Ramadhan dtg lagi..for me, dis is just d perfect timing.....dua tiga menjak nih..byk bnd yg buat kn dri ini b'pkir..b'pkir tntg byk bnd..b'pkir tntg dri sndri dr dlu smpai skrg..b'pkir tntg ape yg prnah dilakukn..b'pkir tntg kesilapan lalu..b'pkir tntg kebodohan dri sndri..ku mohon ampun Ya Allah..tp ad kslahan yg t'lalu bsar yg xkn mampu diri ini lupakn..malu utk b'dpan dgn pencipta yg Maha Esa..krana xm'punyai kekuatan utk melawan dugaan..tp bila aku nk memilih jlnMu..dugaan tu bgitu besar..dugaan dr syaitan..dugaan dr sekeliling..dugaan dr agen2 yg Kau laknatkn..moga aku ckup kesbarn..utk m'ddik dri ini..semoga di Ramadhan kali ini......
Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikankebaikannya sesungguhnya dia rugi.” (Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)
Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.....
Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]
"Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga org yg berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus." (Hadis Riwayat Saidatina Aisyah R.A)
“ Rasulullah (saw) menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan, tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.” (hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Menurut Abdulah bin Umar (ra), Nabi (saw) bersabda: “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari qiamat. Berkata puasa: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu”. Dan berkata pula al-Quran: “ Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu”. Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.” (hadis riwayat Ahmad)
0 Response to "Ahlan Wasahlan ya Ramadhan"
Post a Comment