alhamdulillah. Kacang panjang tak disisihkan lagi. ;)

Kuku pulak ape citer ek. Em, Semalam tengah2 study, tiba2 saya terpandang bekas luka kat tangan ni yang saya hiris bila dah tak kenal mana satu jari, mana satu serai kan. Hehe. Luka dah tertutup. Tapi garis nya ada lagi. Tapi, kuku pun ada terhiris jugak. Bila saya tengok balik, garisan luka dah tak bersambung dah dengan kuku. (Paham ke? Hehe). Point kat sini, kiranya, kuku tu membesar dari bawah la kan. Bukannya dia panjang sebab sambung dari atas. Tapi, kalau dari bawah, dari mana? Saya teringat kata2 Ustaz masa sekolah dulu. Bila kita nak perhatikan kekuasaan Allah ni, ada orang akan lihat persekitaran, semua ciptaan Allah di sekeliling kita. Tapi kita tak perasaan ciptaan Allah yang dekat je dengan kita. Salah satu bahagian paling kuat kat badan selain gigi. Iaitu kuku. (Info dari cite Detective Conan ni.hehe.. boleh guna buat bunuh orang kuku nih..huu..) . Subhanallah. Tak de akar. Takde punca. Kalau tekan kat bahagian atas jari lepas kuku tu, takkan jumpa puncanya pun. Hebat kan kuasa Allah..

Stop sini dulu kali ni. Saya sebenarnya dengan perasaan yang agak tensen sekarang. Risau dengan paper esok. Ditambah keadaan diri yang selalu mengantuk Di sebabkan "hal" itukah? Harap2 badan masih mampu menahan.

Tinta Seorang Anak

Date: 13/11/09
Time: 6.07 pm

Dear fwens,

Akhirnya... Esok paper yang pertama. Huhu...Percaya atau tak, kejap tadi sebenarnya kali pertama saya tengok jadual exam. Selama ni saya hanya dengar daripada sahabat2 sekeliling je. Huhu..Apa la nak jadi. Okeh...jadi untuk bulan ni, tarikh2 penting adalah seperti berikut:-

14/11: Pharmacology 301- RAS/RIDCEN- 2 pm

17/11: Applied Pharmacotherapeutics 301- RAS/RIDCEN- 6.30 PM..(ape la..time ni bkn waktu study la pakcik oi...haih...)

21/11: MCBT 301- RAS/RIDCEN- 9 am

23/11: Date- Rose Park- 5.15 pm

29/11: Bertolak balik ke M'sia- 3.30 pm... sampai KLIA-8.15 pm

30/11: Bertolak ke Teganu Kite- 8.40 am...sampai LT Sultan Mahmud- 9.35 am (YEY!!!)

okeh...Tu je kot nak cite ari nih..owh...nak tambah sikit..sape2 ade rasa nak derma mesin basuh, bitau la yerk..Time2 nak balik ni, sume benda bermasalah. Kali ni mesin basuh pulak yang rosak. Haih... Kena bekerja keras basuh guna tangan la jawab dia. Mengembalikan nostalgia kat INTEC dulu..hehe..

..........................................................................................................................................................................

Em...yang bahagian ni, mungkin tak ramai yang berminat nak baca. Jadi, kalau tak nak membazirkan masa anda, tak yah la baca. Huhu...Sekadar luahan hati...seorang anak..

Sepanjang berada kat Adelaide selama hampir 9 bulan ni, selalu diri ini terdengar kata2... bila umur makin meningkat, makin dewasa... Masa yang diluangkan untuk keluarga makin sedikit. Makin jauh dengan keluarga. Sebab dah mampu berdikari.. Buat hal sendiri. Jumpa kawan2.. Jalan2..
Tapi kenapa diri ini rasa sebaliknya. Makin dewasa. Makin jauh dengan Ma, Abah... tapi perasaan dalam diri ni makin membuak2 untuk bertemu dengan ma dengan abah.

