Showing posts with label sendiri. Show all posts
Showing posts with label sendiri. Show all posts

Hanyalah Sebuah Kehendak (Jatuh Jangan Tersungkur)


Epilog: Tulisan ini sekadar kata-kata sebelum benar-benar masuk ke medan. Jauh di sudut hati, diri-sendiri tersangat bimbang apa yang akan berlaku pada masa depan. Seperti kata-kata murabbi tersayang, "dalam banyak-banyak perkara yang dibimbangkan, paling risau jika diberikan satu ujian besar yang tak mampu dipikul yang akhirnya menyebabkan langkah di jalan ini terhenti." Jika berlaku, ketuklah aku dengan serpihan-serpihan kayu itu. Jika rebah, janganlah sekali-kali tersungkur.

~Ya muqallibal qulub, tsabit qalbi 'ala deenik~

Serpihan-serpihan kayu... Setiap kenangan babak-babak perjalanan kehidupan sepanjang di Adelaide.
Di sana aku mengenal Allah
Di sana aku mengenal Islam
Di sana aku mengenal tarbiyyah
Di sana aku mengenal dakwah
Di sana aku mengenal ukhuwwah
Dan yang pasti... di sana aku mengenal diri

..................................................................................................

Di Sana Ku Temui Cinta



Dah hampir sebulan pulang ke Malaysia, dan yang pasti aku rindu...

Rindu untuk bangun qiamullail bersama sahabat. Di dalam ruang yang kelam, bertahajjud menemui Tuhan, meminta maaf akan kesilapan diri, meminta diberikan kekuatan, dan saat yang tepat untuk mencurahkan segala isi hati.

Rindu untuk menunggu dan ditunggu sahabat-sahabat untuk solat subuh berjemaah dan membaca Al-Mathurat di dinihari, tika di mana jiran-jiran di sebelah rumah masih lena diulit mimpi.

Rindu untuk mendengar jeritan ketinggalan bas di hadapan rumah, ketukkan di muka pintu disebabkan barang tertinggal. Aku dan housemates, itulah drama kebiasaan kami di pagi hari.

Rindu untuk balik ke rumah selepas habis kelas, dan bila pintu dibuka, "hmm.. sedapnya bau. Masak apa tu?" ataupun bila aku yang memasak, rindu melihat wajah-wajah kelaparan itu gembira untuk mengisi perut yang sudah mula meninggikan volumenya. Dan rindukan bicara-bicara kita semasa dinner. Aku dan mereka.

Rindu bunyi ketukan di muka pintu di malam-malam hari (atau boleh dikatakan bila-bila masa.. hehe). Kedatangan akhawat yang tak pernah lekang bertandang ke rumah, sama ada dirancang atau secara tiba-tiba. Perasaan terasa di ingati.

Baitul Barakah...

Rindu untuk mendengar suara adik-adik yang dirindui, rindu untuk keluar menziarah ke rumah adik-adik, rindu untuk duduk di Torrens River sambil basah berbicara tentang tarbiyyah, tentang kehidupan, tentang diri.

Rindu untuk bermain dengan anak-anak kecil itu, anak-anak yang pelbagai ragam, anak-anak hasil daripada pembinaan indah baitul muslim. Keletah anak-anak yang mencuit hati. Setiap anak-anak yang mempunyai personaliti tersendiri.

Rindu akan kakak-kakak, murabbi. Tempat aku meluahkan isi hati. Tempat aku mengadu kekurangan diri. Tempat aku meminta kekuatan hati. Tempat aku meminta untuk diketuk sekuatnya agar aku tetap sentiasa teguh di jalan ini.

Rindu dengan semua drama kehidupan di Adelaide...

Drama kereta?? Hmm..

Drama kereta rosak di Adelaide city... Drama minyak habis entah kat mana-mana entah...

Drama kunci kereta patah di pump station. Dan akhirnya aku dengan jayanya mengganggu hari indah kakak yang sedang memberus gigi. Dengan menelefon di pump station sambil melihat kiri dan kanan sambil berfikir, "agak-agak pump station ni meletup tak kalau call kat sini. Agak-agak pakcik polis saman tak kalau call kat sini." Dan barulah tahu rupanya ada kakak yang tak pernah tolak kereta dan tak reti tolak kereta. Haih. "Nak tolak kereta duduk luar la kakak! =p"

Drama menolak tarago di pagi hari dalam keadaan terlambat ke daurah, kakak yang masih berbaju grumpy cow. =) Rindunya...

Drama taklifan?? Adeh...

kes kicap, kes ayam, kes che yah, kes kacang, kes container pecah, kes senduk Lakemba (dah hantar belum entah... haih..), kes accident, kes surat tak boleh rename (just put .doc! heh.. malu~~), kes tak boleh compile the whole doc sebab takde software (*~*), kes poster, kes pamplet, etc tarbiyyah bekerja ikhwah akhawat...

Dan drama diri...

Dan aku pasti di sana ku temui cinta, yang mematangkan diri, yang membina dzatiyyah diri, yang meyakinkan aku untuk terus memilih jalan ini.

Tapi, cabaran sebenar baru je bermula di sini, di Malaysia.

Tanpa bi'ah. Dalam waqi' sebenar. Sekarang bergantung atas kehendak diri sendiri. Kuat atau lemah. Jika diuji, nak teruskan atau berhenti. Moga Allah terus memilih diri. Walau atas apa jua alasan sekalipun.

Adelaide, bi'ah yang dirindui. Tapi teringat kata-kata seseorang,
"Bi'ah itu bukan perlu dicari, tapi perlu dibina" (Someone, 2011)

Daie sebenar tak mengikat dirinya pada mana-mana tanah di muka bumi Allah. Moga menjadi biji benih terpilih, yang dicampak di mana-mana, akan tetap menumbuhkan pohon yang subur.

Bagi akhawat, fasa awal bila pulang ke medan, dalam keadaan masih berstatus bujang, di sinilah peluang yang ada bagi kita untuk mempersiapkan diri sendiri.

-Ilmu: penuhkan diri dengan ilmu yang diperlukan- untuk dakwah, tarbiyyah, BM, aulad. Bagaimana dapat kita memberi kalau tak memiliki.

-Skill: bak kata murabbi- pengurusan rumah tangga: masak, basuh pinggan , lipat baju, kemas rumah. Jangan bagi alasan, sebab tak kahwin lagi, jadi tak perlu equipkan diri dengan hal-hal macam ni. "Kalau sekarang dah malas, nanti dah kahwin, jangan beranganlah akan jadi rajin." =p baiklah!

