Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Rindu Siri 2: Lafaz Selamat Tinggal Belum Terucap


"Aku mengharapkan satu hari yang indah, tetapi Allah berikan aku guruh dan hujan... Aku mencari-cari ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan aku pelangi yang cantik"

Kata-kata yang sering dibaca, didengar, diperkata, kala manusia ditaut keresahan, kelemahan, kesedihan, kegagalan.

Lama berfikir. Kenapa kita selalu mencari-cari apakah hikmah disebalik setiap ujian. Mencari-cari apa pengakhiran setiap cubaan. Mencari-cari kurniaanNya selepas diuji. (Kenapa aku? em... mungkin sebab Allah sayang aku. Bila Allah nak bagi ni? em... mungkin Allah nak bagi yang terbaik kot untuk aku, sebab tu lambat. Kenapa susah sangat ujian ni? em... mungkin sebab Allah nak suruh aku jadi lagi kuat... etcetera) Sedar atau tak, terkadang hati bagai mempersoal bait-bait catatan takdir oleh dakwat pena yang telah kering. Manusia... manusia...

Manusia ni betul-betul hamba yang lemah kan? Hamba yang selalu mengharapkan sesuatu daripada pemiliknya setiap kali selesai menjalani tugasan. Tapi, kitakan hanya di taraf hamba. Layak kah terlalu meminta-minta? Layakkah untuk terlalu mendesak? Layakkah untuk rasa tak puas hati? (Eh, Tuhan dah bagi sebuah kehidupan pun dah cukup baik tau. Banyak songeh pulak- Ni kalau nak menjawab persoalan-persoalan ni dengan bahasa mudah) =)

Dalam mehnah Illahi... Didikan langsung dari Illahi... Tak usahla terlalu bertanya, adakah akan dikurniakan pelangi? Bila pelangi nak keluar? Kat mana akan nampak? Kita selalu terlupa kan. Bahawa hujan itulah adalah rahmat Allah. Rahmat ujian.

Mind set- Bestnya Allah pilih aku! Allah peringatkan aku. Allah sedang tegur aku. Allah perkuatkan aku. Allah sayang aku. Allah tak lupakan aku. Allah tak nak aku leka dan alpa. Allah nak bersihkan dosa-dosa aku... and the list just goes on... non-stop!

Bayangkan kalau hari-hari yang dilalui sentiasa di bawah sinaran matahari... Tanpa ada setitispun curahan air dari langit Illahi... Sejauh mana hati akan digetar dengan kekuasaan Tuhan? Sejauh mana hati akan sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan? Hidup yang terlalu diulit kesenangan, hidup yang terlalu diulit kegembiraan, hidup yang terlalu diulit keseronokkan... Tak mustahil, tapi susah. Manisnya bila Allah yang bantu kita untuk ingat kepadaNya.

p.s: hati yang retak itu selalunya akan lebih lunak dan ampuh. Dan lebih mudah untuk akrab dan dekat kepada Sang Pencipta.

Nota kaki:

Entry kali ni, membawa kepada dua kata-kata. Membawa saya kepada dua sahabat tercinta. Jika ingin damaikan jiwa dengan mehnahNya, saya akan ingat pada kalian berdua.

1. Keredhaan
2. Pergantungan semata-mata kepada Allah

2010 yang hampir melabuhkan tirai. 2011 yang bakal menjelma. Bagai sudah terasa cabarannya. Tanpa kalian berdua di sisi, masih belum terjangkau di minda bagaimana untuk membawa pedang perjuangan yang sedang diasah. Bukan tiada sahabat yang lain. Tidak. Sahabat di jalan ni takkan pernah tiada. Tapi sejujur-jujurnya, dalam 23 tahun kehidupan kurniaan Illahi, kalian berdualah orang yang paling banyak bahunya dipinjam. Tatkala saya ingin melepaskan keresahan, tatkala saya ingin melepaskan kerinduan, tatkala saya ingin melepaskan kesedihan. Seumur hidup, tak pernah menangis sebanyak mana saya menangis bersama kalian. Dan saya tahu, kalian pun tahu kan?

Bukan tak mahu pulang bersama, cuma hasrat di hati yang sudah berbeza. Dan Allah bagi apa yang kita benar-benar nak, kan? Babak yang dipanjangkan buat seketika. Walaupun cuma sebentar, insyaAllah sudah cukup. Terlalu sayang... dan kalian tahu... saya masih tak sanggup untuk melepaskan. Adelaide yang benar-benar mengajar erti cinta sebenar. Adelaide yang benar-benar merubah hidup seorang insan yang dulunya tiada tempat yang utuh untuk berpaut. Adelaide yang benar-benar basah... dan kalian tahu, kan? Namun Malaysia tetap akan menjadi tempat pengakhiran untuk menyemai benih.

Sendiri?


5/12/2010- Adelaide airport.

Terima kasih kerana menghantar di airport. Kepada yang lain, bi idznillah kita akan bertemu lagi tahun depan. Kepada kalian berdua, pada pagi itu, saya sematkan dalam diri. Takkan mahu menangis lagi di depan kalian. Cukuplah. Biar senyuman yang kalian sematkan untuk pertemuan terakhir kita di Adelaide. Tapi.... inikan saya. Dan kalian pasti benar-benar tahu. Titisan itu dengan perasaan yang bercampur. Sedih dan gembira. Sedih kehilangan kalian di Adelaide. Namun, gembira buat kalian yang akan memasuki laut. Moga mampu membersihkan noda-noda yang mencemar. InsyaAllah, akan bersama kalian kembali dalam beberapa bulan lagi.

Khas buat Circle of Eight

Manisnya ikatan yang tercipta. Manisnya pertautan ukhuwwah yang menemukan kita. Kalian pasti tahu, tapi saya tetap mahu memberitahu...

Benar-benar sayang kalian... fillah!

