Lindungi kami

date: 30/9/09
time: 11.53 pm

dear fwens,

em...mata hari ni sangat mengantuk. mungkin sebab kehilangan darah dengan kuantiti yang agak banyak berbanding biasa. huu..hari ni saya pegi test OGTT (Oral Glucose Tolerance Test). fasting BGL saya agak ok kali nih..4.7.. alhamdulillah..skang nih kene tunggu report lab..mungkin ambik masa 2,3 hari. jadi, minggu depan baru la pegi jumpa doc Badrul..saya doakan agar semuanya okey.. amin...

kalau ikutkan, malam nih tak de la saya terasa nak menconteng laman nih..tapi mesej dari kakak saya tadi membuatkan saya nak kongsikan kepada semua.. mesej dia bunyi camni:
" Yu...bnd yg current shock 2, leh bli ktner?" current shock??? pelik lak saya. jadi saya kol la kakak kesayangan saya nih..."kak da, current shock hok mane? " dia jawab, " ala, hok bleh buat orang pengsan tuh." em..ooo...saya faham la yang mana satu kan. yang bese orang dalam tv tuh guna utk pengsankan orang tuh, yang selalu ada dalam cite orang putih tu...huhu..saya tanya la, buat ape nak beli benda tu kan..kak da jawab, " kawan kak da nok beli. adik kawan dia kene rogol pagi semalam, jadi kawan kak da nok beli la benda tu, untuk keselamatan." Nauzubillah....

ni lah benda yang sangat2 di takuti oleh semua wanita..saya suruh la kak da cerita dengan lebih detail pasal nih. dia kata budak tuh duk puchong. nak keluar pegi keje pagi tu. tapi datang la laki tuh. dalam keadaan mabuk. ketuk kepala budak tuh guna helmet. dia koyakkan baju budak tu guna pisau. ade la kesan calar kat badan budak tuh. terdetik satu soalan kat hati saya yang memang saya nak tanya dekat kakak saya nih.." kak da, orang yang rogol tu, melayu ke?". kak da cakap, " melayu la. orang mabuk."

Ya Allah... apelah jahat sangat orang tu. dulu, bila orang sebut je Melayu, perkara pertama yang terlintas kat hati mestilah...Islam agamanya. tu dulu. tapi sekarang ni, walaupun melayu bangsanya, Islam tu belum tentu lagi itu yang dipegang. ataupun, walaupun dia mengaku Islam, tapi kehidupannya tak semestinya mengikut landasan dan garis panduan Islam yang sebenar. padahal Islam itu bukan agama semata-mata. tapi cara hidup. yang boleh bawak kita ke destinasi akhir yang ingin dituju. iaitu syurga Allah. tapi, kalau mabuk, tak ke maknanya orang tu minum arak. dan tak ke arak tu haram hukumnya untuk diminum. Nauzubillah. mintak dijauhkan.

Bila dengar berita ni, apa yang saya rasa sekarang ni, walaupun dikatakan Malaysia tu negara yang aman dan damai,tapi tu hanyalah pandangan luaran semata2. padahal kejahatan, kemaksiatan bermaharajalela di sana sini. kalau di Palestin, bangsanya berjuang untuk keamanan dan menegakkan agama Allah...di Malaysia, bangsanya sendiri yang merampas kedamaian dan kehormatan anak bangsanya sendiri. Ya Allah..tak sedar kah manusia tentang kemurkaan yang Allah tunjukkan untuk mengingatkan hamba yang hina ini akan kekuasaanNya? Tsunami di Samoa, gempa bumi di Indonesia dan banjir besar di Filipina. bilakah manusia akan mula membuka mata akan hakikat yang secara terang berada di depan mata????

p.s: moga kami sentiasa berada di jalanMu...

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini (iaitu jari telunjuk dan jari tengah)." (HR Muslim)

0 Response to "Lindungi kami"