- Ibubapa dan keluarga: kita terkejar-kejar ingin mentarbiyyah orang lain, terkadang terlupa orang yang paling dekat dengan kita. KELUARGA. Selalu alasan yang di dengar, "susah nak tarbiyyah keluarga sendiri." Betul, tapi tak bermakna kita kena tinggalkan. Takkan kita sanggup biarkan keluarga kita terus terlena. Jadi, waktu sekaranglah saat yang tepat untuk memBINA bi'ah. Mungkin pacing agak perlahan berbanding menDF adik-adik yang baru kita kenali, tapi tak mustahil. Contohnya mulakan dengan solat berjemaah, paling-paling dapat Maghrib dan Isya' walaupun bukan setiap hari. Tak salah kalau kita yang mengajak ma abah, tapi biarlah secara berhikmah. Ibubapa mana yang tak suka melihat anak yang berubah ke arah kebaikan. Fitrah manusia pasti sukakan perkara-perkara yang baik. Tanpa kita sedar, walaupun usaha ni nampak kecil, tapi impaknya mungkin besar. Contohnya, akhirnya adik kita pun join solat berjemaah sekali. =) Sweet, kan.

Ok lah. Dah sangat panjang dah. Moga kita terus sama-sama tsabat di jalan ini, walaupun hanya sekecil skru di gerabak. Amin! Kita hanya manusia biasa, dengan fitrah iman yang ada naik turunnya. Ada ketawa dan sedihnya. Walaupun kita jatuh, ingatlah jangan sekali-kali tersungkur. Jangan sekali-kali futur.

-Tamat-

Hanyalah Sebuah Kehendak (Jadikan Sebagai Sebuah Misi)



Betul ke sebuah perkahwinan mampu untuk men"tsabat"kan kita dalam pelayaran bahtera dakwah?

Soalan sama yang pernah ditanya kepada seorang murabbi. Tapi jawapan yang diterima cukup mantap dan padat.

"Tak semestinya. Semuanya berbalik kepada diri sendiri."

Jangan jadikan sebuah perkahwinan tu sebagai matlamat, tapi Baitul Muslim itu sebenarnya adalah sebuah misi. Menaikkan diri ke tingkat maratib amal yang seterusnya. Dan menyambung perjalanan yang masih panjang.

"Berjiwa besarlah kerana ummah ini memerlukan insan yang berjiwa besar" (DRZ, 2011)

p.s: Tak terasa nak mengulas panjang. Bukan orang yang terbaik.

Nota kaki: banyaknya halangan nak bergerak. Akhirnya, tercicir atau mencicirkan diri?

Bersambung...

Hanyalah Sebuah Kehendak (Bukan Segala-galanya)


Hari yang sama, tapi di atas muka bumi yang berbeza. Rindu pada tanah subur itu lagi, Adelaide.

Adelaide, sebuah Bumi yang memperkenalkan saya dengan satu perkataan yang mempunyai makna yang cukup mendalam. Tarbiyyah. Cantik sebutan, cantik juga definisinya.

Tahun lepas, terasa hati sangat berat untuk meninggalkan Adelaide. Kerana bimbang akan berhadapan dengan "bumper" tarbiyyah. Perencatan kepada tarbiyyah. Salah satunya kerana saya yang masih baru dalam tarbiyyah. Terasa banyak lagi hal perlu dihadam sebelum pulang ke medan. Jadi, decide untuk buat apa sahaja yang akan menempatkan diri kekal di Adelaide, sampailah ditegur oleh murabbi tersayang. Itu bukan caranya. Akhirnya, saya serahkan segalanya kepada Allah untuk menentukan di mana tempat saya yang sebenarnya. Dan alhamdulillah, masih di tempat yang dicintai itu, walaupun cuma sementara.

Bila bercakap tentang tarbiyyah, sejauh mana seseorang itu berkeinginan untuk grab tarbiyyah adalah banyak bergantung kepada dzatiyyah diri sendiri. Lonjakan dalaman diri sendiri. Dan bagi saya, antara salah satu faktor penyumbang adalah dengan diberi taklifan. Taklifan untuk beramal.

Bila mengimbau kembali, baru tersedar kebanyakan taklifan sangat banyak bersangkut paut dengan hal-hal makanan. Daripada Welcoming BBQ, JML, WT, SAFI, Sis Gath, Daurah etc.

Daripada kisah:
-Che Yah: Barang-barang Yahudi
-Kicap: Kandungan alcohol
-Ayam: potong @ tak?
-Kacang: kacang panjang, kacang peas, kacang buncis
etc

Setiap taklifan ada tarbiyyah masing-masing. Yang terkadang menjadi pendorong semangat, tak kurang juga yang melunturkan semangat. Lebih-lebih lagi apabila diuji dengan melakukan kesilapan yang menyusahkan orang lain. Yang membebankan orang lain. Bila itu yang terjadi, decide nak menjauhkan diri. Tak nak jumpa siapa-siapa. Dan pasti perasaan futur tu datang bertandang.

Tanpa sedar rupanya itulah tarbiyyah Ilahi. Yang cuba memberi kefahaman secara realiti dan lebih dekat tentang apa itu istilah "Risalah Ini Kita Tanggung Bersama". Jzkk kepada akhawati fillah yang cukup memahami. Yang banyak memberi ketenangan kepada hati. Dan juga kepada Dia yang memberi teguran supaya diri mengembalikan pergantungan kepada Dia yang hakiki. Ya Rabbi.



Tapi, selama mana kita boleh bergantung kepada taklifan. Sejauh mana kita nak meletakkan pengharapan semangat kepada taklifan semata-mata. Adakah bermakna apabila kita tak diberi taklifan kita akan luntur semangat? Jatuh tersungkur? Dan akhirnya futur?

Bila kembali ke medan sebenar akan ada ruang waktu kosong tanpa taklifan, tanpa diassign mad'u tertentu. Jadi segala-galanya bukan terletak kepada taklifan. Segalanya terletak kepada diri-sendiri. Kehendak diri-sendiri. Sama ada hanya mahu berdiam diri ataupun memulakan misi tersendiri ie cakupan meluas, tawasul ijtimai dan amal jamaei.


p.s: Taklifan memang satu booster amal. Tapi terkadang bimbang jika terlalu mengejar taklifan yang akhirnya membawa kepada kekeringan kepada amal sehinggakan diri tak bersedia untuk mengatakan tidak kepada taklifan yang tidak mampu dipikul dan akhirnya membawa kepada kepenatan dalam bekerja, bukan beramal. Di sinilah perlunya untuk kita refresh niat, kembali kepada matlamat sebenar. Dan fahamkan kembali bahawa "risalah ini kita tanggung bersama".