Kita yang takkan pernah terpisah. Selagi menyembah Tuhan yang satu. Selagi mengikuti sunnah Rasulullah. Selagi memegang risalah yang sama. Hati-hati ini kan sentiasa bersama. Pasti kita kan bertemu suatu hari nanti. Dalam liku perjuangan fisabilillah.

"Sesungguhnya Engkau tahu, bahwa hati ini telah berpadu, berhimpun dalam naungan cintaMu, bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan, menegakkan syariat dalam kehidupan, Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, terangilah dengan cahayamu, yang tiada pernah padam, Ya Rabbi bimbinglah kami....."



1. MMS
2. NFS
3. SKMS
4. SA
5. NSS
6. NBN
7. SNM
8. NFR



Circle of Eight... Moga terus tsabat ya akhawati...


Nota hati: Damaikan hatiku dengan ketentuanMu

Catatan Takdir


4/12/2010, 5.33 pm- North Terrace, Adelaide.

Traffic light King William Street.

Seorang hamba Allah. Allah kurniakan kekurangan. Jalannya tempang. Namun dia gah berjalan. Menghadapi pandangan mata manusia. Menghadapi pandangan mata dunia. Tapi, adakah hidayah miliknya? Saya tertanya.

29/11/2010, Caltex Campbelltown.

"Why are you wearing this? Is it because of your custom?" Tanya kakak cashier sambil tunjukkan kepada tudung yang saya pakai. Pandangannya penuh tanda tanya dan minat.

"No, it's my religion." Saya jawab sambil tersenyum.

Dan perbualan pendek bermula. Seadanya. Namun, bibirnya tak habis-habis menyatakan "it's beautiful". Pada tudung yang saya pakai.

May 2010, dalam bas dalam perjalanan balik ke Evandale selepas habis kerja di Chemist Warehouse Torrensville.

"What do you think about the weather? Isn't it too cold? You know, there will be a time in future when God will make this world so nice to live in. Not too cold, not too hot. Just nice." Ungkapan yang keluar dari bibir nenek yang duduk di sebelah saya dalam bas.

Bila diteruskan perbualan, rupa-rupanya dia adalah "pendakwah" Kristian. Yang telah mengkristiankan dua rakyat Malaysia. Chinese. Sekarang tinggal di Church somewhere in Adelaide. Tak pasti.

Antara suratan atau kebetulan yang sepatutnya dah tercatat di catatanNya.

Soalan yang sentiasa bermain-main di fikiran saya. Jika diberi peluang sekali lagi, mungkin jawapannya akan sedikit berlainan. Tapi takdir Ilahi, diberikan peluang itu di kala tarbiyah baru menapak.

"So, what is your religion?"
I say, "Islam"
"Is it because of your parents? Or is it because of your country?"
I say, "Yes, i've been born as a muslim AND i'm practising it. On my on will."

Nenek terdiam. Mungkin jawapan saya masih tak cukup mantap. Untuk diri sendiri.


.:. Allah berikan peluang. Sebagai duta-duta kecil Islam. Ketika berada di negara bukan Islam. Namun, sebanyak mana kita bersedia memegang tanggungjawab yang sejak lahir kita telah diamanahkan dengannya.


4 Disember 2010

Entry kali ni, bukan nak bercakap tentang dakwah. Betul, itu antara selingan. Tapi, nak merungkaikan maksud yang tersirat di sebalik 3 cerita tadi.

Cerita takdir.

Saya selalu mendengar orang kata, hidup kadang-kala adalah permainan takdir. Betul ke takdir mempermainkan kita? Atau sebenarnya kita yang memandang serong pada keindahan takdir ketetapan Ilahi.

Takdir Allah pada setiap manusia. Ada yang Allah kurniakan banyak kelebihan, namun ada juga yang Allah kurangkan kurniaNya pada sesetengah individu. Kurnia yang saya maksudkan di sini adalah kurnia yang boleh diukur daripada kacamata manusia. Kekayaan, kecantikkan, kedudukan, etc. Itu yang manusia nampak. Tapi pada setiap kekurangan, rupanya Allah nak bagi kurnia yang jauh lebih besar yang hanya boleh diukur pada neraca akhirat.

Tentang takdir, hanya dua benda yang saya nak catatkan. Kesyukuran dan keredhaan.

Syukur atas segala nikmat yang Allah dah takdirkan untuk kita. Sama ada banyak atau kurang. Cerita pertama. Syukur, Allah berikan kesempurnaan pada kita untuk menjalani hidup di atas Bumi Illahi. Cukup sifat, cukup anggota. Kesyukuran tertinggi adalah syukur atas takdir yang telah Allah catatkan untuk kita mendapat hidayah yang hanya milikNya. Tapi, sebanyak mana kita menghargai takdir ini? Tepuk dada sendiri, tanya iman di hati.

Dan redha. Redha atas nikmat yang kita harapkan dan Allah kurniakan. Dan redha jua atas setiap pengharapan yang hanya tersingkap sebagai doa. Dan tidak dibumikan Allah. Mungkin bukan di sini.

Tentang takdir...

Kita ada banyak permintaan. Kita ada banyak pengharapan. Pertama, bila kita memerhati sekeliling. Mahu menjadi seperti mereka. Allah permudahkan jalan, Allah hulurkan pertolongan, Allah berikan kekuatan.

Kedua, bila langkahan dah bermula, permintaan kita bertambah. Mahu menjadi hebat seperti mereka. Allah berikan pertautan hati, Allah bina dzatiyyah diri, Allah didik kematangan tarbawi.

Sekarang, kita nampak marhalah yang dituju. Namun, jiwa bagai makin tamak. Inginkan semuanya dalam satu masa. Sedangkan perjalanan jejak langkah yang bermula belum mencecah usia satu tahun pun lagi. Benar-benar masih anak kecil yang bertatih.



