Mukhayyam Musim Bunga 2009

date: 4/10/09
time: 1.10 pm

dear fwens,

huu..hari ni start daylight saving. jadi, beza waktu ngan malaysia dah bertambah menjadi 2 jam 30 minit. sekali lagi nampaknya, saya kene adjust biological clock saya. Waktu tido, solat..huu...owh..baru hari ni, badan2 saya dah mula terasa sengal di sana-sini. Ini memang dah saya expect. Bese la kan. panggil pun pegi camping. Musti la kene sakit2 kan. Hehe, tapi papehal pun saya nak tunaikan kata-kata saya. Nak bercerita pasal Mukhayyam yang berakhir semalam. Entry yang ni agak panjang. Jadi, kalau ada masa terluang, bolehla baca ek. ;)

.........................................................................................................................................................................

Tempat: Cudlee Creek, Adelaide Hill
Tarikh: 2 dan 3 Oktober 2009 (8am hingga 12pm keesokan harinya)

huhu... tu la tempat di mana saya camping. Dekat je ngan Wildlife Park, yang saya tak pernah pegi. Nanti bila ada kesempatan, insyaAllah. Kalau tak pun paling2 dah pernah sampai kat situ walau tak pernah masuk kan. hehe... pagi tu bertolak ke Adelaide Hills dari rumah Mawaddah. tempat kami berkumpul. Saya naik kete Kak Kay ngan Kak Mi ngan errrmmm...satu-satunya peserta laki-laki yang join Mukhayyam sisters kali ni. Aduh..sape ek..huhu..ni orangnya..;)

hehe...umayr nama diberi..chomey tol..huhu..


Sebelum bertolak, setiap peserta diberi satu barang amanah yang kene jaga sampai habis program. hehe..Pamplet program la...

huhu...dah dekat nak hancur dah pamplet...sebab simpan dalam poket suar kan..hehe..tu la muka depan barang amanah tu..okey la. tak nak panjangkan bebelan, meh saya nak start cite aktiviti sepanjang Mukhayyam tu.


Sampai sana, kitorang dibahagikan kepada dua group. Kene cari nama group. Group saya, terdiri daripada saya sebagai ketua (erm..tak rasa layak pun sebenarnya), Zahra sebagai penjaga masa, Syu dan jugak Naima + Mardhiah dan Alia (yang kadang2 kene kuar dari group sebab diorang pun jadi fasi jugak..hehe) Kami namakan Khaulah, nama seorang serikandi Islam yang berjihad untuk membebaskan abangnya, manakala satu group lagi mereka memilih nama matahari, satu simbol dimana ia adalah cahaya yang diperlukan untuk menerangi alam ini..Ahli group: Kak Mi (ketua), Nadiah (penjaga masa), Imah aka Kak Norm ;) dan jugak Asmak + Ummu..Group ni agak banyak ahli yang asek masuk kuar..antaranya Kak Kay, Kak Izzati. Pastu Amirah kami adalah Shafnah n Ketua Komander nye Kak Ili..Kak Ili seyes jugak kadang2..takut saya..hehe..tapi tu la kan..sebab tanggungjawab tu ada, jadi kene la seyes jugak untuk pastikan program berjalan dengan baik. Tapi saya tahu Kak Ili yang sebenar bukan camtu..huhu... Pastu ada Ana ngan Kak Nik Syah yang masuk mana2 group bila diperlukan..hehe..dan tak lupa jugak Kak Su..em..rasenye dah xde kot nama yang tertinggal..ops, lupa..dan jugak satu-satunya peserta tunggal lelaki..Umayr..haih..




huhu...nilah bendera kumpulan saya. Dah pudar dah sikit warna dia. Kene air. Ingatkan nak simpan, tapi baunya dah kurang enak. Jadi amek gambar je la..hehe..tu warna hijau kat sebelah kiri tu sebenarnya gambar mawar. Simbol untuk kumpulan ni. Hati-hati untuk memegangnya kerana duri yang ada menunjukkan walaupun mawar tu cantik tapi mempunyai bahayanya sendiri. Duri yang menunjukkan semangat kami untuk berjuang...Khaulah!!! hehe..owh...perkataan abandoned tu ek.. Peringatan. Khusyuk sangat buat tugas yang fasi beri sampai terlupa untuk jaga panji perjuangan kami. sowi yerk bendera..huhu..

okeh, skang..aktivitinya yerk...