Nota kaki: Selalu terdengar kata-kata:
"Takutlah nanti balik Malaysia, kena gerak sorang-sorang. Akhawat yang dekat dah tak ada. Takut tak kuat. Kahwin la macam ni."
Betul ke perkahwinan itu mampu menyelamatkan kita untuk terus berada dalam bahtera dakwah?

Bersambung...

Hanyalah Sebuah Kehendak (Prolog)


Hampir seminggu meninggalkan Adelaide. Terasa waktu sangat pantas berlalu. Masih terasa pelukan dan kata-kata terakhir akhawati fillah yang dirindui.

Sekarang apa yang bermain-main di hati, persoalan yang sentiasa menghantui diri sebelum bfg. Futur. Pendek, tapi mempunyai satu maksud yang menggerunkan setiap orang yang akan bfg.

Tapi, bila dah sampai di pesisir pantai (obviously belum betul-betul masuk ke laut), perkara pertama yang perlu dilakukan adalah cuba untuk menyentuh air di pesisir pantai, memerhati ombak yang menghempas ke batu. Dah bersedia atau belum untuk terjun? Saya cuma tersenyum.

Melihat sekeliling. Satu hal yang dapat saya simpulkan. Kepada yang masih berada di Adelaide, anda semua tak patut sedikitpun rasa futur bila berada di Adelaide. Tak patut terlintas sikit pun perasaan lemah semangat tu sepanjang berada di Adelaide, di sebuah Bumi yang basah dengan tarbiyyah, di satu tempat yang ada bi'ah solehah. Sikit pun tidak. Kalau pun ada perasaan tu, perlu cepat-cepat untuk bangkit kembali. Bimbang akhirnya akan jatuh tersungkur. Kalau dengan sedikit mehnah yang Allah berikan di Adelaide dah cukup melemahkan semangat, you can't really survive dalam medan sebenar.

Sekarang baru faham dengan kata-kata qiyadah sebelum ni. Medan di Adelaide adalah satu medan persiapan diri. Medan untuk mencuba. Medan untuk mengumpul pengalaman. Kerana medan sebenar adalah di Malaysia. Sebuah medan realiti. Di mana semuanya terletak kepada kemahuan diri.


Dan yang pastinya, futur bukanlah pilihan. Hanyalah sebuah kehendak.

Bersambung...

Perasaan...



Bila diberi tanggungjawab untuk bentangkan bahan pengisian, apa yang paling dibimbangkan?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (61:2-3)

Terkadang mujahadah dalam diri pun belum cukup. Macam mana kita nak letakkan diri di posisi untuk memperingatkan orang lain tentang apa yang diri sendiri masih gagal untuk buat.

Takut dengan ayat di atas. Jadi decide untuk tolak tanggungjawab. Tak nak bentang bahan tersebut.

"Akak, aseef jiddan. Boleh ke kalau saya tolak untuk bentang bahan ni? ..."

Lepas tu dapatlah mesej cinta daripada yang tersayang.

Mesej asal dirahsiakan.

Tapi kesimpulannya, rupa-rupanya Allah tu terlalu sayangkan kita. Bila kita tak cukup kuat dalam bermujahadah, Allah bantu kita untuk menjadi lebih kuat. Memilih kita untuk sampaikan peringatan kepada orang lain supaya telinga yang paling dekat kepada orang yang menyampaikan itu akan jauh lebih terkesan berbanding orang lain yang mendengar. Moga terus kuat! Ya Allah, pilihlah aku. Dan terus memilih aku, walau atas apa-apa alasan sekalipun.


p.s: Dah lama tak menconteng. Rindu. Tapi sedang menconteng di medan lain sebagai misi utama. Yang bakal meng"accomplish"kan misi orang lain. Moga dipermudahkan. Amin.

Cinta Terindah


Cinta bersenikan diam...
Itu cinta terindah. Bila mana yang tahu hanya aku dan Dia. Tiada yang berstatus hamba yang tahu selain aku dan Khaliqku. Itu cinta terindah.
Jadi,
Lafaz itu aku biarkan tersimpan.
Tersimpan kemas, tertutup rapi.
Biar yang tahu, aku dan Khaliqku.

Tapi terkadang ada cinta yang perlu dilafazkan.
Terkadang ada cinta yang perlu diluahkan.
Biar dia tahu.
Biar semua tahu.
Bahawa aku cinta dia.


Adelaide, 14 Februari 2009.

7.25 am, Lokasi: Adelaide airport

Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Bumi asing. Disebabkan makanan yang di bawa, aku terpaksa beratur panjang untuk diperiksa. Malas. Kena bukak beg. Dah la besar, berat pulak tu. Lagipun kalau bukak, emm... susunan dalam beg yang agak " serabut". Jadi, kena bukak kecik2 je. Keluarkan makanan-makanan semua. Kalau tahu macam ni, lepas ni malas nak bawak makanan dah. Senang, lepas dah semak passport, terus boleh keluar je ikut arrival gate tu.

Aku antara yang terakhir keluar daripada imigresen berbanding kawan-kawan yang lain. Dan di luar arrival gate, aku bertemu dia. Pertemuan kami yang pertama. Dia yang di temani temannya.

Kawan-kawan semua sedang sibuk menelefon keluarga masing-masing. Aku? Hanya handset yang aku bawa ke Adelaide. Tanpa sim card. "Alamak, lupa pulak. Kan boleh roaming!" Sim card yang ditinggalkan di Malaysia. Dengan harapan tak nak bagi no mati (Walaupun akhirnya sekarang dah guna no lain). Aku cuma mampu memandang simpati kawan-kawan yang lain. Kalau nak pinjam, mesti mahal bil telefon nak bayar ni. Malaysia tu. Jauh. Hmm, hanya mampu mengeluh dalam hati.

"Adik dah call parents?" Dia yang bagaikan dapat membaca isi hati. " Err... Belum. Tak bawak sim card la akak."
"Nah, ambik handset akak. Call la parents. Beritahu mak ayah, adik dah sampai Adelaide. Jadi, takde la diorang risau sangat." Lembut ucapan yang disertai senyuman. Senyuman itu yang aku bakal rindui.

Pertemuan pertama aku dan dia. Antara suratan atau kebetulan. Tapi, aku yakin. Ini sebuah pertemuan yang telah ditentukan dalam catatan Tuhan. Pertemuan aku dan dia.