Betul, tak salah untuk percepatkan langkah. Namun salah jika mempertikaikan takdir. Takkan mampu mempercepatkan apa yang dilambatkan, dan takkan sesekali mampu melambatkan apa yang dipercepatkan.

Seorang muslimah...

Yang mencari-cari medan perjuangannya. Ada takdir yang akan menuntun perjalanan.

Sama ada Allah tetapkan kita berjuang untuk senario seperti kedua dan ketiga. Menjadi duta kecil Islam. Menjadi pemangkin kejayaan ummah. Menerusi jalan dakwah pada tahap pembinaan individu muslim, yang benar-benar memahami fikrah.

Ataupun, mujahidah yang membentuk keluarga muslim. Melahirkan jiwa-jiwa untuk berjihad di medan dakwah. Asas kepada penerusan langkahan maratib amal yang seterusnya.

Takdir mana yang Allah tetapkan untuk kita? Kekuatan mana yang Allah berikan kepada kita? Medan mana yang lebih memerlukan kita? Doa mana yang Allah auladkan untuk kita?

Semua dah tercatat di Luh Mahfuz.

Tetaplah redha dengan setiap takdirNya. Sesungguhnya itu benar-benar adalah kekuatan.

Sekarang, menanti skrip seterusnya dalam babak lakonan takdir ketentuan Ilahi.

2010 yang penuh pentarbiyyahan. Yang Allah tahu tarbiyyah mana yang lebih kita perlukan.

Sesungguhnya,
Kelemahan itu akan menguatkan...
Kegagalan itu akan menguatkan...
Kesedihan itu akan menguatkan...
Kegundahan itu akan menguatkan...

2010 bakal tinggal sejarah. Sejarah yang pasti akhirnya akan menguatkan hati.

Nota kaki: Esok akan pulang ke Malaysia, bersihkan hati, bersihkan jiwa. Mungkin saatnya untuk melupakan apa yang menghalang jejak ke hadapan. Dalam jangka masa 3 bulan. Walaupun kita rasa itu yang terbaik, mungkin Allah mahu gantikannya dengan yang lebih baik.

Bercinta?


Salam...

11.57 malam

Tarikh 10.10.10 hampir melabuhkan tirainya. Tarikh yang kadang-kadang jadi "rebutan" buat sesetengah pihak. Kalau tanya saya, tarikh ni saya nantikan ke? Emm... mungkin tak. =)




Dengan cinta...
Kenal Penciptanya...
Dengan cinta...
Kenal Rasulnya...
Kerana cinta...
Kenal saudaranya...





Lagu yang asyik terngiang-ngiang je kat telinga sehari dua ni sepanjang otak berfikir tentang"nya". Macam mana nak mulakan. Masa adalah rawatan. Tapi sesungguhnya, saya tak punya masa yang lebih lama untuk menunggu. Jadi, nak tak nak, teruskan jugak.

Ops... Ayat kat atas ni, mungkin boleh buat sesetengah orang "salah faham". Jadi, kena jelaskan la ni.

Sebut pasal cinta. Teringat post "Langit Illahi". Bercinta tak sama dengan couple. Hmm... Sangat berat hati untuk tulis entry yang bersangkutan dengan hati dan perasaan ni. Tapi.... Di "ketuk" lagi. Oleh Da'iyah. Masa dah makin suntuk. Jadi, ni adalah langkahan pertama. Pernah buat entry yang lebih kurang sama, tapi entry yang "dahulu" saya katakan buat yang sedang "couple" mungkin tak patut teruskan baca entry tu. Tapi, kali ni... Buat teman... Mintak tolong habiskan pembacaan. Moga Allah berikan kekuatan untuk itu. Ini sekadar perkongsian. Dari diri yang penuh kedhaifan. Dari hati yang benar-benar sayang.


Couple.

Tau kan couple tu salah. Bukan hanya sekadar salah. Tak pernah sesekali dihalalkan pun. Baik. Teruskan please.


Cinta.

Cinta adalah kekuatan. Satu perasaan halus yang mampu menuntun hati melakukan apa sahaja untuk membuktikan itulah cinta.

Bak bicara Ayatul Husna:

CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA...

Tak dapat tidak. Cinta itu terlalu indah. Perasaan yang sangat halus yang mampu menggetarkan jiwa-jiwa yang hanyut dengannya. Tapi, cinta tak sama dengan couple.

Di Adelaide...
Saya bercinta. Tapi, bukan sekali-kali couple. Dan inilah cinta terindah. Cinta ukhuwwah fillah. Cinta usrah. Cinta tarbiyyah. Cinta dakwah. Cinta Ilah.

Tapi, percaya atau tidak, cinta Adelaide... Ada persamaan dengan couple. Jom check sama-sama!


Kalau nak list semua... sangat banyak kot. Tak kan habis... Tapi...

Ni pun, kalau nak listkan... Ermm... tak terdayo den. Dah dekat pukul 1. Tido2... =)

Jangan sesekali bantah kalau saya katakan setiap dari kita tahu couple tu salah. Tak pernah sesekali dibenarkan pun dalam Islam. Kadang-kadang, saya sendiri sedih bila pernah teringat "gelagat" couple-couple ni. Di Malaysia, tersangat dasyat! Percaya la... Dalam komuter, Midvalley, Sogo, Times Square, Sunway, SACC Mall, Plaza Alam Sentral etc. Familiar ke dengan tempat-tempat ni? Tapi, zaman tu saya sendiri pun "jahil". Pemerhatian sekadar pemerhatian kosong.

Tak dinafikan. Kat Adelaide pun tak pernah terkecuali. Cuma cinta Adelaide yang saya dapat terlalu indah untuk dibandingkan dengan cinta yang "mereka" rasa.

Entry kali ni, sebenarnya ditujukan buat teman...

