Bersihkan hati

date: 1/10/09
time: 7.12 pm

dear fwens,

"Memencilkan diri bagi orang yang dalam permulaan menjalankan perjalanan (Thoriqat) adalah bahaya. Berdampingan dengan guru yang mursyid adalah perlu".

Teringat kata-kata seorang sahabat. Bila belajar sendirian bermakna kita mungkin tengah belajar dengan syaitan. Agak konfius dengan kata2 nya. tapi bila direnungkan balik, ada betulnya jugak. Sebab takut kefahaman salah. Moga dijauhkan. Tapi bila sendirian lah dapat saya renung akan kekhilafan diri sendiri. Yang terlalu banyak...
..........................................................................................................................................................................

Hari ini hati saya agak berubah2. Akhir2 ini saya terima banyak berita yang menggugat hati sendiri. Ada gembiranya, tapi ada juga yang menyakitkan. Ada kesakitan yang perlu saya rasai, ada jua kesakitan yang patut saya hapuskan segera. Sebab ia boleh bawak kepada penyakit hati. Em..Banyak benda yang difikirkan. Lebih kepada yang tak perlu. Jadi menyebabkan hati sendiri yang sakit. Yang lebih teruk lagi, kerana ini mengganggu perjalanan yang tengah saya cuba lalui. Banyaknya simpang yang tersedia di depan mata. Sehingga kan diri ini mungkin telah tersilap laluan. Takut tak cukup bekalan. Moga cepat kembali ke jalan yang utama.

Bercerita tentang hati,

".....Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. Dan apabila rosak, rosaklah badan sekeliannya. Ketahuilah! Itulah hati."
(Diriwayat oleh Bukhari dan Muslim: Hadith 6)

Betullah kata2 Rasulullah. Hati adalah raja sekalian anggota. Segala apa yang dilakukan, diluahkan, difikirkan...semua berpunca dari hati. Kalau dari segi Sainsnya, hati ni bolehlah dikata kan macam nucleus. Yang mengandungi gene2 yang akan menetapkan function badan. Antara okey atau abnormal. emm..harap2 kalau la terdapat mutation sekalipun kat gene2 nih, saya kene cepat2 merawatnya. Yang pasti, moga P53 masih dalam keadaan normal. Untuk mengelakkan berlakunya proses pembentukkan cancer. Sebab kalau P53 dah dimutated, susah untuk menghalang penularan cancer cells nih..( huu...ni ayat2 yang boleh difahami budak sains yerk..hehe)

" Tidak lurus iman seorang hamba sehingga lurus (lebih dahulu) hatinya."
(Diriwayat oleh Anas)


Dari kata2 Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawwuf:

"Hati orang yang beriman adalah bersih seperti cerminnya, kerana syaitan tidak dapat memperdayakannya dengan sesuatu, sebab ia terlebih dahulu melihatnya. Tetapi ia telah sekali berdosa, Allah campakkan ke dalam hatinya satu tompok yang hitam. Kalau ia bertaubat, hilanglah warna kehitaman itu. Andaikata ia kembali berbuat dosa, dan tidak bertaubat, timbullah semula tompokkan itu sehingga sekelian bahagian hatinya menjadi hitam belaka. Waktu itu maka tidaklah berguna lagi nasihat yang diberikan kepadanya."


Sekarang, jawapan yang diperlukan untuk memberi ketenangan buat diri dah ada di depan mata. Moga takkan goyah lagi...

"Hai Tuhan yang mengubah segala hati! Tetapkanlah hatiku atas agamamu."

..........................................................................................................................................................................

p.s: untuk renungan bersama...terutama buat diri ini...

dari Amr Maula Almuththalib dari Ashim dan Muhammad bin Labied berkata: Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Yang sangat saya khuatirkan atas kamu ialah syirik yang terkecil." Sahabat bertanya: "Ya Rasullullah, apakah syirik yang kecil itu?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Riyaa. Pada hari pembalasan kelak Allah s.w.t. berkata kepada mereka : "Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka didunia, lihatlah disana kalau-kalau kamu mendapatkan kebaikan dari mereka."


Ali bin Abi Thaalib r.a. berkata: "Tanda orang yang riyaa' itu ada empat yakni malas jika bersendirian, dan tangkas jika dimuka orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan mengurangi jika dicela."


Seorang hakim berkata: "Seharusnya seorang yang beramal itu belajar adab dari pengembala kambing." Ketika ditanya bagaimanakah? Jawabnya: "Pengembala itu jika sembahyang ditengah-tengah kambingnya, sekali-kali tidak mengharap pujian dari kambing-kambingnya, demikianlah seorang yang beramal harus tidak menghiraukan apakah dilihat orang atau tidak."


Auf bin Abdullah berkata: "Orang-orang ahlil khoir satu sama lain berpesan tiga kalimah: Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah s.w.t. akan mencukupi urusan dunianya, dan siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia, dan siapa yang memperbaiki hatinya maka Allah s.w.t. akan memperbaiki lahirnya."


(dipetik dari: http://rockbebeh.blogspot.com/2007/09/keikhlasan-bersih-hati-dari-segala.html)

0 Response to "Bersihkan hati"