Adelaide - Sydney - Canberra - Perisher Valley - Melbourne - Great Ocean Road - Adelaide
5 Julai 2010 - 11 Julai 2010

Kembara musim salju aku dan dia. Kembara mengenal Pencipta. Kembara yang merapatkan aku dan dia. Teringat saat-saat aku menggelabah, akan ku panggil, "akak...". Saat aku cemas, "akak...". Saat ku bimbang, "akak...". Saat ku sedih, "akak...".


Brompton, 11 Julai 2010.

Akhirnya tiba di Adelaide selepas seminggu kembara alam, dan yang nyata... eksplorasi hati.
Gembira tiba akhirnya.
Syukur kembara sampai ke destinasi.
Sayu akan penghabisan.
Bimbang akan kesilapan.
Sebak akan ujian Tuhan... Dan tetap dia juga yang menenangkan. "Akak...".

Rupanya bukan hanya aku yang diuji. Dia yang begitu tabah. Dia yang menjaga aku, dan mereka. Aku seorang perempuan. Mungkin sebab itu jiwa rapuh. Namun terkadang aku yang lupa. Dia juga perempuan. Dan juga mereka. Brompton jadi saksi. Tangisan bersama, tangisan di atas laluan tarbiyyah. Tangisan di atas ikatan ukhuwwah. Terima kasih Allah.


Enfield CC, 31 Julai 2010.
D----H Tafsir FZQ

Rehat untuk makan tengahari dan solat Zohor, Lokasi: Dapur ECC

"Akak, macam mana nak jadi matang?" Soalan yang sentiasa terngiang-ngiang dalam benak fikiran.

Dengan senyuman itu lagi, "Awak akan jumpa jawapannya dalam d----h ni. Lepas habis program, awak bagitau akak. As homework." Kaget aku. Lepas ni kena fokus!

Bila program bersambung, aku tekun meneliti setiap isi kandungan kertas itu. Langsung tak pernah terselit perkataan matang. "Mana jawapannya ni?" bisik aku dalam hati. Tak pernah sefokus ni dalam mana-mana d----h pun sebelum ni. =)

Malam tu, aku "mengulangkaji" lagi kertas FZQ tadi. (study untuk exam pun tak semangat macam ni. Adeh...) Dah beberapa kali baca, masih tak jumpa perkataan matang. "Haih, mananya ni. Akak kata suruh cari dalam ni." Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal.

Bila dah penat, aku buka kembali daripada muka surat pertama. Kali ni, bukan untuk mencari perkataan "matang", tapi terasa untuk menghadam isi kandungan.

Bila habis, lama aku berfikir. Handset ku ambil.

Create new message:

Salam, emm... akak. Tentang homework tu, saya tak jumpa direct maksud matang dalam FZQ ni. Tapi, saya dapat jawapannya. Cuma tak pasti. Betulkan kalau saya silap, ek akak.

Matang tu adalah bila saya berada di jalan ni..... (jawapan seterusnya dirahsiakan)

Send.

Esoknya, dia membalas. Dengan jawapan yang menenangkan. Dengan sebuah jawapan yang meyakinkan.

Dah nak taip msg, taip kat laptop lagi best hehe... btul la apa yg awk kata tu, no specific cara pon.. satu yg sampai sekarang akak pegang... jalan yg kita pilih ni akan bantu kita jadi matang... kematangan tu sendiri kita kena clear apa erti sebenarnya... may Allah guide us all dear...

Ini jalanku. Alhamdulillah.


Flavours of India, 17 Mac 2011.

Aku bertemu dia lagi. Dia yang aku rindui. Dan bakal benar-benar merindui. Pulangnya seorang demi seorang jiwa yang ku mampu meluahkan kata-kata. Berkongsi rahsia. Bergelak tawa. Jiwa yang mampu aku berbicara basah tentang T & D. Selepas M, F menyusul. Dan sekarang dia. Terasa kekosongan di sisi. Aku juga ingin pulang. Sekarang mula terasa sakit. Tak ingin melelapkan mata, bila ianya tetap sakit.


Baitul Barokah, 18 Mac 2011.
Sekarang, 1.06 am

Sebenarnya nak menulis malam esok. Tapi, tak berkesempatan.

Teringat pesanan dia tadi. Sisa-sisa waktu yang Allah peruntukkan di sini, gunakan sebaik mungkin untuk mengisi kantung bekalan. Moga cukup kuat untuk dibawa pulang. Sedikit waktu lagi.

Sebuah lafaz yang tak ingin disimpan. Biar diluahkan.

"Akak... uhibbuki fillah! Abadan abada."

Moga bertemu dalam doa rabithah aku, dia dan mereka.

Kekuatan selepas keimanan itu adalah ukhuwwah... Fillah...


~HN~

Pengembara


4 Mac 2011
Baitul Barokah

Dah sebulan lebih menahan diri daripada menulis. Atas sebab tersendiri.

Semalam baru berpeluang untuk kemaskan meja study. Dan bertemu dengan cik diary yang dah 2 tahun dilupakan. Terdetik hati untuk membaca. Terjumpa catatan 17 Februari 2009, selepas 4 hari menjejakkan kaki di Bumi yang basah dengan tarbiyyahNya, Adelaide. Tersenyum saya dengan apa yang ditulis. Dah bertemu dengan apa yang dicari, bibit-bibit perkenalan dengan yang dicintai, rupanya bermula dari hari pertama di sini.


Berkenalan dengan yang dicintai

Satu saat terindah yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Saat untuk muraja'ah- menilai kembali kehidupan sebelum ini. Melihat ke masa silam yang kelam. Alhamdulillah, bertemu denganNya dan saya jatuh cinta denganNya. Indah sebuah perjalanan kehidupan yang diatur Ilahi.


Jiwa-jiwa baru

Saya suka memerhati. Memerhati jiwa-jiwa baru yang menjejakkan kaki ke sini. Dengan pelbagai watak baru, dengan pelbagai cerita baru, dengan pelbagai semangat baru. Yang tetap menyentuh hati. Paling suka apabila bertemu dengan jiwa yang mengingatkan kepada diri sendiri.

Sekarang, perjalanan mereka pula yang bermula. Kisah-kisah baru pasti akan terlakar. Moga bertambah subur Bumi yang basah, moga bertambah mantap iman yang mula bercambah. Moga berkesempatan mencari cinta yang sempurna. Amin.

.................................................................................................