Teman...
Saya kenal siapa kamu...
Dan kamu pasti kenal siapa saya...
Siapa saya yang "dulu"...
Tapi, saya nak kamu lihat saya yang "sekarang"...
Masih bukan contoh terbaik...
Qudwah hasanah sangat jauh...
Dan bukan insan yang terbaik pun untuk katakan ini pada kalian...

Tapi...
Cuma nak menyatakan, tolong hentikan. Benar-benar sayang kalian. Benar-benar sayang. Dan kerana perasaan sayang ini, saya suruh hentikan. Tolong hentikan. Jika perlukan kekuatan. Saya di sini. Dan Dia sentiasa di sisi. Pasti.

Berat... Betul. Setuju. Tapi, lagi berat kesakitan azab Ilahi yang takkan mampu kita tanggung di akhirat nanti. Dalam hidup ni, dah terlalu lama tak sedar akan cinta Illahi yang tak pernah-pernah putus. Lebih 20 tahun. Kini, cintaNya pasti sedikit sebanyak dah menyentuh hati kalian kan. Kerana kita mulakan di sini bersama-sama. Dan pasti mendapat fikrah ini dengan kadar yang sama. Cuma antara faktor yang menghalang untuk melangkah ke tangga seterusnya... ini...


Bercinta hingga ke syurga.

Dengan couple? Definite NO NO! Jangan pernah sesekali fikir tentang kenyataan ni! Syurga tu terlalu indah untuk digapai dengan mudah! Terlalu indah!

"Kitorang bukan saje-saje couple. Dah memang merancang nak kahwin pun". Persoalannya, bila? Kalau tarikh yang ditunggu 2,3 tahun lagi... Emmm... Mungkin yang terbaik, hentikan. Percaya la. Kalau memang dia ditetapkan untukmu, pengakhirannya tetap untukmu. Takkan ada sesiapa yang mampu menghalang. Bagi yang dah tetapkan tarikh, dan yang dah bertunang, ingat lah. Tu bukan sesekali tiket untuk menghalalkan pergaulan. Alhamdulillah, dah sampai ke step seterusnya. Jadi, lagi sweet kalau langsung tak berhubung sehinggalah ke "saat" itu kecuali ada keperluan tertentu. Tapi masih perlukan kehadiran orang lain. Buat apa la nak jumpa, calling2 kalau dah memang nak kahwin. Tunggu je la satu lafaz yang menghalalkan segalanya.

Sama ada "isytihar" couple atau tak, kamu sendiri yang tahu level "pergaulan" tu. Tapi, apa-apa pun, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tu tak pernah dibenarkan. Dan tak pernah wujud term "pergaulan dibatasi syarak"! TAK PERNAH!




Allah berfirman... Jangan DEKATI zina. Zina saya umpamakan sebagai nucleus. Dan jalan-jalan menuju nucleus tu adalah electron. DEKATI tu salah satu jalannya adalah couple. Jangan sesekali activate pun electron tu. Jalan sesekali! Kerana kita sendiri tahu pengakhirannya kan.








Dan tidaklah pantas bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Barang siapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka sungguh, dia telah tersesat, dengan kesesatan yang nyata.
(Al-Ahzab: 36)


Perkahwinan.

Dulu... bila sebut pasal kahwin, yang saya faham... itu adalah penyatuan dua hati. Sekarang, maksud perkahwinan sangat lain. Bukan hanya sekadar penyatuan hati. Definasi yang sangat besar... Untuk membina Baitul Muslim.


Faham. Semua orang ada rasa "itu". Suatu perasaan fitrah. Yang memerlukan mujahadah untuk mengawalnya. Sabarlah... Dengan sabar yang indah. Buat akhawat, tunggulah ke"hadir"an dia yang telah ditulis di Lauh Mahfuz untukmu. Kalau bukan di dunia, "dia" akan menanti kita di akhirat nanti. Sebuah penantian cinta yang abadi...


Cinta yang halal.

Hanya selepas satu lafaz yang indah. Lafaz ijab dan qabul. Yang menghalalkan segalanya. Yang mendapat doa dari para malaikat. Yang mendapat keredhaan daripada sang Pencipta. Cinta selepas perkahwinan...


Buat teman...
Benar... Ini adalah untuk kalian... Apa diharap kegembiraan, keseronokkan cinta duniawi... Yang masih belum halal... Jika itu menjadikan kita sedang meniti titian ke neraka Yang Maha Kuasa.
Ini peringatan buat kamu, dan diri saya terutamanya.


Sabar yang indah.

Buat akhawat... Sekarang, asyik terbaca post pasal perigi cari timba (em... ke terbalik... hehe..) Memang tak salah. Tak pernah salah. Cuma, saya sendiri agak kurang bersetuju. Pendapat diri sendiri. Sebabnya, dah tiada ke rijal yang benar-benar berani, yang siap, yang faham fikrah, yang faham kehendak Baitul Muslim tu sendiri. Pasti ada! Pasti ada di mana-mana. Percaya dengan janjiNya. Jadi, cuma persiapkan diri sendiri. Kerana masa itu pasti tiba. Cuma lambat atau cepat...


..................................................................................................................

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.



10.10.10
Teringat entry sahabat. Apa yang dijadikan kenangan untuk tarikh ni? Kenangan saya sangat manis. Ditarbiyyah dengan alam penciptaan Rabb. Morialta Conservation Park. Jazakunnallah khayran kathira atas ukhuwwah.

"Akak, nape akak ceria sangat hari ni?" Tersenyum saya dengan pertanyaan adik usrah tersayang... "Haih~~ Nanti kalau akak serius kan, S (bukan nama sebenar) takut pulak"... =)

Adik...
Sesungguhnya senyuman ini satu kekuatan...
Kekuatan kepada jiwa yang keresahan...
Kekuatan kepada jiwa yang kekalutan...
Kekuatan kepada jiwa yang kebimbangan...
Kerana jalan ini benar-benar menuntut pengorbanan...

