Don't want to wake up..

Dear fwens,

Lama tangan tak menaip untuk menambah patah2 perkataan di page ni. Bukan tak mahu, bukan tak punya masa.. cuma terlalu banyak benda untuk dicerita... atau mungkin diri berfikir2 sama ada patut kah dicoretkan di ruangan ini. Yang mungkin terlalu privasi untuk jadi tatapan umum...

Okeh.. firstly, alhamdulillah.. syukur.. selamat tiba di bumi Adelaide 9 hb 2 pukul 7.06 am waktu tempatan. Walaupun awal2 tu akhirnya berpeluang dapat sit tepi tingkap, tapi ade pakcik chinese nih mintak tukar sebab nak duk sebelah anak dia, nak tak nak saya merelakan jugak. Kesian lak tengok muka pakcik nih. Walaupun deep inside....emmm...berat hati sikit la. Dahla lepas tukar tuh mamat Thailand @ Vietnam.. xsure mana satu buatkan diri tak seronok sangat nak duk sit tu.

Em... kepulangan ke Adelaide kali ni, hati bercampur dengan pelbagai perasaan. Hari terakhir kat Malaysia, sangat berat hati. Malas nak kembali ke Adelaide. Sebab akhirnya setelah membuang semua perasaan dulu...Matlamat terakhir yang tinggal, menghabiskan sisa-sisa tahun akhir pembelajaran di Adelaide. Moga inilah tahun akhir di sini. Tak mahu pape tambahan lagi. Hanya ni tujuan. Only this.

Alhamdulillah. Doa termakbul. Result exam kali ni menenangkan hati. Tak de pape yang tercicir. Tapi bila hari pertama menjejakkan kaki ke lecture hall untuk sem baru... Lecture hall yang semakin mengecil. Sebab bilangan pelajar yang semakin mengecil. Untuk sesiapa yang tak begitu rapat, saya tak ambil kisah. It's juz that I can't see my lovely Mei Mei. Really mis her actually. And apart from that...hmmm...Sekilas ke belakang...Intec 18 orang (kalau tak silap). Bila beralih ke Sit, tinggal 11 tapi bertambah sorang. Dari Sit ke Unisa, kurang balik sorang. And this hopefully enjoyable final year has became quite unpleasant year... It's juz 4 left. 4 yang tinggal untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan yang agak kekosongan. Tapi mungkin sudah ditakdirkan. Jadi, apa yang tinggal cuma sabar dan redha. Dengan doa semoga kami berempat berjaya sampai ke titik akhir. Bersama-sama 5 lagi sahabat di sisi. Amin.

Banyak lagi sebenar yang ingin diluahkan. Tetapi lebih baik disimpan. Kerana sudah ada janji pada diri sendiri. Satu janji yang dipegang. Untuk menjadikan diri lebih kuat mengharungi titian ini. Moga diri lebih kuat. Tak lemah lagi. Fighting!! Bila berada di 2 tempat yang amat, amat berlainan, dan diri pun mahu menjadi 2 orang yang berlainan... Keputusan yang diambil.. Juz be yourself. Coz it hurts so, so much. When the whole world wants you to be somebody else. That you don't fit in.

Last one... keep this smile to the end. InsyaAllah.

p.s: Last nite's dream. A very weird one. Having such cute twin baby boys juz rip your heart apart when you finally wake up to the reality world. Homesick...I guess..='(

0 Response to "Don't want to wake up.."