Sebuah cerita yang sama. Tapi memberi impak yang berbeza. Bila dibaca dengan nada yang berbeza, dan dari sudut hati yang berbeza.

Seorang penggunting rambut bertanya kepada seorang Muslim.

"Bagaimana kamu meyakini adanya Allah sedangkan kamu tidak pernah melihatNya. Jika Allah itu benar-benar ada dan berkuasa, kenapa di sana sini ada manusia kelaparan, manusia saling bermusuhan, dan peperangan rancak dilancarkan?"

Muslim itu tersenyum sambil berkata, "Bagaimana jika aku mengatakan bahawa di dunia ini tiada penggunting rambut."

Penggunting rambut itu terkejut. "Kenapa engkau kata begitu?" Muslim itu menjawab, "kerana di luar sana aku lihat ramai yang kusut masai, tidak terurus rambutnya. Ramai juga yang berambut panjang."

Penggunting rambut tersebut cepat-cepat membantah,"Kamu salah. Aku kan penggunting rambut. Keadaan mereka sebegitu bukan kerana tiada penggunting rambut. Itu adalah kerana mereka yang tidak datang kepadaku untuk dirapikan."

Maka muslim itu tersenyum, "Begitulah umpamanya. Bukan Allah itu tiada tetapi manusia itu tidak pergi kepada Allah, tidak meminta pertolongan dari Allah, tidak mendekatkan diri kepada Allah, tidak mengamalkan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Bukan Allah tiada tetapi manusia yang tidak mendekati Allah." Penggunting rambut itu pun terus terdiam.


Nota kaki: Bila setiap pagi bangun dengan kesakitan, moga makin dekat aku denganNya. Muhasabah cinta. Sebagai penghapus titik-titik hitam yang silam. Amin.

Hari ini kubimbangi Jika terakhir hidup Adakah lagi Subuh esok untukku bernafas


Catatan Takdir


4/12/2010, 5.33 pm- North Terrace, Adelaide.

Traffic light King William Street.

Seorang hamba Allah. Allah kurniakan kekurangan. Jalannya tempang. Namun dia gah berjalan. Menghadapi pandangan mata manusia. Menghadapi pandangan mata dunia. Tapi, adakah hidayah miliknya? Saya tertanya.

29/11/2010, Caltex Campbelltown.

"Why are you wearing this? Is it because of your custom?" Tanya kakak cashier sambil tunjukkan kepada tudung yang saya pakai. Pandangannya penuh tanda tanya dan minat.

"No, it's my religion." Saya jawab sambil tersenyum.

Dan perbualan pendek bermula. Seadanya. Namun, bibirnya tak habis-habis menyatakan "it's beautiful". Pada tudung yang saya pakai.

May 2010, dalam bas dalam perjalanan balik ke Evandale selepas habis kerja di Chemist Warehouse Torrensville.

"What do you think about the weather? Isn't it too cold? You know, there will be a time in future when God will make this world so nice to live in. Not too cold, not too hot. Just nice." Ungkapan yang keluar dari bibir nenek yang duduk di sebelah saya dalam bas.

Bila diteruskan perbualan, rupa-rupanya dia adalah "pendakwah" Kristian. Yang telah mengkristiankan dua rakyat Malaysia. Chinese. Sekarang tinggal di Church somewhere in Adelaide. Tak pasti.

Antara suratan atau kebetulan yang sepatutnya dah tercatat di catatanNya.

Soalan yang sentiasa bermain-main di fikiran saya. Jika diberi peluang sekali lagi, mungkin jawapannya akan sedikit berlainan. Tapi takdir Ilahi, diberikan peluang itu di kala tarbiyah baru menapak.

"So, what is your religion?"
I say, "Islam"
"Is it because of your parents? Or is it because of your country?"
I say, "Yes, i've been born as a muslim AND i'm practising it. On my on will."

Nenek terdiam. Mungkin jawapan saya masih tak cukup mantap. Untuk diri sendiri.


.:. Allah berikan peluang. Sebagai duta-duta kecil Islam. Ketika berada di negara bukan Islam. Namun, sebanyak mana kita bersedia memegang tanggungjawab yang sejak lahir kita telah diamanahkan dengannya.


4 Disember 2010

Entry kali ni, bukan nak bercakap tentang dakwah. Betul, itu antara selingan. Tapi, nak merungkaikan maksud yang tersirat di sebalik 3 cerita tadi.

Cerita takdir.

Saya selalu mendengar orang kata, hidup kadang-kala adalah permainan takdir. Betul ke takdir mempermainkan kita? Atau sebenarnya kita yang memandang serong pada keindahan takdir ketetapan Ilahi.

Takdir Allah pada setiap manusia. Ada yang Allah kurniakan banyak kelebihan, namun ada juga yang Allah kurangkan kurniaNya pada sesetengah individu. Kurnia yang saya maksudkan di sini adalah kurnia yang boleh diukur daripada kacamata manusia. Kekayaan, kecantikkan, kedudukan, etc. Itu yang manusia nampak. Tapi pada setiap kekurangan, rupanya Allah nak bagi kurnia yang jauh lebih besar yang hanya boleh diukur pada neraca akhirat.

Tentang takdir, hanya dua benda yang saya nak catatkan. Kesyukuran dan keredhaan.

Syukur atas segala nikmat yang Allah dah takdirkan untuk kita. Sama ada banyak atau kurang. Cerita pertama. Syukur, Allah berikan kesempurnaan pada kita untuk menjalani hidup di atas Bumi Illahi. Cukup sifat, cukup anggota. Kesyukuran tertinggi adalah syukur atas takdir yang telah Allah catatkan untuk kita mendapat hidayah yang hanya milikNya. Tapi, sebanyak mana kita menghargai takdir ini? Tepuk dada sendiri, tanya iman di hati.

Dan redha. Redha atas nikmat yang kita harapkan dan Allah kurniakan. Dan redha jua atas setiap pengharapan yang hanya tersingkap sebagai doa. Dan tidak dibumikan Allah. Mungkin bukan di sini.

Tentang takdir...

Kita ada banyak permintaan. Kita ada banyak pengharapan. Pertama, bila kita memerhati sekeliling. Mahu menjadi seperti mereka. Allah permudahkan jalan, Allah hulurkan pertolongan, Allah berikan kekuatan.

Kedua, bila langkahan dah bermula, permintaan kita bertambah. Mahu menjadi hebat seperti mereka. Allah berikan pertautan hati, Allah bina dzatiyyah diri, Allah didik kematangan tarbawi.