Aktiviti pertama. Boo chak! dan Who am I...huhu.. tu sebenarnya sesi ice-breaking. Kat sini la saya leh kenal sume ahli peserta ngan lebih dekat. Nama penuh, tarikh lahir, tempat asal dan jugak sekolah. huhu...Boo chak tu best!! tapi saya tak reti sebab tak ingat sangat. hehe...

Pastu sesi mendirikan khemah. Besenye pernah buat khemah yang kecik je. Tak pernah pulak pasang khemah yang besar. Jadi, bila dapat khemah yang besar tu, ni macam satu pengalaman baru jugak la bagi saya. Kat sini la kerjasama dan toleransi tu sangat penting...+ kesabaran. Sebab banyak kali jugak sebenarnya khemah tu silap dipasang. Jadi kene sabar la untuk bukak balik besi2 tu, pastu pasang balik. Tapi bila berjaya, betul2 bagi satu kepuasan untuk diri ini...;)

Okeh..aktiviti seterusnya..Check point Ukhuwwah...kat sini, ada 5 checkpoints..setiap checkpoint tu ada tasks yang kami kene completekan...
1) Spiderweb
2) Falling down
3) ... panjang..lupe..sudu panjang kot nama dia..hehe..ke mulut panjang..huu..
4) Sungai beracun...sangaaaaattttt beracun
5) Caterpillar

Kami start dengan falling down.. erm..apa yang saya dapat dari task ni ialah kita betul2 kene percaya ngan teammates kita tuh..kene percaya yang kalau kita jatuh, diorang akan sambut kita. huu..Saya yang start first. Sangat la cuak. Bukan sebab tak caya diorang akan sambut, tapi takut diorang tak larat nak sambut. huu..yang meja tu agak tinggi. 2 kali jugak la saya buat. Ngan kaki takleh bengkok. fuh, kalau tak disambut memang parah..haha..tapi best sebab sume betul2 prepare untuk sambut kawan yang jatuh tu. Walaupun tangan sakit, tapi sangat best. ;) Syu terseliuh sikit tangan dia. Hopefully cepat sembuh ek Syu. Kalau tak tahan sakit, pegi jumpa doc tau..

em..second, kitorang buat mulut panjang tu. Yang ni agak simple tapi perlukan ketelitian, kerjasama, dan jugak kesabaran. Sweet je, transfer getah guna sudu. Haha..sudu kat mulut saya tu dah nak jatuh dah.;)

Ketiga, kitorang buat Caterpillar. Saya jadi kepalanya. Huhu..nampak simple, tapi agak penat sket la jadi kepala. Sebab kaki asek tersekat2..haha.. Best and kelakar la. Sebab sume orang kene kensot pada masa yang sama. hehe..

Yang ke-4, kitorang buat task Sungai Beracun. Arggh..sangat beracun kot. Camne nak seberang sungai yang berbatu2, dengan hanya guna 1 pair of shoe, tapi kene pegi dua orang sekaligus. And yang kritikalnya sebab setiap kali 2 orang dah guna 1 cara untuk seberang, takleh dah repeat cara tu lagi. hmm..kitorang ada 4 orang. Jadi pegi balik kene ada 4 cara. Fuh..yang 1st ngan 2nd, tu yang dapat fikir cepat la. Yang ke3 agak okey. Tapi lepas tu dah stuck. Takleh fikir...arrrgghhhh..apekah.. huhu. kendong belakang, still mampu la. Tapi takkan nak angkat kot. Tak larat!!! haha..pikir2..alhamdulillah. Ada la lagi satu cara. huhu..Batu kat dalam sungai tu agak licin, tapi alhamdulillah. Ahli group saya tak de yang cedera. Tapi group yang satu lagi, Nadiah jatuh. berdarah kaki dia. Orang cakap darah agak banyak. Tapi alhamdulillah. Still ok.