Sahabat kata saya tak matang,
Asyik tersenyum, tergelak...
Bukan tak nak serius...
Mahukan ia bertempat...

Dan biarlah senyuman ini hanya buat kalian...
Sahabati fillah...

Tamat...
2.49 pagi.

Nota cinta buat .....


Salam ukhuwwah...

Selamat pagi cinta... Indahnya pemandangan luar jendela dengan sinaran cinta Ilahi...




Kata-kata pagi ni mungkin hanya akan menjadi satu kenangan selepas berlalunya hari ni... Atau esok... Nape ek... Kerana penantian kepada jawapan Illahi mungkin dah sampai tikanya untuk diketahui... Penantian kepada jawapan yang cukup lama... Lebih kurang +/- 5 bulan...

Kali ni menulis dengan hati... Untuk tatapan diri sendiri... Moga menjadi kekuatan kepada takdirNya... Moga menjadi keredhaan kepada ketetapanNya...

Bila manusia sekeliling cukup menekankan diri... Walaupun dah mantap dengan keputusan... Keputusan untuk perjuangan dakwah... Tewas juga akhirnya dengan permintaan mereka yang tersayang... Tak salahkan sesiapa... Cuma salahkan diri sendiri... Yang tak cukup dzatiyyah untuk berbicara... dalam rentak perjuangan... Akhirnya tewas dengan kelemahan diri... Untuk menjaga hati orang lain... Mereka yang tersayang... di tanah air...

Bukan tak mahu pulang... Cuma ingin melambatkan saatnya... Kerana derapan langkah di jalan ni baru bermula... Sayang... sangat sayangkan jalan ni...

Sekarang, dah mula rasa cabaran ombak yang kuat di tanah air... Akan futurkah satu masa nanti? Nauzubillahi min zalik!

Ijazah ini... hanya lah satu wasilah... kepada tarbiyyah... dan perjuangan dakwah...

Hati... benar-benar rindu... benar-benar rindu...


Akan terus senyum... hingga ke akhirnya...




~Sepi itu kadang-kadang mengajar kita untuk mengenal ketentuanNya dengan lebih mendalam~



Why women cry?

A little boy asked his mother, "Why are you crying?"

"Because I need to" she said.

"I don't understand," he said.

His mother just hugged him and said, "And you never will."

Later the little boy asked his father, "Why does mother seem to cry for no reason?"

"All women cry for no reason," his dad answered carelessly.

The little boy, still wondering why women cry, finally asked the old wise shaikh (scholar). "He surely knows the answer", he thought.

"Ya Shaikh! Why do women cry so easily?"

The Shaikh answered:

"When Allah made the woman she had to be special. He made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet gentle enough to give comfort.

He gave an inner strength to endure both childbirth and the rejection that many times comes from her children.

He gave her a toughness that allows her to keep going when everyone else gives up, and take care of her family through sickness and fatigue without complaining.

He gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances, even when her child hurts her badly.

He gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart.

He gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly.

And lastly, He gave her a tear. This is hers and only hers exclusively to use whenever she needs it. She needs no reason, no explanation, its hers.

You see my son, the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the beauty of her face, or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart - the place where love resides."

Berhenti seketika...

Menyingkap kembali.... Bertanya pada diri sendiri...

Mengapa saya mula-mula menulis???

Untuk mengingatkan diri yang lupa dan alpa... Untuk menyedarkan diri yang dah lama tidur... Untuk mengetuk pintu-pintu hati yang tertutup... Untuk menyuluh laluan yang suram dan gelap... Untuk melangkah di jalan-jalan mendekati Yang Maha Esa... Untuk berkongsi setiap kesalahan diri supaya tak terulang...

Tapi saya tetap manusia biasa... Tetap melakukan kesilapan.. Tetap jua membiarkan titik-titik hitam itu kembali merebak dalam jiwa... Disebabkan Dzatiyah diri yang rapuh...

Akan berhenti berbicara buat seketika... Untuk kembali mencari jejak-jejak yang dimulakan... Kerana takut tergelincir dari matlamat... Bila jauh daripadaNya... Itulah punca hati yang tak tenteram...

Sahabat... Diri mahu berbicara denganmu... Meluahkan kesalahan diri... Menceritakan kegelisahan hati... Tapi tak pasti bagaimana mahu mulakannya... Tak pasti di mana sekatan yang ada untuk bercerita... Atau mungkin kah pendengar terbaik adalah Dia... mungkin...

Mengelak adalah jalan terbaik

Dear fwens,

Manusia ni selalunya tak pernah rasa puas, tak pernah rasa cukup... Ada je keinginan dan kehendak yang tersimpan dalam diri. Dan akhirnya apa yang kita buat?? Minta dariNya...

Saya pun tak terkecuali....

Semalam... Dalam perjalanan balik umah dari keje.. Sebab terperangkap dalam kesesakan lalu lintas (huhu..ayat skema semacam je rasanya), dengan perasaan penat yang teramat... tiba2 terdetik hati untuk muhasabah balik diri untuk seminggu dua tiga nih... Tahu ada something yang tak kena... Sebab tu la hati tak tenang.. Bila satu langkah menuju Dia.. ada je halangan daripada "si pengacau" tuh.. Dan targetnya adalah hati i.e iman...

Muhasabah balik... Bukan ni jalan yang sepatutnya di titi... Bukan ni jalan untuk dekat kan diri padaNya... Serpihan-serpihan jahiliah yang patut dibersihkan... Yang tak membuatkan kita mengingkari Nya... tapi racun yang akan membuatkan kita jauh dariNya sedikit demi sedikit... Halusnya permainan musuh Allah...