Sekarang, kita nampak marhalah yang dituju. Namun, jiwa bagai makin tamak. Inginkan semuanya dalam satu masa. Sedangkan perjalanan jejak langkah yang bermula belum mencecah usia satu tahun pun lagi. Benar-benar masih anak kecil yang bertatih.



Betul, tak salah untuk percepatkan langkah. Namun salah jika mempertikaikan takdir. Takkan mampu mempercepatkan apa yang dilambatkan, dan takkan sesekali mampu melambatkan apa yang dipercepatkan.

Seorang muslimah...

Yang mencari-cari medan perjuangannya. Ada takdir yang akan menuntun perjalanan.

Sama ada Allah tetapkan kita berjuang untuk senario seperti kedua dan ketiga. Menjadi duta kecil Islam. Menjadi pemangkin kejayaan ummah. Menerusi jalan dakwah pada tahap pembinaan individu muslim, yang benar-benar memahami fikrah.

Ataupun, mujahidah yang membentuk keluarga muslim. Melahirkan jiwa-jiwa untuk berjihad di medan dakwah. Asas kepada penerusan langkahan maratib amal yang seterusnya.

Takdir mana yang Allah tetapkan untuk kita? Kekuatan mana yang Allah berikan kepada kita? Medan mana yang lebih memerlukan kita? Doa mana yang Allah auladkan untuk kita?

Semua dah tercatat di Luh Mahfuz.

Tetaplah redha dengan setiap takdirNya. Sesungguhnya itu benar-benar adalah kekuatan.

Sekarang, menanti skrip seterusnya dalam babak lakonan takdir ketentuan Ilahi.

2010 yang penuh pentarbiyyahan. Yang Allah tahu tarbiyyah mana yang lebih kita perlukan.

Sesungguhnya,
Kelemahan itu akan menguatkan...
Kegagalan itu akan menguatkan...
Kesedihan itu akan menguatkan...
Kegundahan itu akan menguatkan...

2010 bakal tinggal sejarah. Sejarah yang pasti akhirnya akan menguatkan hati.

Nota kaki: Esok akan pulang ke Malaysia, bersihkan hati, bersihkan jiwa. Mungkin saatnya untuk melupakan apa yang menghalang jejak ke hadapan. Dalam jangka masa 3 bulan. Walaupun kita rasa itu yang terbaik, mungkin Allah mahu gantikannya dengan yang lebih baik.

Itu salah


Demi jiwa dan kesempurnaannya...

Sesungguhnya kita benar-benar sang musafir...
Yang meniti sebuah perjalanan kehidupan...
Untuk pulang ke kampung halaman...
Kembali ke pangkuan penguasa alam...

Manusia...
Lupa bahawa taraf hanyalah sehina hamba...

Agaknya kita terlalu memaksakan kehendak kita...
Untuk me"realiti"kan setiap permintaan...
Setiap impian...
Dengan harapan untuk menyempurnakan sebuah kehidupan...
Di bumi fatamorgana ciptaan Tuhan...

Penantian itu adalah ujian...
Ujian yang membutuhkan kesabaran...
Yang akan dibalas dengan kenikmatan...
Bukankah ujian itu adalah kenikmatan...
Dan kenikmatan itu juga merupakan ujian...


"Suatu kenikmatan jika ditinjau dari segi kenikmatan itu sendiri merupakan
keperluan bagi manusia, serta bagi setiap makhluk yang hidup. Dan hal tersebut
tidaklah dianggap hina. Akan tetapi ia akan dianggap hina dan meninggalkan nikmat itu
adalah lebih baik serta lebih bermanfaat apabila ditinjau daripada cara mendapatkannya.
Yaitu, jika kenikmatan tersebut menyebabkan hilangnya kenikmatan
yang lebih besar dan lebih sempurna serta mengakibatkan penderitaan di mana kesannya lebih besar daripada penderitaan yang diakibatkan
jika meninggalkannya.

Maka disinilah terlihat perbezaan antara orang yang
berakal dan yang bodoh. Ketika akal mengetahui akan adanya keterpautan
di antara dua kenikmatan dan dua penderitaan yang tidak ada hubungan antara salah
satu dengan lainnya, maka ia dengan mudah meninggalkan salah satu
kenikmatan yang lebih rendah untuk mencapai kenikmatan yang lebih tinggi
serta menanggung salah satu dari penderitaan yang lebih ringan untuk
menolak penderitaan yang lebih besar."
(Ibnul Qayyim Al Jauzy)


Refleksi kembali "niat".
Hidup semata-mata untuk ummat.


"Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga."
(Saidina Ali r.a)


Maaf...
Diri yang khilaf...



Syurga itu...
Dia yang aku rindu...
Temukan aku denganMu...
Amin Ya Rabb...




Jangan tersilap langkah kembali...

Sebuah Perjalanan


"Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati..."
(Imam Abu Al-Qasim Al- Junaid)


Sejarah adalah kisah silam...
Cerita semalam...
Tapi penuh dengan kesilapan...
Penuh dengan pengajaran...
Penuh dengan peringatan...
Agar tak terulang...



Semalam...
meniti sebuah perjalanan...
sambil melihat ke atas...
asyik mendongak...
kadang terasa penat...
tapi teruskan mendongak...
mengharap suatu hari nanti langit itu akan bisa disentuh...


Hari ini...
rintangan pasti ada...
kegundahannya pasti tersisa...
namun,
yakin!
Langit itu pasti kan bisa disentuh...


Saidina Umar Al-Khatab
Mus'ab ibn Umair
Siti Zulaikha




"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilihlah juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"


Aidil adha kali ini...
Mari belajar bercinta dan berkorban...

Aku yang tewas


Tika mana aku cari Tuhanku?

Hanya di kala aku keletihan?

Hanya di kala aku kelesuan?

Hanya di kala aku kesedihan?

Hanya di kala aku kesusahan?

Hanya di kala aku kesesatan?

Hanya di kala aku kelemasan?

Ataukah

Hanya di kala aku dambakan pergantungan?

Hanya di kala aku dambakan pertolongan?

Hanya di kala aku dambakan penunjuk jalan?

Hanya di kala aku dambakan pengampunan?



Di mana aku letak Tuhanku?

Bila aku diberikan kemenangan... di mana aku letak Tuhanku?

Bila aku dikelilingi kesenangan... di mana aku letak Tuhanku?

Bila aku dipenuhi kegembiraan... di mana aku letak Tuhanku?



Aku dan Tuhanku...

Kala senang... Aku lupa

Kala sengsara... Aku cari

Meratap...

Menangis...