And last skali. Checkpoint 1st. Awal2 nak start tu, Kak Ili dah bagitau, checkpoint 1st tu kene pegi last skali. Awal2nya pelik jugak asal ek. Tapi bila tengok tasknya baru faham kenapa. huhu..yang part ni kitorang ambik masa setengah jam jugak la untuk setelkan. Haha..kat sini la orang yang kurus tuh ada advantage. Huhu..time tuh terus fikir kene diet. Nak bagi muat badan lalu spiderweb tuh. huhu..;) owh..before lupa, time ni la, panji kami kene curik. Tak tau sape yang amek. Tapi salah saya jugak kot. Tak jaga betul2. Sebab time tu hanya fikir camne cara nak lepas halangan tu. Ermm..tapi tak sedar, panji tu dibiar camtu jerk. Kalau la ni kat tengah peperangan, dah kira kalah dah kitorang kan. Sedangkan pada zaman Nabi dulu, pemegang panji betul2 berusaha untuk menjaganya...tu kira peringatan gak la buat diri sendiri. Hehe..tapi rupanya group satu lagi pun mengalami nasib yang sama. Tak jaga panji betul2. Jadi seri la. hehe..

okeh..dah berakhir Check point ukhuwwah..dapat task baru..kene prepare untuk persembahan Malam Qamarun Nur.. malam cahaya bulan. Group saya dapat 2 tasks. Kiranya apa yang kene ada dalam persembahan kami tu. Berlapang dada dan Bi'ah Solehah (persekitaran yang baik-lebih kurang la maksud dia..kalau salah, mintak diperbetulkan). Huhu..saya bab2 berlakon ni tak reti sangat tapi kene berani buat jugak.huhu.. Jalan citer group saya agak teledrama jugakla. Tapi yang saya salut lakonan Zahra la..Fuyyoh!! Dia betul2 menangis. Adik, kalau akak boleh bagi hadiah, sah2 akak pilih Zahra jadi pelakon terbaik malam tu. Hehe. Alhamdulillah. Semua berjaya bawak watak dengan baik. Tolak saya. Saya tak reti berlakon. Mintak ampun..haha..

huhu..Nilah suasana malam tu.. Malam ke-14 bulan Syawal. Bulan hampir penuh. Terang sangat suasana sekeliling time tu. Sampai Kak Ili terharu jugak la. Macam Allah memberkati lak event tu. Amin.. Time persembahan tu berlangsung hujan tak turun lagi..;) Alhamdulillah..Tapi habis jer persembahan group Matahari..hujan pun turun. Subhanallah. Indahnya nikmatMu...bagi manusia yang berfikir.

Ni unggun api yang kitorang buat untuk Malam Qamarun Nur tu. Petang tu gi carik kayu apinya. hehe...Best..Sebab boleh keringkan stokin yang basah kene hujan. Hehe. Kiranya malam tu, yang menerangi keadaan sekeliling hanya la unggun api tu and jugak cahaya bulan kurniaanNya. Syukur yang tak terhingga. Sebab program tu dapat dijalankan seperti yang dirancangkan.

Bila hujan dah start, kami sume pun masuk ke khemah. Sambung program Kembara Diri. Kat sini la saya dapat tau perkara2 yang saya tak tau tentang sume para peserta program tu. Apa yang significant tentang setiap orang. Hehe.. saya?? huhu..Biarlah rahsia.. haha..xde la rahsia pun. Sume kawan saya tau kot..huhu..

Esoknya lepas dah habis setelkan hal khemah sume, start la program seterusnya. Bisu, pekak dan buta. Setiap ni len2 game. Game 1st buta.

hehe. Ni misinya. Nak kutip belon2. Seorang kene jadik orang buta and the rest of ahli kene guide. Setiap belon ade markah2 nya.

Putih-150
Biru- 100
Kuning- 70
Pink- 50
Oren- 20
Merah- negative 30 (kalau tak silap)
Hijau- negative 70 (kalau tak silap jugak. tak ingat.hehe)

Nak guide kene bagi kod jerk. Takleh cakap kiri ke kanan. Ni kod group saya:
Depan - Apam
Belakang - Kangkung
Kiri - Kari
Kanan - Roti Nan
Kutip - Makan

Alhamdulillah. Group saya berjaya mengutip belon dengan jumlah yang lagi banyak daripada kumpulan Matahari. Urashi!! (^~^)

Next game- Pekak.
Ni rasanya sume orang tau kot. Hehe. Game telefon rosak tuh. Huhu. Kat sini mengajar kita jangan terima bulat2 cerita yang orang len sampaikan, sebab mungkin ada salahnya. Ditokok tambah di mana2. Jadi kene lah rujuk ngan sumber utama. Contohnya, kalau kita dengar dari mulut orang lain sesuatu berita tu, jangan terima bulat2. check dulu. Sebab takut time disampaikan tu, ada benda yang tertinggal atau yang disalah fahami.

Ada dua cerita. Yang ni yang saya ingat la yerk. Cerita yang sampai kepada saya. Ada yang terkurang. Tapi tu la namanya game tu. Telefon rosak. hehe..