Diri bukan homesick. Selama ni, bermula dari Tingkatan 1 pun dah mula duduk asrama.. Kospint. Tak pernah selalu rasa nak balik walaupun Kak Da balik masa cuti "sunat" (hehe...tak dapat pahala pun kalau balik nih). Bila dah masuk mrsm Kuala Berang...lagi dekat dengan umah, lagi la selalu tak balik umah. Cuma kadang2 Ma dengan Abah akan datang melawat. Bila masuk Intec, walaupun kadang2 rasa iri jugak dengan orang yang duk dekat, selalu balik umah, tapi kesedihan tak pernah bertamu. Mungkin sebab kawan2 sekeliling. Kat Klang pun macam tu jugak. Tapi, bila tiba di Adelaide....em....


Buat Ma dengan Abah. Coretan ini untuk kalian. Walaupun tahu kalian tak kan membacanya...

....Kalau orang lain, mungkin takkan pernah melukakan hati ibu masing2. Tapi Yu tahu, dalam 22 tahun ni, Yu pernah buatkan Ma menitiskan air mata... Bukan sekali, bukan dua kali... Kalau orang lain, mungkin ayahnya dah yakin untuk biarkan anaknya berdikari bila umur dah mencecah 22 tahun. Tapi, Yu tahu abah tak kan lepaskan Yu lagi sebab Yu selalu susahkan abah dengan semua masalah yang kadang2 Yu sendiri puncanya....

Diri teringat...


Ma selalu mintak Yu tolong...buat benda2 yang sepatutnya seorang anak buat... Tapi Yu selalu lambat2 kan... Bila Yu dah nak buat, tengok2 Ma dah siapkan..


Masa kecik2, pernah Abah meninggikan sedikit suara masa ajar Yu mengaji sebab Yu asyik ulang kesalahan yang sama... Pastu time tu jugak Yu menangis sampai basah Al-Quran kecik tu. Abah pun suruh Yu berhenti. Lembut suara Abah kata "tak pe la. Esok sambung balik".


Suatu petang masa kecik2 dulu. Hanya ada Ma dengan Yu je dalam umah. Pastu Yu nak tengok citer Jepun ala2 Power Rangers . Tapi Ma pulak nak tengok drama Melayu. Yu marah kat Ma sebab nanti habis cerita tu. Pastu Yu merajuk keluar rumah, duduk atas kerusi kat garaj kereta. Ma panggil, Yu tak layan. Yu duduk sampai tertidur kat atas kerusi tu. Yu bangun pun bila Abah balik dari sekolah ambik Kak Da ngan Abang Yo dari kelas agama petang. Yu masuk umah, Ma pun ajak makan nasi.


Pernah masa sekolah tadika, Yu balik dari Tadika Yayasan Islam naik van pak cik tu pergi sekolah Mahmudiah. Sebab Ma dengan Abah tengah mengajar. Selalunya Yu duduk sit tengah. Tapi, hari tu sekali, Yu duduk kat belakang. (tak ingat sebab apa). Sampai sekolah, Ma dengan Abah cari2 yu dalam van tu. Yu tak tau kenapa Yu senyap je. Last2 pak cik tu ingat Yu tak naik van. Dia pun pegi la hantar budak2 len. Yu dah nangis dah dalam van. Bila budak paling last sampai umah dia, pakcik tanya. Aih..bukan awak ni anak..... Yu angguk2 je. Pakcik tu hantar la balik kat Mahmudiah. Ada Ma tunggu kat bawah tu. Pucat je muka Ma. Yu tanya Abah mana? "Abah cari Yu kat tadika la"....

Masa kat Q-ber, ada satu hari tu teman roomate pegi klinik. Dia demam. Time pegi, van maktab yang hantar. Pastu van balik. Dah siap jumpa doctor, tiba2 teringat. Macam mana nak balik? cek2 duit dalam poket baju sekolah, ada syiling je. Aduh...handset pulak tak bawak. Nasib baik la ingat no pejabat sekolah Ma. Tapi bila kol, orang pejabat kata Ma tengah mengajar. Jadi, cakap kat orang pejabat, bagitau Ma, Yu ada kat Kuala Berang. Pastu wit habis. Tak tau macam mana nak kol Ma lagi. Time tu Ma tak de handset lagi. Pastu baru teringat Pak Sedara yang keje kat klinik. Malu. Tapi terpaksa. Jumpa dia, dia bagi wit rm10. Lapar. Pegi makan. Balik maktab. Sampai bilik, tengok miskol kat handset...banyakkkk....tak ingat berapa. Kol umah malam tu. Kak Da jawab. Kak Da dah marah2. Nape kuar tak bawak handset. Dia kata Ma dah nangis2 kat sekolah risaukan Yu. Yu diam je...