Menyesali...

Mengharap belas...



Di mana aku letak Tuhanku...

Adakah hanya di kala dipenuhi keinginan, aku kata "Inilah pertolongan Tuhanku".

Adakah hanya di kala dipermudahkan urusan, aku kata "Inilah pertolongan Tuhanku".

Adakah hanya di kala dikurniakan kecemerlangan, aku kata "Inilah pertolongan Tuhanku".

Adakah hanya di kala dimakbulkan impian, aku kata "Inilah pertolongan Tuhanku".



Aku kata "Inilah jalanku".

Namun...

Di mana pula aku letak Tuhanku...

Bila diri diuji? Aku bilang "beratnya ujianMu".

Bila diri kehilangan? Aku bilang "beratnya ujianMu".

Bila diri kegagalan? Aku bilang "beratnya ujianMu".



Aku dan Tuhanku...

Aku hanya manusia...

Yang alpa...

Kotornya aku hanyalah di taraf hamba...

Betapa megahnya aku, tetap padaNya aku meminta...

Sombongnya aku padahal asalnya hanyalah serendah-rendah martabat setitis air yang hina...



Aku dan Tuhanku...

Senyuman adalah kekuatan...

Hilangnya senyuman, hilanglah kekuatan...

Aku yang lemah...

Aku yang tewas...



Bila Kalam Allah berbicara...

Tenangnya tetap di situ...

Nota cinta buat .....


Salam ukhuwwah...

Selamat pagi cinta... Indahnya pemandangan luar jendela dengan sinaran cinta Ilahi...




Kata-kata pagi ni mungkin hanya akan menjadi satu kenangan selepas berlalunya hari ni... Atau esok... Nape ek... Kerana penantian kepada jawapan Illahi mungkin dah sampai tikanya untuk diketahui... Penantian kepada jawapan yang cukup lama... Lebih kurang +/- 5 bulan...

Kali ni menulis dengan hati... Untuk tatapan diri sendiri... Moga menjadi kekuatan kepada takdirNya... Moga menjadi keredhaan kepada ketetapanNya...

Bila manusia sekeliling cukup menekankan diri... Walaupun dah mantap dengan keputusan... Keputusan untuk perjuangan dakwah... Tewas juga akhirnya dengan permintaan mereka yang tersayang... Tak salahkan sesiapa... Cuma salahkan diri sendiri... Yang tak cukup dzatiyyah untuk berbicara... dalam rentak perjuangan... Akhirnya tewas dengan kelemahan diri... Untuk menjaga hati orang lain... Mereka yang tersayang... di tanah air...

Bukan tak mahu pulang... Cuma ingin melambatkan saatnya... Kerana derapan langkah di jalan ni baru bermula... Sayang... sangat sayangkan jalan ni...

Sekarang, dah mula rasa cabaran ombak yang kuat di tanah air... Akan futurkah satu masa nanti? Nauzubillahi min zalik!

Ijazah ini... hanya lah satu wasilah... kepada tarbiyyah... dan perjuangan dakwah...

Hati... benar-benar rindu... benar-benar rindu...


Akan terus senyum... hingga ke akhirnya...

Pagi yang membasahkan...
Titis-titis hujan yang membasahkan...
Begitu juga jiwa ini yang dibasahkan...

"Kenapa mata bengkak?" (Anon, 2010)
"Em...baru bangun tido" jawapan standard- maghrib2 ada orang tido ka? haih!

Mata yang bengkak... orang akan nampak... jiwa yang bengkak? Dia Yang Maha Melihat...

Menulis bukan untuk meluahkan isi hati... Sekadar pengubat jiwa nan sepi...

Diri bangkit dari mimpi untuk menemui Rabbi...
Tapi kekacauan jiwa menghantui hati...

Ya Allah...
Aku betul-betul rindukan ketenangan hati...
Rindukan detik-detik aku mengenal diriMu sekali lagi...
Jangan diusik titik ini...
Bimbang jika diri rapuh kembali...

Dalam renyai-renyai hujan...
Bukankah hujan adalah nikmat Ar-Rahman...
Diturunkan buat menyuburi tanah yang ketandusan...

Akulah hamba yang sering kealpaan...
Kemegahan memang bukan calang-calang taklifan...
Tapi jika hanya megah pada catatan dan bukan pada perlakuan...
Kemegahan ini hanyalah satu kesombongan...

Istighfar...

Pasti akan ada laskar pelangi...
Yang datang mengiringi...

saya di mana?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
“Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian),
nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang
yang sebenar-benarnya beriman,
dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al- Ankabut: 2-3)




Tersentak... TeguranNya di kala diri alpa... malam-malam yang ditemani persoalan... kenapa saya???

Kadang-kadang takdir Illahi tak perlukan pencarian... untuk mencari jawapan... Kerana nota-nota cintaNya dah cukup sempurna untuk menjawab setiap persoalan dari hamba sekerdil dan sehina ini...


Mungkin kerana singkatnya waktu... sekarang dah memasuki Julai... cepatnya masa berlalu... sungguh... manusia itu dalam kerugian...


Sahabat-sahabat... benar... Risalah ni kita tanggung bersama... Tapi, kali ni... rasanya saya yang patut tanggung sendiri...



Muhasabah diri...




Semak balik... berapa je yang di "tick"??



”Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai...
tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu...
Aku tidak akan menangisi pemergianmu...
dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu..."


Okeh... dah2... next step... Banyak lagi benda yang tak setel... Banyak lagi to-do-list yang perlu di complete... Dan paling penting... Time to decide!!!! Seriously... Tolonglah... somebody!! help me!!! Kuat kah diri untuk teruskan langkah di tanah air sendiri??

..........................................................................................................................................................

Seperit mana pun esok...
SENYUMLAH
Kerana senyuman itu penawar kepahitan...
Semoga Allah permudahkan urusan di hari esok...
dan seterusnya...


Salam...

Apa khabar iman hari ni sahabat... harap kan semua baik... makin bertambah baik dari hari ke hari...

Saya?? Macam cuaca hari ni... hujan... basah... sejuk...

Yang terbaik di pandangan orang lain tak semestinya terbaik di pandangan hati...
Yang terbaik di pandangan hati tak semestinya terbaik di pandangan Illahi...

Tak semua orang faham perjuangan ini... Tak semua orang faham kehendak hati... Semakin lama tekanan makin berat... Hari ini tewas jua pada asakan bertalu2... Moga hari esok akan membawa sinar baru...

Adelaide dan diri

Dear fwens...

