Adelaide, Diri, dan Kereta

Dear fwens...

"Kadang-kadang ujian tu datang dari arah yang tak disangka-sangka..."

Asyik teringat je ayat ni bila "kejadian" semalam terjadi. Di saat orang lain sedang bermujahadah untuk menduduki exam, saya yang tengah bercuti ni mula la mencari "kerja2" tambahan untuk mengisi masa lapang yang dah memasuki minggu kedua ni. Risau... Masa lapang tu kan boleh membunuh iman. Setuju sangat2 dengan kata-kata ni.

Pendekkan cerita.. Di waktu pagi yang suam-suam kuku semalam... Untuk melaksanakan amanah yang diberi, bawaklah kereta dari Widad keluar ke North East Road. Destinasi tujuan= Campbelltown. Saya tahu ada "sesuatu" yang kena saya settlekan dgn kereta ni. Tapi, hati ni kata, sempat kot... InsyaAllah... Pastu bila masuk je OG Road... Okey, kereta dah mula perlahan, enjin mula mati.... Nasib baik sempat parking kat tepi jalan betul2 sebelum masuk Maple Ave.

Sebelum ni, kalau kereta buat hal, mesti rasa gelabah. Tapi, kali ni sebab tahu "punca" nya.. Okey... relaks2.. Tapi, camne nak buat ni.. Nak mintak tolong.. Tapi kat sape? Kanak2 Evandale: keje.. Widadians: Exam.. Bromptonians: Exam + keje.. Sahabat2 lain: Exam, keje, masuk lab, uruskan tikus2.. Pegang je handset tu... Jadi sape yang tinggal? Saya... dan Dia...

Mula la berfikir2 apa yang nak dan boleh buat sekarang. Tapi hati terdetik, macam pernah nampak stesen minyak kat OG Road ni.. Tapi bila tengok diri sendiri... malu nye nak keluar kereta macam ni.. Tapi, pape lah kan.. Bukan nya ada orang nak tengok pun saya ni. Whateva---> refer pada video... hehe..





Bila dah jalan sikit tuh... nampak la 2 stesen minyak!! Alhamdulillah... Mulakan misi.. sampai2 kena cari tong minyak.. emm... $15!!! Mak aaih.. mahalnyer~~ dah la tengah takde wit nih.. tengah dalam misi penjimatan... Tapi, tu la.. harta dunia.. Bila-bila je Allah boleh tarik... Antara rela dan tidak.. beli la jugak + isi minyak $5.

Jalan balik ke kereta. Pakcik makcik dalam kereta yang tengah tunggu traffic light kat depan tu sume dah pandang2.. Atau perasaan saya je... Tolonglah jangan perasan.. okey... Whateva... huhu..

Halangan kedua...(panjang la plak) Macam mana nak isi minyak masuk dalam kereta??!!! Adoyai... nampak botol mineral kecik dalam kereta.. Boleh kot ni.. Cuba la transfer minyak dari tong ke botol... FAIL!! berapa titik je yang masuk.. yang lain tumpah kat bawah.. Huhu.. Habis kena skirt.. =( Minyak pun membazir..

Duduk jap kat tepi tu... camne nak buat.. Nasib bek tuan rumah depan ni tak keluar.. Takut jugak kalau dia marah parking depan pintu pagar ni.. Tambah lagi malu... Whateva..

Saya tenung je kat tong minyak tu... Tiba-tiba macam ternampak sesuatu yang menarik kat dalam lubang tong tu.. Macam boleh tarik keluar ni.. Rupanya tong minyak tu memang ada sekali "alat" untuk tuang ke dalam tangki minyak!! (Memang ada ek... tak pernah guna pun sebelum ni..tak tahu~~ (*~*)

Alhamdulillah... dah setel... Teruskan perjalanan menuju ke 3 destinasi tujuan..

Okeh... tamat....

Tapi.. Apa yang nak saya sampaikan dengan entry ni ek.. Bukan cerita kosong semata-mata...