Dah banyak Allah bagi pertolongan... Dan banyak Allah bagi kemaafan.. Dah banyak Allah bagi kasih sayang... Jadi, bila lagi baru nak membalas setiap kebaikkanNya pada diri?? Sangat tak bersyukur kan...

Erti hidup pada memberi... Rasanya dah sampai masanya untuk terus memberi... Memberi pada tempat yang sepatutnya...

Kalau tak boleh melawan... Mengelak adalah jalan terbaik...

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

keep listening to this song over and over and over again... dunno why... tapi lagu ni la yang buat kan saya "sesat" sepanjang Main North Road 2 malam yang lalu... haih~~ dah la malam tuh tremor.. nasib baik tak jadi masa drive... pengajaran... don't think something that you are not supposed to think about..titik

p.s: esok start keje kat National Pharmacy Henley Beach Road.. workbook tak habis baca lagi..haih... study2!!

Monolog

Time: 3.09 am

Dear fwens,

Yang baik adalah untuk yang terbaik
Yang penuh titik noda tak mungkin layak untuk yang terbaik
Diri ingin berhenti mencoret
Namun tangan tetap bergerak
Kerana tiada tempat lain sebaik ini

Senyum lah walaupun diri terluka
Senyum lah walau diri dihina
Senyum lah walau diri diperlekehkah
Senyum lah walau diri berdarah

Supaya tiada orang sedar dirimu berkecil hati
Dirimu kesedihan
Dirimu keseorangan
Dirimu kehilangan harapan

Kuharapkan sahabat yang memahami
Untuk aku mampu luahkan kata hati
Namun diri belum yakin akan mampu berbicara
Menceritakan cerita hati
Yang sentiasa di pendam dalam diri

Kerana mulut mereka sangat berbisa
Berbicara tanpa sedar akan bahayanya
Bagai duri tajam menyusuk ke hati

Tapi diri tak mampu membalas
Hanya senyuman yang dihulur
Moga melindungi hati yang mula terkoyak lagi
Cukup lah mereka berkata-kata
Jika bicara itu sentiasa membunuhku

Diri mula berhenti melangkah
Bukan tak yakin akan janjiNya
Tapi sakit itu sedang menyerang dari semua sudut
Di semua titik pengharapan, ketabahan
Yang sedang dibina

Betul...
Diri belum kuat
Belum cukup kental
Di asak mereka, mereka dan mereka sampai ke sudut mati
Melangkah ke depan, tak layak
Diri bukan sesuci itu
Menoleh ke belakang
Takut akan gelombang hitam itu
Melihat ke sisi
Yang ada hanya tohmahan..indah dunia semata

Biarlah diri di situ
Hanya mampu di situ
Aku tak kan mahu melangkah lagi
Kerana diri sudah kehilangan tenaga

Biarlah air mata yang menemani diri
Di kala berseorangan
Biarlah cermin itu yang menjadi saksi
Diri yang lemah
Biarlah titik shower itu menjadi pelindung
Gugur bersama-sama
Biarlah quilt menjadi bumbung
Menutup bersama-sama kesedihan hati

Ya Allah
Bukan aku tak mahu meminta
Bukan aku tak mahu berharap
Cuma aku malu
Pelbagai keinginan yang tak selari dengan kebaikan

Aku pasrah
Diri tak mampu ke depan lagi
Aku pasrah
Diri tak mahu bermimpi lagi
Aku pasrah
Diri tak bisa di caci lagi

Segala-gala telah ditetapkan
Termasuk kekurangan itukah?
Termasuk kekhilafan itukah?
Termasuk ..... itukah?

Kalau ya
Cukup lah di sini
Tak kan ku minta ia lagi dihamparan ungu itu
Tak kan ku idam lagi sebelum tidur malam ku

Mungkin lebih baik diri hanya membiarkan
Melihat takdir yang telah tertulis
Menunggu mereka berbicara sampai saat untuk berhenti
Memerhati kebaikan yang Kau tetapkan untuk mereka
Bukan untukku
Takkan jadi milikku
Selamanya

Biarlah senyuman menutup segalanya
Cerita hati
Yang takkan pernah difahami

Bersihkan hati cont..

Date: 3/10/09
7.54 pm

Dear fwens,

Alhamdulillah. Saya selamat sampai ke rumah akhirnya petang tadi selepas berjaya menjalani Mukhayyam yang bermula pagi semalam dan majlis penutupnya di adakan tengahari tadi. Entry saya kali ni bukan untuk bercerita pasal mukhayyam tu lagi. Kalau berkesempatan, malam nanti atau pagi esok akan saya kongsikan dengan sahabat sekalian pengalaman yang manis itu. InsyaAllah.

Okey la. Tak nak cakap panjang, tapi entry yang sebelum ni saya ada bercakap pasal hati kan. Sebab hati tu adalah raja bagi seluruh anggota badan. Jadi, saya telah minta pendapat pasal perkara ini daripada orang yang lebih arif untuk jelaskan pasal perkara ni. InsyaAllah, nasihat daripada ustaz saya kongsikan bersama di sini. Mudah-mudahan kita terutama buat diri yang masih lemah ini, sama-sama mengambil pengajaran darinya dan berusaha untuk sama-sama mengamalkan nya, insyaAllah..ini adalah langkah-langkah menuju ke jalan Allah yang satu...

..........................................................................................................................................................................

Hati atau nama lain yang di sebut sebagai ‘latifah rabbaniah’ merupakan ketua kerajaan dalam jasad tubuh manusia, dan wadah tempat terletaknya petunjuk atau hidayah Allah Taala. Manakala nafsu dan akal pula dianggap sebagai penasihat paling kanan pada hati, nafsu yang sihat dan terdidik pasti akan membawa pada kebaikan, dan akal yang terpimpin dengan ilmu dan wahyu akan mencernakan tindakkan yang wajar diambil oleh hati.