Kat Kospint... Yu selalu jadi antara orang last yang balik. Masa Kak Da ada, tak pe la. Tapi bila Kak Da dah habis belajar, Yu tunggu Abah sorang2 kat Dewan Kospint tu. Abah habis keje kat pejabat pukul 4.30 ptg. Sampai kat Kospint dah dekat 5.30 petang dah. Kadang2 pak guard je yang teman Yu. Yu bagitau abah. Yu tak nak tunggu sorang2. Jadi, hari tu, gap makan tengahari pukul 2 abah ambik Yu. Hantar kat sekolah Ma. Pastu Abah kene berkejar pulak balik pejabat kat Kuala Terengganu.


Hari tu, ada kenduri kahwin sedara Abah kat Setiu. Pegi dapur kejap Ma sapa2 tuan rumah. Yu duk kat tangga. Nampak jeruk sebekas atas peti ais tuan umah. Lepas balik, dalam kete Yu cakap.." Ma, terliurnya tengok jeruk atas peti ais orang tu". Ma cakap, nape tak bagitau. Kalau tak, dia boleh mintak. Dua, tiga hari lepas tu, Ma balik keje. Pastu Ma bagi satu plastik. Tengok2 ada jeruk. Letak kat tepi TV. Ingat nak makan nanti2. Ma, Yu tak makan pun jeruk tu Ma. Yu tak ingat langsung...


Sehari sebelum fly, duduk kat mana entah nama tempat tu...tak ingat. Petang tu pegi Mid Valley. Ngan Kak Da ngan Adik Ana. Pastu beli Microsoft XP Home Edition ori sebab dengar tak leh pakai software cetak rompak kat Ausie. Nanti tak lepas nak bawak laptop. Pastu malam tu Abang Yo Install la. Ok. Tapi, lepas tu semua driver tak de. Paling teruk sebab Yu tak bawak CD Driver tu. Yu dah cuak. Marah kat Abang Yo. Camne nak guna laptop kalau semua takde? Buat apa nak bawak laptop kalau takleh guna? Malam tu Yu nangis je kat bilik tu. Pagi esoknya, Abang Yo bawak laptop guna wireless hotel tu. Cari driver kat internet. Tapi ada driver yang tak cukup. Microsoft Word pun takleh bukak. Abah tengok Yu. "Yu, pegi beli laptop lain la." Abah bagi kredit kad dia. Ajak Yu ngan Abang Yo pegi Low Yat. Time tu dah tengahari. Padahal petang nanti dah kena bertolak pegi KLIA dah. Yu tengok abah tahan teksi tengah jalan. Time tu rasa bersalah kat Abah. Susahkan Abah lagi. Sampai Low Yat, dah pilih laptop. Abah balik hotel dulu. Nak kemas barang. Tiba2 orang yang jual tu pulak buat hal. Dia kata lambat nak install ape ke benda ntah. Lama. Abang Yo cakap, tadi kata sekejap. Ni lama pulak. Last2 tak jadi beli. Banyak songeh sangat orang kedai tu. Balik sampai hotel, bagi balik kad kredit Abah. Tengok muka Abah tenang je...


Ma, Yu selalu buat Ma sedih. Abah, Yu selalu buat Abah risau. Hari tu, bila tahu pasal "hal" tu, Yu kol Abah. Yu nangis. Abah tenang je. Cakap tak yah risau. Takde pape. Lepas tu Ma kol. Pun cakap tak yah risau. Suara Ma tenang je. Tapi Yu anak Ma. Yu tahu Ma risau pasal Yu. Yu tak nak susahkan Ma lagi. Tapi, last2....

