Hanyalah Sebuah Kehendak (Prolog)


Hampir seminggu meninggalkan Adelaide. Terasa waktu sangat pantas berlalu. Masih terasa pelukan dan kata-kata terakhir akhawati fillah yang dirindui.

Sekarang apa yang bermain-main di hati, persoalan yang sentiasa menghantui diri sebelum bfg. Futur. Pendek, tapi mempunyai satu maksud yang menggerunkan setiap orang yang akan bfg.

Tapi, bila dah sampai di pesisir pantai (obviously belum betul-betul masuk ke laut), perkara pertama yang perlu dilakukan adalah cuba untuk menyentuh air di pesisir pantai, memerhati ombak yang menghempas ke batu. Dah bersedia atau belum untuk terjun? Saya cuma tersenyum.

Melihat sekeliling. Satu hal yang dapat saya simpulkan. Kepada yang masih berada di Adelaide, anda semua tak patut sedikitpun rasa futur bila berada di Adelaide. Tak patut terlintas sikit pun perasaan lemah semangat tu sepanjang berada di Adelaide, di sebuah Bumi yang basah dengan tarbiyyah, di satu tempat yang ada bi'ah solehah. Sikit pun tidak. Kalau pun ada perasaan tu, perlu cepat-cepat untuk bangkit kembali. Bimbang akhirnya akan jatuh tersungkur. Kalau dengan sedikit mehnah yang Allah berikan di Adelaide dah cukup melemahkan semangat, you can't really survive dalam medan sebenar.

Sekarang baru faham dengan kata-kata qiyadah sebelum ni. Medan di Adelaide adalah satu medan persiapan diri. Medan untuk mencuba. Medan untuk mengumpul pengalaman. Kerana medan sebenar adalah di Malaysia. Sebuah medan realiti. Di mana semuanya terletak kepada kemahuan diri.


Dan yang pastinya, futur bukanlah pilihan. Hanyalah sebuah kehendak.

Bersambung...

1 Response to "Hanyalah Sebuah Kehendak (Prolog)"

  1. hh Says:
    September 17, 2011 at 8:12 AM

    salaam,

    jzkk ukhti, futur tu kehendak, walaupun kadang2 ana rasa ada yang tersepit dlm ujian. lagi2 bila saat Allah uji satu demi satu demi satu, lepas satu, datang lagi dan lagi dan lagi. Allah akn tapis satu demi satu keladak dan kotoran yg ada dlm hati manusia yg lemah, sampai dah tak tersisa apa2 pengharapan pd dunia ni.

    senangnya nak melabel org yg futur itu futur, sebelum kita sama2 duduk di sebelahnya dan berkongsi isi hatinya. kita takkan tahu kan?

    Allahua'lam. semoga Allah masih sygkan kita dan mahukan kita kekal di jalan ini. doakan untuk ana skali ye. ana masih berada di bumi tarbiyah, tapi di tempat yang mungkin tak sesegar, seideal, secantik tarbiyah Adelaide. hakikatnya, ana sudah merasa cebisan realiti disini (sorang, takde biah, takde akhowat, kerja dnt byk, terikat dgn komitmen kerja) even sebelum balik ke Malaysia lagi. Allahua'lam Allahu mustaan.

    Ya Muqallib qulub, thabbit qulubana 'alaa deenik.