Nabi junjungan pernah bersabda: “Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal darah (daging), apabila segumpal darah (daging) itu baik maka baik pula sekalian anggota tubuhnya serta perbuatannya, sebaliknya apabila segumpal darah (daging) itu buruk maka buruk pula sekalian anggota tubuhnya dan perbuatannya. Ketahuilah, ianya adalah hati" (Hadith Riwayat Muslim)

Memperbaiki hati tidak akan sempurna jika kita membiarkan segala bentuk kecacatan, kecelaan dan keaiban yang mengotori dan menguasainya seperti sifat riak, sombong, dengki, ujub, takabur dan sebagainya.

Mendandan hati tidak cukup hanya dengan menampakkan keindahan lahiriah, sementara di sebalik itu tersembunyi nafsu syahwat yang buas.. Lahir dan batin mesti sehala, kebersihan hati menjadi asas kelurusan perilaku atau akhlak. Perilaku mulia lahir dari ‘Qalbu’ yang bersih. Kebaikan akhlak tanda kewarasan jiwa, penyimpangan dari akhlak yang lurus dan luhur merupakan isyarat sakitnya jiwa.

Meluruskan jiwa yang tidak waras sama halnya dengan mengubati tubuh lahiriah yang sakit. Bagi mereka yang berbadan yang sihat, doktor tidak perlu merawatnya dengan ubat-ubatan, cukup baginya menyediakan aturan memelihara kesihatan. Tetapi, bagi mereka yang tubuhnya sakit, doktor mesti berikhtiar mencari jalan untuk menyembuhkannya. Mengenalpasti penyakit, lalu mengubatinya agar penyakit itu hilang.

Perilaku buruk lahir dari jiwa yang sakit, dan untuk mengubati jiwa yang sakit ini selain mendekatkan diri kepada Allah Taala juga perlu mengubati perilaku buruk tadi dengan menggantikannya kepada yang baik (sifat terpuji). Seperti juga, penyakit bodoh diubati dengan memberi pengetahuan dan pelajaran, penyakit kedekut diubati dengan latihan mengamalkan sifat pemurah, penyakit sombong diubati dengan membiasakan diri dengan sifat tawadhu', penyakit tamak diubati dengan latihan menahan diri dari segala yang menimbulkan keinginan tanpa ada keperluan, dan membiasakan diri bersedekah ke jalan Allah Taala, begitulah seterusnya.

Hati tidak boleh dijernihkan hanya dengan ceramah, perbincangan, halaqah mahupun usrah tetapi lebih dari itu, inilah yang dikatakan sebagai "tarbiah yang berterusan". Di sinilah

seseorang bukan hanya perlu mendengar nasihat-nasihat, tetapi kadang-kadang latihan-latihan tubi yang berat untuk mengubati penyakitnya perlu disusulkan.

PENAWAR NURANI (HATI)

Dalam memberi ubat, seorang doktor atau murabbi tidak boleh memberi kepada pesakitnya dos yang berlebihan kerana kelak ia boleh merosak tubuh, begitu juga sebaliknya. Tidak boleh dos kurang sehingga menyebabkan pesakit tidak juga sembuh. Hati yang sudah terlatih, sudah pasti sudah memadai dengan hanya latihan ringan tapi berterusan agar ianya tidak menjadi racun pada diri sehinggakan jemu untuk melakukannya. Namun begitu, rencana tersusun dan terancang akan menjamin sebuah portrait perjalanan yang indah lagi selamat.

Fenomena tangisan di kalangan manusia hari ini mempunyai maksud yang tersendiri, ini kerana ada yang menangis sebab ditinggalkan orang yang amat dikasihi, sama ada seorang kekasih, ibu bapa, anak-anak, jiran tetangga, sanak saudara terdekat dan seumpamanya.

Terdapat juga yang menangis kerana terlalu gembira sebab bertemu semula dengan orang yang terpisah sejak sekian lama dan setelah memperolehi sesuatu nikmat, ada juga di kalangan mereka yang terlalu mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton sebuah cerita yang berkonsepkan kesedihan dengan pelbagai babak, aksi dan watak dalam filem kesukaan mereka.

Apapun amat sukar hari ini untuk mendapatkan kelompok manusia yang menangis kerana takutkan Allah Taala sebab ia amat terbatas, ini kerana jiwa serta hati mereka tidak terikat melalui hubungan dengan Allah selaku Pencipta dan kita sebagai seorang hamba, atau dengan kata lain hati mereka tidak melalui proses tarbiah seperti yang dialami oleh tokoh-tokoh silam.

Hati manusia hari ini tidak selembut mereka yang terdahulu daripada kita, malah tidak berusaha untuk mencari jalan bagaimana hati tersebut dapat dilunak dan dijinakkan melalui hubungan dengan Allah Taala. Pendek kata, faktor yang menyebabkan manusia hari ini tidak mementingkan persoalan pensucian hati dan jiwa adalah disebabkan mereka tidak menggarap ilmu agama dengan sepatutnya, mereka membiarkan hati tersebut kosong dan akhirnya terjebak dalam kancah yang amat dikutuk oleh Allah Taala.

Justeru, baginda Rasulullah s.a.w pernah memberi wasiat kepada Saidina Ali Bin Abi Talib yang membawa maksud: "Wahai Ali,jika sekiranya berlalu 40 hari di kalangan orang-orang Islam dan mereka tidak duduk (secara langsung) dengan para alim ulama (seperti meuntut ilmu),maka mereka akan ditimpakan oleh Allah Taala dengan dua implikasi semasa hidup mereka, pertama hati mereka menjadi keras dan kedua mereka berani pula (terjebak) melakukan dosa-dosa besar”

Jelas daripada wasiat baginda s.a.w di atas menunujukkan kepada kita, bahawa apabila seseorang muslim itu yang tidak bersedia untuk duduk bersama alim ulama’ untuk belajar daripada mereka, maka dia akan ditimpakan dua perkara: hati keras yang tidak memungkinkan dia mendapat petunjuk daripada Allah Taala malah berani pula melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat, membunuh, meragut, memfitnah Islam, membenci ulama', menderhaka kepada kedua ibu bapa, bahkan berani melanggar perintah Allah, menghina hukum-hukum Islam, meletupkan mangsa yang dibunuh dan banyak lagi yang dianggap sebagai jenayah besar di sisi Allah Taala. Mereka inilah yang akan menempah azab api seksaan neraka yang amat memeritkan di Hari Akhirat kelak.