Betullah kata-kata seorang sahabat...
" You never know how strong you are... Until being strong is the only choice you have"

Kalau saya yang "dulu"... Mungkin lain pengakhirannya... Macam yang jadi tahun lepas... Bila perkara macam ni terjadi... dan saya hanya bersendirian... First thing: nangis dulu.. Second: Telefon seseorang tanpa fikirkan apa yang orang tu tengah buat... Kalau kat Malaysia... wajib la.. Abah, Ma, Abg Yo atau Kak Da..

Lupa satu hakikat sebenar... Bahawa tiap-tiap detik, kita takkan pernah bersendirian... Sebab Dia Maha Melihat... Maha Melindungi... Maha Mendengar... Maha Penyayang... yang takkan pernah biarkan hambaNya menangis...

Tapi... Dari mana kekuatan ni datang... Tak lain tak bukan... Adelaide... Dalam tempoh setahun setengah ni... Betul-betul mengajar diri untuk menjadi matang... Betul-betul mendidik jiwa yang rapuh untuk menjadi lebih kuat... Betul-betul membuka mata akan hakikat pergantungan hanya lah kepada cinta yang hakiki... Yang sentiasa berada di sisi tiap-tiap detik... Yang sentiasa mengingati kita.. Cuma kita yang kadang-kadang alpa dan lupa akan kehadiranNya...

Terima kasih Ya Allah... kerana memilih diri ini... daripada kalangan hamba-hambaMu yang lain... untuk merasa secebis nikmat... "mengenali" Mu sekali lagi...

~Cukuplah Allah sebagai pelindung~


p.s: pesanan buat diri-sendiri... lain kali kalau minyak tinggal 1 bar, pandai-pandai la pegi isi minyak yerk... =)


Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Kerna kemurahan-Mu
Kerna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa-jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

7 Response to "Adelaide, Diri, dan Kereta"

  1. taa says:
    June 24, 2010 at 9:48 AM

    Pengalaman dan kepayahan mengajar erti sebenar kekuatan... Tahniah berjaya lepas satu ujian kecil dunia.. :P

  2. Nurul Fakhriah Ramli says:
    June 24, 2010 at 6:04 PM

    hehe... betul3.. tq ziera.. =)

  3. Bandu says:
    June 24, 2010 at 9:16 PM

    tahniah berjaya menemui rahsia bgmana mengisi minyak menggunakan botol portable or whateva they call it..:D
    kesian skirt tu mandi minyak keta..hehe..

    i'm so envious of you.

  4. Nurul Fakhriah Ramli says:
    June 25, 2010 at 6:32 AM

    hehe... tu la.. ade rahsia terpendam rupanya tong tu..alhamdulillah.. ada hikmah jgk la kejadian ni kn.. kalau tak, smpai bila pn xtahu cmne nk guna..

    emm.. jeles? awat nak jeles plak..xkn minyak kete akak hbs tgah jln pn nk jeles kot.. =)

  5. Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi says:
    June 25, 2010 at 11:17 AM

    Salam kepada pemilik blog,

    Saya sekadar nak kongsi pautan blog 'alim 'ulama, moga dapat beri manfaat dan penyegaran ruh (sebab saya sendiri selalu ziarah laman ini)

    http://www.majelisrasulullah.org/index.php

    http://ysofakl.blogspot.com/

    http://nazrulnasir.blogspot.com/

  6. NF Says:
    June 26, 2010 at 3:29 PM

    "Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.Apakah pantas Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui?Dan Dia Mahahalus, Maha Mengetahui."
    (Al-Mulk: 13-14)

    HE knows the best!
    ciannye akak tyme tu...=(

  7. Nurul Fakhriah Ramli says:
    June 27, 2010 at 5:12 AM

    Al-Faqir Mohd Ikhwan Ahmad Zhaki: jzkk atas perkongsian... InsyaAllah, ana ziarah...moga bermanfaat buat diri dan iman..

    NF: =) No worries dear... Akak xde la nak kata suka kena macam tu kan.. Tapi, bila dah jadi, maknanya Allah masih memandang hamba yang hina macam akak ni.. And this is what I love about it.. Yes... HE definitely knows the best..