merenung

Cinta sejati itu menyembuhkan
bukan menyakitkan
hanya cinta kepadaNya

Date: 26/11/09
Time:12.37 am

Dear fwens,

Hari ni pegi Morialta Falls.. dengan panas teriknya..muka dah terbakar.. Nasib baik la ada jugak air terjun nya walaupun sikit. Jadi tak sia2 la pegi kan. Alhamdulillah. Yang cuak nya sebab ada bahagian atas hutan tu terbakar. Asap banyak. Takut jugak kan kalau ada pape hal yang tak diingini terjadi. Tapi syukur. Semua pulang ke rumah dengan selamat.

Em..Isnin baru2 ni.. Akhirnya tiba la tarikh yang di nanti2 kan. Masa nak pegi petang tu agak cuak. Dalam hati cuma mampu doakan yang terbaik buat diri sendiri. Walaupun keputusan nya mungkin seteruk yang di jangkakan, cuma sabar dan redha yang akan menjadi pengubat diri. Doktor ape entah nama dia. Tengok dia cuak jugak. But he is a very nice person. Ala2 bollywood gitu. hehe.. borak2.. ingatkan akan amek darah. Takut jugak la. Sebab tengahari tu makan megi ayam je buat pengalas perut kosong. Tapi alhamdulillah. Tak de darah yang dikeluarkan. Syukur bertamu dalam diri. Dugaan itu dikurang kan. Buat masa 2,3 bulan ni. Mungkin Allah tu Maha Mengetahui. Diri belum cukup siap.

Dalam dua, tiga minggu ni, diri asyik berfikir. Mana hilangnya semangat yang dulu. Mana hilangnya ketenangan yang dicari. Tak tahu mana silapnya. Tak jumpa kat mana turning pointnya. Tak nampak mana benteng nya. Yang membuatkan langkah itu terhenti. Tadi, lepas siap solat asar, diri merenung ke luar tingkap sebentar. Berfikir2. Yang mana saya salah. Dekat mana saya kurang. Sebab untuk mulakan langkah yang terhenti tu, puncanya masih belum ditemui.

Tiba2 teringat ketakutan yang dirasai dulu. Bila diri makin dekat dengan kebenaran yang dicari, saya jadi takut. Takut tanpa sebab yang utuh. Tapi membuatkan diri tak dapat tidur malam. Membuat kan hati menjadi risau. Padahal bila ketakutan tu datang, diri sepatutnya makin dekat pada Yang Esa. Tapi petang tadi, jiwa bagaikan tiba2 tersentak. Dah lama tak muhasabah diri. Untuk teliti balik setiap jejak2 yang dimulakan dulu. Dengan harapan dapat jumpa mutation tu kat bahagian mana.

Hadis pertama. Niat. Simple. Tapi penuh makna tersirat. Bila diri merenung balik setiap langkah tu, betul2 rasa langkahan pertama tu dah terkurang. Bila niat bukan semata2 untukNya... Bila niat yang dicampur dengan unsur2 duniawi. Bila niat tak ditenun dari dasar benang2 yang berkualiti. Sampai di tengah perjalanan, semuanya akan terbelit. Tak dapat siapkan final produk pun. Ataupun mungkin kalau ada final produk sekalipun, cacat celanya ada di mana2.

Diri nampak tali ukhuwah di depan mata. Tapi bila cuba masuk, bagaikan ada pagar2 yang menghindari. Layak kah aku di situ. Diterimakah aku di situ. Kalau berjaya masuk, bagaimana mereka yang di sisi? Akan menerima ke perubahan ni? Sebab bila memulakan jejak dulu pun, macam terasa disisihkan. Akhirnya buatkan diri tak berani terus melangkah.

Asyik fikirkan pasal orang lain. Asyik fikirkan untuk mengambil hati orang lain. Asyik fikirkan mahu dekat dengan orang lain.Tanpa sedar hati Yang Esa sentiasa di calarkan.

Hanya tinggal lebih kurang 4 hari untuk pulang ke tanah air. Tapi diri masih belum siap dengan keputusan. Sekali keputusan diputuskan, takkan boleh berpatah balik...Ya Allah. Mohon diberi petunjuk. Yang baik pasti datang dariNya. Amin...

0 Response to "merenung"