Cerita 1: Dalam perang Yarmuk, Abu Jahim membawa sebekas air. (patutnya ditambah untuk dirinya sendiri. Pastu ada sambungannya lagi. Yang tak sampai kat saya. hehe). Dia mendengar sepupunya mengerang kesakitan. Lalu, dia pun mahu memberikan air tu kepada sepupunya. Tapi sepupunya mendengar Hashim bin Abilas mengerang kesakitan, lantas dia pun menyuruh Abu Jahim memberikan air itu kepada Hashim bin Abilas. Bila dia sampai kepada Hashim bin Abilas, dia terdengar pula seorang lagi pejuang Islam mengerang kesakitan. Lalu, Hashim bin Abilas pun menyuruh Abu Jahim memberikan air tu kepada pejuang tersebut. Namun, apabila Abu Jahim sampai di tempat pejuang tersebut, dia telahpun syahid. Abu Jahim kembali kepada Hashim bin Abilas. Namun, dia juga telah syahid. Abu Jahim pergi untuk menemui sepupunya kembali. Namun, dia juga telah syahid. (Cerita ni ada lagi isinya. Tapi ni je yang saya dapat. Jalan citenye ok. Kita leh nampak kan. Betapa pada zaman Rasulullah, iman para sahabat sangat tinggi, hingga rela mendahulukan orang lain dari diri sendiri. Ukhuwwah fi sabilillah. Sehinggakan ketiga-tiganya syahid. Allahu akbar. JanjiNya. Yang terkorban syahid tu tak kan pernah mati. Tapi kembali kepada Penciptanya yang Maha Agung. Moga diri ini dapat mencapai kemanisan iman itu. Amin)

Cerita 2: Ketika hijrah Rasulullah dan Abu Bakar r.a, kaum Quraisy mengejar mereka. Jadi mereka bersembunyi di Gua Thur. (Syu: Gua Hira' ke Gua Thur akak?? Saya: erm..ermm..macam dengar Gua Thur. Gua Hira' kot..hoho..tu la jawapan saya. Sebab kepala tengah kompius. Gua THUR la!!! Gua Hirak tuh Nabi s.a.w dapat wahyu yang pertama. Adeh..ape lar..haha..Jadi lepas tu sume orang sebut Gua Hira'. ampun..saya salah.. :'( huhu..)
Mereka bersembunyi di sana selama 3 hari. Setiap hari mereka bergilir2 berjaga. Apabila Rasulullah tidur, Baginda tidur di pangku Saidina Abu Bakar sementara Saidina Abu Bakar berjaga. Dan begitulah sebaliknya. (part lepas ni ada salah sikit). Rasulullah nampak banyak tapak kaki orang2 Quraisy di depan pintu gua. Baginda bimbang. Melihatkan keadaan tersebut, Abu Bakar berkata kepada Baginda. " Jangan bimbang, Allah sentiasa ada bersama kita." (haih!! terbalik!! bukan Rasulullah yang bimbang. Saidina Abu Bakar yang bimbang. huhu.. satu lagi, bukan tapak kaki, tapi kaki..haha..Group satu lagi sebut kaki gua. sume salah..huhu)
okeh..sambung..Lepas tu, pada satu malam, ketika Saidina Abu Bakar berjaga, beliau ternampak lubang ular. Jadi Abu Bakar menutupnya dengan tapak kakinya sehingga beliau dipatuk ular tersebut. (Namun Abu Bakar tidak menjerit kerana bimbang akan mengejutkan Rasulullah s.a.w-part ni tertinggal). Abu Bakar menangis menahan kesakitan sehingga air matanya jatuh dan terkena pipi Rasululllah. Rasulullah terjaga dari tidurnya. Apabila Rasulullah ternampak kesan gigitan ular di kaki Abu Bakar, baginda mengusapnya sehingga hilang kesakitan tersebut. Baginda berdoa moga Abu Bakar akan bersama-samanya di syurga nanti. (huu..sweetkan cite nih. Susahnya untuk cari sahabat seperti Saidina Abu Bakar. Indahnya pengorbanan beliau untuk Rasulullah..Inilah sahabat sejati yang dicari. Yang bersahabat semata2 kerana Allah)

