Kisah silam seorang daie

Salam ukhuwwah...



"Kalau kita jahat, boleh tak kita jadi seorang daie?" (Seseorang, 2010)



Macam tu la lebih kurangnya pertanyaan seorang adik dalam satu program. Tersenyum saya bila mana mendengar persoalan tu. Tersenyum bukan atas sebab soalan yang ditanyakan. Tapi tersenyum bilamana melihat adik tersebut, bagai melihat diri sendiri setahun yang lalu, bertanyakan soalan yang lebih kurang sama lah maksudnya kepada seorang murabbi. Persoalan yang sama jugak berlegar-legar di ruang hati pada awal tahun ni. Persoalan yang sebenarnya dah ada jawapan di depan mata, cuma kita manusia ni sukakan kepastian, untuk menambahkan keyakinan.



Entry kali ni, untuk adik-beradik usrah, ada la kaitannya dengan tazkirah yang saya bagi minggu lepas, cuma penerangannya sedikit berbeza. Tak mampu nak meluahkan melalui kata-kata. Segan, kekok. Mungkin bila menulis, lebih tenang, lebih mudah untuk meluahkan bicara yang tersimpan... =)



~Keaiban yang ditutup Allah~


Kita hanyalah manusia biasa. Yang tak pernah sekali-kali terlepas dari melakukan kesilapan. Kita bukan seorang Nabi. Yang mana Allah utuskan Jibril a.s untuk mengeluarkan segumpal darah dari dalam hati baginda yang merupakan bahagian tempat syaitan bersarang (Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a).


Jadi, takkan sekali-kali kita mampu untuk mengelakkan diri daripada kekhilafan. Tapi, ada jugak sebahagian hambaNya yang sentiasa berada di bawah peliharaanNya. Mungkin untungnya dia, dilahirkan dalam keluarga yang dah menyediakan bi'ah solehah. Cemburu. Tapi, tu bukan bermakna kita boleh menjadikan itu sebagai satu alasan dan jugak jangan sesekali menyalahkan takdir Illahi. Bukan ke iman itu takkan boleh diwarisi. Jika bukan kita sendiri yang memelihara... dan mencari.


Mencari... Teringat kata-kata seorang sahabat. Islam itu adalah untuk mereka yang mencari. Mencari kebenaran. Mencari ketenangan. Setuju atau tidak. Bila berada dalam tarbiyyah inilah baru terasa satu ketenangan yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Takkan boleh diceritakan betapa manisnya ketenangan dalam tarbiyyah kalau bukan diri-sendiri yang merasai. Satu ketenangan yang dah lama di cari. Dulu, hidup terasa sangat tertekan, sentiasa berada di bawah... bila mana manusia suka mengambil setiap benda atas ukuran dunia. Kecantikkan, kesenangan, keseronokkan, hiburan... Kegembiraan duniawi semata-mata. Sekarang, kita pandang setiap perkara mengikut neraca Ilahi. Syukurlah kita yang terpilih untuk ditarbiyyahkan. Bila dah berada dalam gerabak, sasaran seterusnya... Halawatul Iman~ Kemanisan Iman...


Hehe... Baik. Dah lari sikit daripada point sebenar yang nak ditulis. Maaf.. =)


Percaya atau tidak... Setiap daie ada kisah tersendiri... Sama la jugak dengan kita. Setiap daripada kita akan ada episod-episod silam yang tersendiri. Episod-episod yang mungkin memalit kotoran dalam kenangan, dalam memori. Episod-episod yang takkan sesekali kita nak orang lain tahu. Episod-episod yang mungkin menyakitkan hati bila dikenang. Episod-episod yang mungkin melemahkan semangat untuk berjuang. Episod-episod yang mungkin menggentarkan hati untuk terus melangkah ke hadapan.


Kalau episod-episod itu bagaikan document dalam computer. Senang. Select, delete, empty recycle bin. Tapi, hakikat hidup taklah semudah tu...


Kita sedar. Kita tahu akan hakikat itu. Tapi, yakinlah. Allah MAHA MENGETAHUI... Maha Mengetahui akan hakikat bahawa manusia itu penuh kekhilafan. Kadang-kadang ada yang tergelincir daripada perjalanan kehidupan. Disebabkan itulah... ~Keaiban itu ditutup oleh Allah~ Orang lain takkan tahu kalau bukan kita yang bercerita. Tapi, Allah pun tak suka kita menceritakan aib aka dosa sendiri kepada orang lain. Yang kecil, mahupun besar.



Dari Abu Hurairah r.a berkata, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antaranya adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutup aibnya. Ia berkata, "Wahai Fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya tetapi paginya ia membuka aibnya sendiri yang ditutupi oleh Allah." ( HR Bukhari & Muslim)



Hikmah Allah tutupkan aib kita? Di sinilah datangnya satu perkataan yang kita semua sedar dan tahu. TAUBAT. Dia membuka pintu taubat seluas-luasnya untuk mereka yang mencari, meminta. Untuk kita kembali kepadaNya. Mudah untuk difahami. Tapi, berapa ramai yang benar-benar terketuk hati dengan kasih-sayang Allah ni? Tepuk dada, tanya iman.



Sahabat. Saya sendiripun baru tersedar. Dah tiada alasan untuk kita menolak ruang, peluang, di jalan ini. Jalan yang terbuka luas untuk melatih diri, menyiapkan diri untuk menjadi seorang murabbi. Tiada kata mustahil. Dia dah janjikan yang terbaik jika kita betul-betul bermujahadah menginginkannya...



.:Cahaya Kemegahan:. ~Moga untuk Islam~


Bukan seorang daie...