Dalam 2,3 minggu lepas, borak2 dengan Ma pasal .... Lepas tu Ma cakap, nanti sape la nak jaga Ma dengan Abah. Ma, Yu kan dah cakap Yu akan jaga Ma. Sampai bila2 pun. Yu yakin sebab Yu tahu akan ada seseorang yang paham keadaan Yu...keinginan Yu..


Ya Allah... Aku tahu kebahagiaan akhirat itu yang abadi. Namun, aku mohon moga aku diberi sedikit kesempatan waktu untuk membahagiakan Ma dengan Abah di dunia sementara ini. Untuk membalas segala kekhilafan ku yang lalu..


Thank you Allah...for my Ma dan Abah..



p.s: 30 hb 11 ni genap la 27 tahun Ma dan Abah menjadi pasangan suami isteri. Alhamdulillah. Rezeki Allah tak pernah putus2. Walaupun ada ketikanya masalah datang, tapi pasti ada jalan keluarnya. Habis exam nanti nak pegi cari hadiah la. Tapi, nak beli ape yerk...huuu..............

36 C

Date:9/11/09
Time: 5.34 pm

Dear fwens,

Fuh...dolu2 time autumn + winter... air la salah satu elemen bumi yang cuba saya jauhi...haha... tapi bila dah spring ni...owh water...I luv u sooooooo much...huhu..

lepas zohor..bukak lecture notes..local anaesthetic..em..bla2...3.30 pm.. membrane channel...bla2.. emmm...bkak handset.. 3 launcher...my 3.. more weather..now 36 C..

hoho...ok...fine..sambung baca..vascular perfusion..bla2.. tersengguk2... em..sedar balik..duration of actio...zzzzz... tewas jua di atas meja study... huu...m'bazir setengah jam...

adoyai... kalau camni bila la nak hbis baca...tolak hari ni...4 days to go..takleh2!!! kne kuat kan semangat!! ape sangat la panas ni kan..tak leh di layan sangat. em...mungkin saat ni la boleh kita tunjukkan kat Yang Esa tahap kesabaran kita dengan sedikit cobaan Nya. Panas sikit camni pun tak kan takleh nak tahan kan. Sedangkan Bilal tinggi nya kesabaran beliau di tengah padang pasir, siap di tindih dengan batu lagi. Kita ni, panas pun, duduk dalam rumah, ada kipas. Tak sakit pun..

Jadi, buat diri...sabar sikit...sekejap je.. Habis hari ni, exactly 20 hari je lagi nak balik Malaysia...YEY!!! betul2 tak sabar.. tapi sebelum tu, kene tempuhi ujian bermujahadah dulu... sekejap je..jadi, kena buat betul2..semoga segalanya dipermudahkan..amin.

p.s: kepada sahabat2 tahun ketiga ijazah farmasi UniSA (skema sket...hehe). Chayok!!! Semoga kita sama2 berjaya yerk...insyaAllah..





hoho.. I luv Taylor Swift..so.... juz wanna share dis wif u guys.. sebab tadi tengah bosan2 kan..hehe..Monologue Song..

Exam....finally...

Date: 6/11/09

Time: 8.34 pm

Dear fwens,

Huhu...dah agak lama rasanye tak berkesempatan untuk bukak apa lagi menconteng ruang nih. huhu..Exam juz around d corner. Exactly a week to go.. huhu... Rase cuak sentiasa ada. Tengah berusaha. Tapi, separuh pun tak sampai lagi. Jadi rasanya kene pecut sikit la. FIGHTING!!!

Emm.. result Oral Counselling Test selasa baru2 nih dah kuar. Cuak jugak nak bukak pagi tadi. Tapi, dah tekadkan diri. Kalau K.O, kene kuat lagi berusaha untuk skor final exam la. Bila dah bukak....alhamdulillah.. syukur yang amat sangat. Allah tu Maha Penyayang. Rezeki masih ada untuk saya. Tanggungjawab untukNya makin bertambah. Iaitu tanggungjawab untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Moga diri tak lalai dan leka dengan nikmat ni.

