Masa: 8.47 am
Pukul 9 ada kelas. Jap je lagi... hehe... malas nak masuk awal2. bukan best student pun..=p
Buat sahabat...
Alhamdulillah.. semalam berlangsungnya Iftar Perdana & Malam Kemerdekaan 2010- Adelaide. Alhamdulillah... segala yang dirancang dapat dilaksanakan... Tu kesimpulan keseluruhan...
Perkara di belakang tabir...
Semalam saya diperlihatkan dengan pelbagai perilaku manusia, pelbagai peristiwa, pelbagai pengakhiran. Teringat kata-kata seorang daie bila saya katakan yang saya mahu menjadi matang. Tapi bila di ucap kata-kata ni pada sahabat2, kadang2 ada yang tersenyum. Yang gelak pun ada jugak. Haih~~~ hehe... xpe2..Mungkin kematangan perilaku tu lambat sikit la.. hehe... tapi saya kan dah matang! =p
Tapi kematangan yang di cari adalah kematangan fikiran... Kematangan tindakan... Dan untuk mencarinya adalah dengan "berfikir tentang ummat...mengambil berat perihal ummat". Tu kata2 akhawat yang saya pegang. Dan saya tambahkan dengan, untuk menjadi matang adalah dengan berada di jalan ni. Jalan dakwah ini.
Semalam...
Orang ramai hanya nampak luaran. Tapi banyak benda yang berlaku di sebaliknya. Buat sahabat-sahabat. Semalam adalah ujian... Setiap daripada kita ada ujian yang tersendiri. Pentarbiyahan yang Allah berikan untuk mematangkan kita. Menguatkan kita untuk terus berada di jalan ni. Kerana jika benar fikrah yang kita pegang... Ombak yang lebih kuat akan tiba untuk menguji jiwa-jiwa yang inginkan kemenangan Islam...Memimpin alam sejagat...
Sahabat-sahabat...
Walau sekuat mana pun ombak yang datang... Sedar atau tidak.. Akhirnya pertolongan Allah tu tetap tiba di penghujung nya... Semalam membuktikan segalanya... Betul tak? =)
Okeh... dah lambat!!!! Nak tulis panjang lagi.. tak sempat!!! huu..
Last but not least...
Buat sahabat...
Kita perlu lebih tenang... Perlu lebih kuat... Perlu lebih tabah...
Kerana kita adalah akhawat...
Tamat: 9.05 am
0 Response to "Kerana kita adalah akhawat..."
Post a Comment