KESIMPULAN

Buatlah pertimbangan wajar sebelum bertindak berdasarkan panduan akal yang sihat dan berbekalkan ilmu yang ada di dada, kurang pada ilmu bukan alasan kita tidak boleh menjernihkan keadaan tapi malas memfungsikan MAHU lantas gagal mencetuskan rasa ingin TAHU pada ilmu-Nya.


.....................................................................................................................................................................

Terima kasih kepada beliau yang sudi memberi nasihat ini. Jazakallahu khairan. Dan kepada sahabat2, moga kita sama-sama berusaha untuk membersihkan hati kita, agar segala amal yang kita buat di dunia ini diterima Allah dan dapat dijadikan bekalan untuk sepanjang perjalanan menuju ke syurga Illahi..amin..

p.s: buat diriku...moga kata seiring dengan amal...ilmu tanpa amal bagaikan pohon yang tidak berbuah.

warkah daripada hati yang sepi...

it's 1.42 am...

hmm..stdy xabis lg nih..esk paper kul 9..em..bt kn dri b'pkir..nk sahur mkn nasi trus ke mlm ni..pastu esk mnum air je pg..ok jgk tu kn..mnum air pn..air je la..bdn dh xlrat..xleh trime pape lg dh..kpale cm dh d sekat ngan batu bata..mata still sgar..sbb lpas terawih td dh tdo ats meja..em..ptut la pggang dan tengkuk nih skit je 2,3 menjak nih..bile meja stdy yg jd bantal..

hmm..nape tgan nih trase nk mnaip..mgkn sbb tbe2 trse sunyi..member blik dh tdo..tggl driku sndiri m'hadap kertas yg b'tbur d dpan..kl ikut ati xnk bce lg dh..esk jwb jerk ape yg ad kat dlm kpale nih..pastu cm bese la..reka crite..

hmm..tp ape yg ad dlm kpale..no idea..tp dri stat mnaip krana ape yg d rse dlm organ yg sgt snsitif..hati..ni sume d sbb kn ape yg otak byg kn td..hallucination kah?? bkan..knangan + perasaan + assumption dri sndri..jd la halusinasi..tp Dr Ward kata we aren't suppose to make any assumption..coz it may cause harm to our patient..emm..ad btol nye kat kata2 tuh..coz it's already cause harm to some1..myself...

hmm..duhai hati..kl lah kau lebih tegar..kl la kau lbh kuat..kl la kau lebih kental..dri nih xkn jd mcm nih..salah kau ke??? x..slah sape?? slah dri ini..slah dri ini yg xkuat..maaf kan dri ini duhai ati..kerna bt kan drimu terluka lg..

hmm..wahai dri..knape la kau bodoh sgt pd mse itu...dunia nih sntiasa ke dpan..xleh nk ptah blik..xleh nk back to the future lg..ade kslapan yg xkn dpt d tbus blik..itu lah noda yg xpat d tggalkan even gune clorox skali pn..agak2 kl guna alcohol 100%, die luntur x?? mgkin..tp ttp akan m'cdera kn dri sndri..1 je p'kataan yg btol2 ssuai saat nih..padam muke ko..:'(

hmm..jd, ape yg dpt d bt skang nih..mlangkah ke dpan..fkiran..STOP!!! xde lg dh..xlayak..xmgkn..xmampu.

.xsesuai..jgn mlakukn bnd yg sme lg..no more assumption..coz it hurt every second..

hmm..hati..ku pohon maaf kpdmu..d sbbkn kslapan ku..kau yg jd mangsa..jd hati..b'sbar la..mgkn bkn rzekimu d dunia nih..jd hati..doakan hadiah utk mu akan dtg di dunia yg abadi kelak..hanya kpdNya tmpat utk kau m'dpat ketenangan..kerna Dia yg tlah ttpkan sgala2 nya..

hmm..cukup la d sini wahai hati..lupe kn..anggap kn ape yg otak nih fikir adalah kepalsuan semate2..
::juz an imagination:: jd hati..b'henti lah m'harap......astaghfirullah...jauhkan hasutan dan fitnah syaitan ini Ya Allah...

~bila hati terusik lagi~

cerita sekeping hati..

ku datang dengan tekad yang tinggi..
niat yang suci..
walau sibuk dengan tanggungjawab yang berhimpun..
untuk mengisi titian kehidupan ku..
kekosongan..
yang dulunya diisi dengan keseronokan yang mengalpakan..
walaupun ku sedar akan hakikat sebenar..
kaca dan permata..

duhai hati..
ku sedar akan kewujudan mu..
dan hakikat kejadianmu..
yang lembut jika disentuh..
yang mudah koyak jika dilukakan..

wahai hati..
selalu ku titipkan pesan padamu..
kebalkan dirimu..
ingat janji-janji mu..
jika kau melukakan..
kau pun akan terluka..

jadi hati..
bersabar lah menerima takdir Ilahi..
untuk menebus kesilapan lalu..
jika mata ku membuatkan kau bergetar..
akan ku tutupkan pandangan ku..
jika suara ku dijadikan tarikan..
akan ku sibuk kan dengan lafaz istighfar..
demi untuk menjaga dirimu..
moga kau tidak terusik lagi~