Okeh, papehal pun tu semua benda yang dah lepas. Kene berusaha untuk exam yang semakin dekat nih. Cuak nya. Takleh dah main2. Kalau nak di bandingkan dengan Semester lepas, markah ujian2 untuk sem ni much better. Jadi, taknak sia2 kan peluang yang ada nih. Jadi, betol2 kene stdy lekluk. Tak nak repeat paper lagi. Tapi tu la. Laptop n tenet. Dua benda yang saya tak kuat nak lawan. Huhu.. agak susah sebenarnya kalau jiwa ni terlalu suka banyak benda. Cuba jugak control diri sendiri, tapi selalunya fail. Rasa nak tutup je laptop ni terus. Tapi, saya tak biasa study senyap je. Kena dengar lagu jugak. Jadi....hmmm...STUDY!!!!

huhu...banyak sebab sebenarnya saya kena habiskan study ni tanpa kena repeat year.

1) Kena cepat habis belajar, balik Malaysia, ganti Kak Da jaga Ma dengan Abah, jadi Kak Da boleh la kahwin.

2) Kena cepat balik Malaysia sebab nak tengok Raeisha membesar depan mata plus bakal anak sedara no 2 saya tuh yang bakal lahir next year!!! can't wait to see!! Raeisha bakal jadi kakak!! hehe.. Moga semuanya di permudahkan.. amin..

3) Kena cepat habis belajar, nak keje, jadi Ma ngan Abah boleh cepat retire. Duk umah jaga cucu2 jerk..hehe..+ kucing2..

4) Owh...kena cepat balik Malaysia sebab nak jaga Uteh, Itam dan adik2. Sebab orang len tak men sangat ngan kucing. Lagipun skang dah musim tengkujuh. Uteh jangan men air tau. Nanti lemas!! Cayang Uteh..muah2...

5) Kena cepat habis belajar sebab dah tak larat nak belajar lagi dah. Sooo stressful. Kalau ikut hati nak tido jerk. Kumpul lemak..huhu..;) pemalas..

6) Kena cepat balik Malaysia sebab Adelaide sejuk!!! hehe...tapi bila panas, panas sangat pulak. huhu...Suka kat umah Teganu jugak..:)

7) Nak balik Malaysia cepat2 sebab nak makan Ikan Keli, Asam pedas ikan patin.. yummy!!!

8) Nak cepat balik Malaysia sebab tak sabar nak keje jadi Pharmacist. Amin..

9) Mau balik Malaysia sebab banyak benda kat Adelaide yang buatkan diri agak timbul tenggelam. Jadi tak nak kusutkan fikiran...Umah, Ma, Abah, Family...d only place yang tak kan buatkan diri rasa camni.

10) Kena habis belajar cepat at least time 24 tahun dah dapat balik....emmm...(^~^)

Hehe...tu antara sebab2 kena habis belajar cepat. Jadi, kena study kuat... Saya mahu jadi orang hebat!! huu..

p.s: kadang2 tak menyedari potensi diri...jadi, biarkan ia membazir...tak patut...

Okeyla. Sori, entry kali ni mengarut sikit sebab tengah tunggu Isya'. Hehe.. Kepada sahabat2, Gud Luck untuk final exam!! Moga kita semua berjaya...Amin..


Time exam..cam bese la...meja fully occupied...hehe..;)



Cardiovascular....AP!!! Chayok!!



"Tied Together With A Smile" Seems the only one who doesn't see your beauty Is the face in the mirror looking back at you You walk around here thinking you're not pretty But that's not true, cause I know you... Hold on, baby, you're losing it The water's high, you're jumping into it And letting go... and no one knows That you cry, but you don't tell anyone That you might not be the golden one And you're tied together with a smile But you're coming undone I guess it's true that love was all you wanted Cause you're giving it away like it's extra change Hoping it will end up in his pocket But he leaves you out like a penny in the rain Oh, cause it's not his price to pay Not his price to pay... You're tied together with a smile But you're coming undone... oh Goodbye, baby Goodbye, baby With a smile, baby, baby