Okeh. Part last, bisu..yey!!! Game yang sangat best!! Suka men teka2 nih. Tapi sume benda yang diteka ada maksud mendalam yang tersendiri. Moga diambil dan diamalkan. Amin. Paling suka tengok gelagat Kak Kay. Kata2 yang dia dapat untuk dilukis- "berkuah sama dihirup, bersambal sama dicolek". haha..bab yang dia buat gaya hirup tu memang kelakar. Tapi yang paling tak tahan gaya colek tu la...hahahahahhaha...saaaaaaangat comel. Silap lak tak rakam..hehe..;)

And...event last sebelum penutup. Iron Muslimah. Huhu..memang 'b'iron' lah..semput saya.. ank buat sume task tu. Ada 5. skipping 20 kali, angkat dumbell 20 kali, lompat bintang 20 kali, pumping 20 kali and buat sit up 20 kali..huu..nampak senang. Tapi bila kene buat sume ni berterusan..ditambah ngan nak compete ngan group lawan..semputtttt!!! haha..yang nih, group saya kalah la. Lambat sikit. Tapi best. huhu..;)

Okeh..panjangnya bercerita. Tiba part last. Majlis penutup.. huhu. ucapan sikit2 pastu penyampaian hadiah.. Kumpulan terbaik jatuh kepada................KHAULAH!!!!! yey!! Alhamdulillah...menang..hehe..Tapi nak ucapkan syabas jugak kat group Matahari. Sebenarnya dua2 adalah pemenang..huhu.. Peserta terbaik dapat kat Zahra. Memang dah di expect la.. Bagi saya..hehe.. Last part, nyanyi lagu tema Mukhayyam kali ni.

hehe..Pernah dengar lagu ni tapi tak pernah lak hafal. hehe...opps...lupa nak bagitau. Ada task tersendiri. Ada Ayat yang kami peserta kene hafal.


1) Dari Abu Hamzah Anas bin Malik r.a, pelayan Rasulullah S.a.w, bahwa Rasulullah Saw bersabda, "Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri," (HR Bukhari dan Muslim) -tapi hadith ni untuk orang2 terpilih sahaja. hehe..

2) "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (51:56)

3) "Wahai orang2 yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah2 syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu" (2:208)

huhu..tu la. Lepas dah habis tu, sesi bergambar. Pastu balik. On d way balik, penat sangat. Tido je time turun dari Adelaide hills. Lagipun kepala agak pening and tekak agak loya. Jadi tido ubat terbaik. Tak sedar bila masa Umayr join tido jugak. hehe...baguih dak nih.. hehe. Gi anta Kak Mi balik umah dulu. Time tu saya dah bangun. Kak Kay kata ngantuk. Jadi saya take turn drive lak balik Mawaddah. ermm..Kesian kat Kak Kay, mesti penat. Jadi tak sampai ati nak bagitau...Kak Kay, saya drive pakai spek. Tak nampak ngan jelas sangat. Okey, tapi kabur sket la..huhu..tapi alhamdulillah..Allah bantu..Selamat sampai umah Mawaddah..len kali lepas ni, spek kene sentiasa bawak. huhu..dah solat zohor, makan, drive balik ngan Imah sampai umah. Lepas tu, tido dengan lenanya. Penat...........

..........................................................................................................................................................................

Itu la serba sikit pe yang saya lalui sepanjang Mukhayyam ni..Panjang kan..hehe..penat..tapi sangat best!!! okeh..ape yang saya bawak balik bukan nya kenangan semata2 tapi pengajaran, nasihat yang insyaAllah akan saya pegang sampai bila2.
1) Ukhuwwah fi sabilillah
2) Menjaga masa
3) Bermanfaat kepada orang lain

huhu..okey la. Citer pun dah habis. Kepada sesiapa yang baca entry kali ni, terima kasih sebab sudi luangkan masa. Kalau ada apa2 yang boleh diambil dari entry kali ni, moga dapat sama2 beramal dengannya dan sebarkan kepada orang lain. Moga sama2 mendapat kebaikan darinya. Okey la. Kepada semua yang join mukhayyam kali ni, kakak2, sahabat2, adik2. Terima kasih kerana bagi saya satu kenangan yang takkan saya lupakan. Satu pengalaman yang penuh pengajaran di sebaliknya. Moga ukhuwwah yang terjalin akan bawa kita semua bertemu Allah yang Esa. Amin....

p.s: gambar yang ni agak kabur. Nanti kalau ada gambar yang better sket akan saya upload kan..huhu...kenangan Mukhayyam Musim Bunga 2009...(Alia xde dalam gambar ni). Ni la peserta yang ku doakan akan menjadi bidadari di syurga kelak. Amin.. terutama buat diri ini. (erm..tolak si kecik Umair tuh..hehe..Umair kan lelaki..;)
..........................................................................................................................................................................