Belum layak sebagai daie...

Sedang berusaha menjadi daie...

Pastikan akhirnya adalah seorang daei... insyaAllah...



....................................................................................................


Shaffix- Secara


Jauh... sudahku mengembara


Banyak... ku lihat peristiwa


Yang tenggelam terhanyut nista


Yang termendap di laut dosa...

Juga... telinga pun bersaksi


Cinta... Mu suatu misteri


Kau angkatkan indah cahaya


Kau balut segala luka dosa


Secara tiba-tiba Engkau ada


Mengubah jalan hidup seorang hamba


Yang telah kau pilih


Untuk dapatkan hidayah


Secara sungguh-sungguh Kau tunjukkan


Maha kasihMu kepada seluruh insan


Dalam pencarian kembali ke pangkuan


Tuhan...



p.s: okeh... dah dekat pukul 3!!! Kelas2!! Haih~ suka la gi kelas lambat nih.. =)


5 Response to "Kisah silam seorang daie"

  1. Anonymous Says:
    September 22, 2010 at 1:41 PM

    hehhe
    sebenarnya saya nak tanya, mcm mana seseorang yang ada background yg cam tak best tu boleh menjadi daie. apa caranya? sebab mesti nanti orang akan cakap2 kelemahan seseorg..
    tapi tersalah tanya boleh ke tak.habis kena gelak,hahahaha. hehe XD
    but i know now, kalau kita pelihara agama-Nya, ALLAH akan pelihara kita XD
    teruskan bermujahadah... *smiling*

  2. miashaf says:
    September 22, 2010 at 4:08 PM

    but I guess, that's the perfect time for the question. Kadang-kadang kita tak pernah terfikir such answer (like the one given by ustaz).

    Anyhow, kita boleh je bina diri kita sikit2, di sambil mengajarkan pada orang lain apa yang kita dah tahu.

    Kalau nak tunggu sampai kita tahu banyak benda sampai ditaraf ustaz-ustazah, sampai mati pun kita takkan jadi da'ie-da'iyah.

    Ruginya kita. Banyak pahala orang yang lakukan dakwah ni.

    Umar al-Faruq ambil masa 8 tahun untuk hafal al-Baqarah. Satu tempoh yang sangat lama utk seorang Arab. Sedang beliau tidak akan mengahafal ayat berikutnya selagi dia x mengamalkan apa yang telah dihafal.

    Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
    Ilmu tanpa amal ibarat pokok tiada buah.

  3. Nurul Fakhriah Ramli says:
    September 22, 2010 at 6:01 PM

    Salam...

    To Adik Anon... =) Setuju dengan Shafnah. Memang tu adalah waktu yang terbaik kot untuk tanya soalan tu. Bukan semua orang Allah bagi kekuatan untuk tanya soalan macam tu. Syukran... Kalau bukan sebab soalan tu, kita takkan dapat dengar jawapan yang best dari ustaz kan... =)

    Betul... Tak dapat tidak. kita takkan dapat tutup mulut semua orang untuk cakap benda yang tak best pasal "kita" yang dulu. Tapi, ada hikmahnya kita ada background yang kureng best nih.

    Sebabnya, masa silam tu kan satu pengajaran. Masa silam pun boleh kita manfaatkan sebagai wasilah dalam tarbiyyah dan dakwah. Pengajaran kepada kita untuk tak ulang kesilapan yang sama. Dan sebagai pengajaran yang kita boleh sampaikan kepada mad'u kita untuk tak buat benda yang sama.

    Dan jugak, bila kita berubah, orang lain boleh nampak kesan-kesan tarbiyyah tu. Manisnya, indahnya. Jadi, secara tak langsung, kita boleh tunjukkan yang bukan mustahil seseorang tu boleh berubah... dengan tarbiyyah.

    Shafnah: jazakillah khayr atas peringatan. Betul, sikit-sikit... lama-lama insyaAllah akan mampu membina bukit yang jadi pemangkin dan pengukuh kepada Bumi... =)

  4. Anonymous Says:
    September 23, 2010 at 8:25 AM

    actually, i was keeping the question for so long...masa ust halim bg daurah sirah hari tu lg saya nak tanya tapi tak tertanya2 juga. alhamdulillah, akhirnya terkeluar juga soalan tu walaupun salah kata kunci soalan..
    and i have so many questionss yg nk tnya..tunggu masa yg ssuai jaa....haihh, byk cakap sgt saya ni, ptut dikurangkan...

    owh ya, pasal org bercakap2 tu, saya rasa mcm lantaklah diorg nak cakap apa. sebab jalan dakwah ni bukan jalan yg ditaburi bunga2 indah..and dorg pun tak faham pasal kita. biasalah, salah faham memang akan timbulkan "salah faham" yg tak best. heheh.
    so, saya rasa, as we go on, sebenarnya lgi byk dugaan yg kita akan hadapi, jom bersiap sedia!!

    akak2, sebelum balik ke malaysia ni, jom kita ramai2 kuar makan..heeeee, rindu pulak.

  5. Norain MT says:
    September 24, 2010 at 8:18 PM

    Salam alayk.

    Saya setuju. Tak payah pedulikan. Saya kenal seorang kawan yang boleh kira peribadi baik, apabila menegur masih dihina lagi. Saya rasa macam "Nak apa lagi kau?" Manusia memang ego. Kalau mereka dengar dan tolak, sebenarnya bukan sebab mereka tak tahu kebenaran tapi kerana mereka terlalu ego untuk mengaku kesalahan. Tinggal kita sebagai daie dan daieah ini untuk menjadi sabar dan memahami dengan mad'u.