Dalam Langkahan Pertama


Salam ukhuwwah... Salam cinta Illahi...


Alhamdulillah... Selesai...

Template baru... Dalam fasa baru...

Proses kemaskini blog... Untuk perubahan...

Tengah-tengah nak kemaskini blog ni, terdetik hati untuk baca semua entries... Jumlah asal = 104 (termasuk yang tak di published). Jenuh jugak nak baca. Sampai tertidur. =)

Selami diri.. dulu dan kini... Alhamdulillah... ini adalah kerana tarbiyyah... dan dengan tarbiyyah...

Beberapa entries... Ada yang baik dibiarkan... sebagai peringatan... buat diri... untuk masa depan... Tapi, ada jugak entries... yang terus dipadamkan... kerana itulah noda-noda jahiliyyah... Saya yang sekarang... Tak mahu lagi menoleh ke belakang... Dalam tengah-tengah pembacaan, dah temui kat mana turning point kepada segalanya... Cukup singkat... Tapi, perasaannya terlalu berbeza...

Islam adalah untuk jiwa-jiwa yang mencari...

Ini baru permulaan... Jejak-jejak tarbiyyah dan dakwah... Semalam, pulang lagi mujahid dan mujahidah... ke medan perjuangan sebenar... semakin berkurang pejuang-pejuang risalah di bumi yang basah dengan tarbiyyah... Adelaide... Tapi, janji pada diri... Kekosongan itu, biar diri yang mengisi... Kerana risalah ini, kita tanggung bersama... Sebelum pulang ke tanah air, persiapkan diri dengan bekal yang secukupnya... Faktor masa bukan lah alasan... Tapi kualiti kepompong yang dibina adalah penentuan... Untuk melahirkan rama-rama yang cukup cantik, cukup kuat... Untuk menarik kembali jiwa-jiwa muslim... Menjadi mukmin yang sejati... Kerana destinasi kemenangan masih terlalu jauh... Penguasaan alam sejagat...



Dahulu, ketika Nabi Muhammad mendapatnya, terus diberi kepada beribu-ribu manusia.

Dahulu, ketika Saidina Abu Bakar mendapatnya, terus diberi kepada enam manusia yang kebanyakkannya dijamin syurga.

Dahulu, ketika Bilal mendapatnya, terus dibebaskan jiwanya walau tubuh berdarah dibaham belati dan ditindah batu.

Dahulu, ketika Sumayyah mendapatnya, terus dikorbankan nyawanya tanpa ada rasa ragu.

Dahulu, ketika Saidina Umar mendapatnya, kasar jiwa asalnya terus dihalusi oleh ayat-ayat Yang Maha Esa.

Itu dahulu...

Sekarang?

Kita mendapatnya, lantas kita biarkan ia tersimpan kemas tidak ke mana-mana.

Kita mendapatnya, lantas kita enggan semua orang merasai apa yang kita rasa.

Kita mendapatnya, lantas kita halang mereka memberi pada yang sepatutnya.

Kita merasa tidak layak, padahal kita sebenarnya dibebani tanggungjawab sejak dari langkah bermula.

Bila pula merasa layak, kita melakukannya demi segugus nama.

Pedang yang tidak tajam harus diasah.

Pedang yang tajam bukan untuk menikam saudara sendiri.

Musuh kita al-bathil.

Musuh kita bukan sesiapa yang melangkah dalam soff yang sama.

Tawadhuklah...

Berusahalah...

Buatlah kerana mardhatillah.

Bukan kerana diri- sendiri.

Kerana...

Risalah ini milik kita bersama...


~Cahaya Kemegahan~ Moga untuk Islam

1 Response to "Dalam Langkahan Pertama"

  1. NurFaS says:
    October 3, 2010 at 10:41 AM

    Sangat suka template baru anda!
    Tapi lebih suka post ini!
    Majulah ke hadapan,moga istiqamah. =)