KHAULAH binti Al-Azwar adalah wira wanita yang menyertai Perang Ajnadin ke Syam di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid ketika zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar. Dalam peperangan hebat itu, tentera Islam dengan gigih menyerbu Ajnadin dari arah Palestin. Pasukan Romawi pimpinan Teodore dari sebelah utara Syam pula berusaha menghalang kemaraan pasukan Arab.

Dalam peperangan itu, Dhiraar bin Al-Azwar, pahlawan perang yang terkenal dengan keberanian sehebat seribu perajurit ditawan pasukan Romawi. Keadaan itu menyebabkan Khalid begitu marah dan memerintahkan pasukannya membebaskan Dhiraar.

Dalam gelora perang itu, pasukan Romawi tiba-tiba dikejutkan seorang perajurit Islam bertopeng yang bertempur bermati-matian menewaskan beberapa perajurit Romawi.

Keberanian perajurit bertopeng itu begitu mengagumkan. Panglima Khalid sendiri berasa hairan. Siapakah perajurit bertopeng itu?

Ketika ditanya, perajurit bertopeng itu mengelak tetapi Khalid terus mendesak. Akhirnya, rahsia terbongkar.

“Wahai panglima. Aku tidak mengelak darimu kecuali kerana rasa malu terhadapmu. Anda seorang panglima besar, sedangkan aku wanita. Tetapi. Aku terpaksa melakukan ini kerana hatiku sakit dan marah.

“Aku adalah Khaulah binti Al Azwar. Aku sedang bersama wanita kaumku. Kemudian datang orang memberi khabar bahawa saudaraku Dhiraar ditawan, maka aku pun menaiki kuda dan melakukan apa yang anda lihat ini.”

Khalid sedih bercampur hairan, mengapa wanita sanggup keluar ikut berjihad dengan gigih untuk menyelamatkan tawanan perang.

Sejak itu, Panglima Khalid bersumpah menyelamatkan Dhiraar. Peperangan terus berkecamuk dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada pasukan Arab. Dhiraar berjaya dibebaskan daripada tawanan Romawi.

Demikian sejarah perjuangan Islam yang disertai serikandi Islam yang tidak gentar bertempur bersama perajurit lelaki. Mereka berada di belakang pasukan kerana jika ada perajurit yang luka, mereka yang merawatnya.

Hingga zaman pemerintahan Usman bin Affan, Khaulah menyaksikan pelbagai peristiwa dan bencana. Kegigihannya di medan peperangan menimbulkan kekaguman seperti peristiwa pertempuran bertopeng itu.

Suatu ketika, kepala perajurit Romawi menjadi mangsa pukulan tiang khemah yang dicabut Khaulah ketika beliau memimpin wanita yang bersamanya di medan peperangan.

Ia berlaku ketika pertempuran pasukan Arab dan Romawi kedua di Maraj Daabiq. Sekali lagi, Khaulah kehilangan saudara lelakinya, Dhiraar, yang ditawan musuh. Kesedihannya digarap pada syair dan tangisan yang mendorong semangat pasukan Islam untuk menuntut Romawi membebaskan Dhiraar.

Beberapa wanita lain yang suami mereka menjadi tawanan turut memberi semangat supaya tentera Islam lebih berani.

Pasukan Arab berjaya menyerbu daerah utara Syam dan mengepung Antarkia manakala beberapa tawanan dibebaskan, termasuk Dhiraar. Malangnya Khaulah dan beberapa wanita lain pula menjadi tawanan Romawi.

Dalam tawanan pasukan musuh itu, Khaulah tidak menyerah kalah. Beliau berseru kepada temannya: “Hai puteri Himsyar sisa keturunan Tubba, apakah kalian rela menjadi tawanan Romawi dan anak kalian menjadi budak mereka?

"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."

Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."

Dengan semangat pantang menyerah, Khaulah mengetuai teman tawanan wanita dengan mengambil tiang khemah. Bersenjatakan tiang itu, mereka melawan pasukan Romawi dengan memukul kepala mereka. Berkat keberanian itu, mereka berjaya membebaskan diri.

0 Response to "Mukhayyam Musim Bunga 2009"