Huhu... sebab tengah cuti ni... Rajin benar la saya mengetuk2 keyboard lappy nih... Mintak maaf... =)

Dah lama tak bercerita... banyak sebenarnya yang nak dicoretkan... Lagi2 pasal placement... Tapi rasanya simpan dulu kot...

Entry kali ni... Agak tak menarik la.. Mungkin bosan kot kalau nak baca... Tapi saya rasa nak menulis jugak aka menaip...hehe...

Sebab duduk sorang2 kat umah... Jadi, hari ni mulakan operasi pembersihan bilik secara besar-besaran... Tapi, terhold dulu sebab pegi dapur pun serabut jugak.. Jadi, "kilat"kan la dapur dulu kan... Nak kata penat sangat, tak lah jugak... Tapi dah setel dapur, dah malas dah nak sambung utk bilik walaupun dah separuh jalan... Tapi, lepas maghrib tertido jugak.. huhu...

Dah siap makan malam, kena sambung jugak keje... Kalau tak, tak tahu la macam mana nak tido malam ni sebab katil dah tak nampak macam rupa katil dah kan... =)

Dah setel katil, tengok meja study plak... Ya Allah... Anak dara ustaz Ramli nih... Kalau abah ngan ma yang tengok bilik ni, xtau la nak kata apa... Mentang2 dah 2 bln xguna meja study, memang dah tak nampak meja dah... PENUH!!!

Hehe... Jadi, mula la setel kan meja study... Tapi, sedang duk2 kemas tu kan... ternampak la beberapa (banyak jugak la) helaian kertas2 yang menggamit kenangan...

Nampak pamplet JML last year, sijil JML, kertas2 daurah last year, KI, Lanyard Stall Owner (Bazaar Ramadhan last year), Brochure RSP etc...

Tiba-tiba rasa sebak... Em... Kalau orang lain, final year ni mesti saat yang paling dinanti2 kan... Tak sabar nak habiskan study dan dapat degree kn... Tapi, nape saya tak rasa macam tu pun... Kosong...

Kalau dihitung, ada dalam +/- 5 bulan lebih je lagi untuk tamatkan pengajian kat Adelaide ni.. Tu pun kalau lepas sume la... 5 bulan sebenarnya 1 jangka masa yang amat singkat... Pejam, celik dah habis... Pastu grad, Pastu balik Malaysia.... Pastu??

Jujurnya... Saya cemburu dengan sahabat2 yang Allah bagi masa yang lebih panjang untuk berada di Adelaide... Tapi bila banyak sangat fikir pasal ni, macam ada perasaan tak redha la pulak... sebab asek persoalkan... "nape bg 2 tahun je? ckup ke? kalau awal2 pegi Adelaide, xde la mcm ni..." Astaghfirullah...

Hati... jangan la sesekali pertikaikan Qada' dan Qadar Allah... kerana Dia sebaik-baik perancang...


Jadi, tak nak kusutkan fikiran... Pasti ada sesuatu yang Dia dah sediakan... dan tetapkan...


p.s: life in overseas would be exciting... but it would be nothing... if it's not life changing... (somewhere, 2010)


Winter Trip 2009.... exciting... Winter Trip 2010... ??? TBC...

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan...





Mempamerkan perasaan diri atau menyembunyikan... Mungkin pilihan kedua itu jauh lebih baik.


Sahabat... Pertanyaan semalam... Saya dah ada keputusan... Cuma belum masanya lagi untuk bercerita...


Sering mendengar... iman tu ada naik turunnya...


Angan-angan adalah peluang Si Syaitan mencucuk jarumnya...


~Pengembaraan mencari Siti Zulaikha~



Berhenti seketika...

Menyingkap kembali.... Bertanya pada diri sendiri...

Mengapa saya mula-mula menulis???

Untuk mengingatkan diri yang lupa dan alpa... Untuk menyedarkan diri yang dah lama tidur... Untuk mengetuk pintu-pintu hati yang tertutup... Untuk menyuluh laluan yang suram dan gelap... Untuk melangkah di jalan-jalan mendekati Yang Maha Esa... Untuk berkongsi setiap kesalahan diri supaya tak terulang...

Tapi saya tetap manusia biasa... Tetap melakukan kesilapan.. Tetap jua membiarkan titik-titik hitam itu kembali merebak dalam jiwa... Disebabkan Dzatiyah diri yang rapuh...

Akan berhenti berbicara buat seketika... Untuk kembali mencari jejak-jejak yang dimulakan... Kerana takut tergelincir dari matlamat... Bila jauh daripadaNya... Itulah punca hati yang tak tenteram...

Sahabat... Diri mahu berbicara denganmu... Meluahkan kesalahan diri... Menceritakan kegelisahan hati... Tapi tak pasti bagaimana mahu mulakannya... Tak pasti di mana sekatan yang ada untuk bercerita... Atau mungkin kah pendengar terbaik adalah Dia... mungkin...

Nape post 2 kali

Dear fwens...

Nape nak post 2 kali.. Sebab tengah rasa serabut.. Perasaan yang tak tenang.. Resah.. Ini kah maksudnya jahiliah pada diri masih ada.. Betul kot.. Setapak menuju tarbiyah... Lagi kuat rasanya tarikan musuh Allah.. Iblis durjana.. Pegi men jauh2.. Shuh.. Benci perasaan macam ni.. Tunjukkan diri masih belum kuat.. Belum kuat luaran dan dalaman.. Niat tetapkan..

Sahabat.. peganglah aku.. sebab hati yang lemah ni sangat rapuh.. rapuh akan kehendak duniawi.. walaupun yang cuba dikejar adalah cinta hakiki.. daripada Sang Pencinta yang abadi..

Serabutnya...

...sendiri... ~2~

I was so far from You
Yet to me You were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from You

Ooooo Allah, You brought me home
I thank You with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah


I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked You once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to You
Until I took the first step
And that's when You opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from You

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank You
I wanna thank You for all the things that You've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did You give me hope

O Allah, I wanna thank You
I wanna thank You for all the things that You've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله



Kali ni hati rasa betul2 mantap... nekad... tapi patut tunggu dulu ke sampai benar2 pasti?? Tapi... kalau tunggu lagi, sampai bila???

Orang lain yakin... tapi diri sendiri yang agak ragu2... Ragu dengan hati yang tak pasti bagaimana isinya... Sebab diri bukan se---- itu...

Betulkan niat dulu... kerana Dia...

Keinginan itu... belum sampai masanya... walaupun rasa dah cukup bersedia... Only He knows the best...