Erti Sebuah Kemerdekaan

dear fwens...

ari ni ade test..mcbt..kl nk kate..50-50 la..dh ade yg slah dh..tp tu yg saya usaha kn...kne tawakal n redha la ngn pe2 kptusan pn..huu..esk ad 1 lg paper..AP..dh pnatttt sgt kpale otak nih..nk stdy ptg td pn xmmpu sgt..last2 t'tdo atas meja stdy..bgn2 dh skit pggang dh..huhu..adeh...pape pn mlm ni kene all out..xyah tdo pn xpe..hbs je paper esk..huuu...my beloved bed..i'll luv u foreva n eva..hehe...

em..td time nk tulis date kat paper exam tuh..emm..31/8/09.. tiba2 rse familiar ngn tarikh nih..ape yerk...mmmm...ooo...merdeka..trikh kemerdekaan ngara kte..MALAYSIA..sdar xsdar dh 52 taun kte merdeka..dr tgn sume p'jajah2 yg dh sbb kn t'tumpah nya drah pjuang2 kemerdekaan kte...

merdeka..satu term yg dlunya xbg impak yg sgt bsar utk saya..sbb xpnah rse p'bezaan stat lhir smpai skrg..dgn kata len saya dh mmg dduk kat comfort zone..tp, ble m'jejak kn kaki kat bumi Adelaide nih...jauh dr M'sia, saya bukak mata n dpt lihat erti kemerdekaan bkn ats nama saje..merdeka ke kte bile pembunuhan berlaku sana sini..merdeka ke kte bile p'gaduhan antara lain2 kaum sentiasa berlaku..merdeka ke kte kl gaya hdup yg kte amalkan sme ngan kehidupan org2 yg dlunya pernah menjajah kte???

mmm..secara zahirnya, mgkin kte merdeka..tp penjajah2 tu ttp jgak menjajah hati kte..rohani kte..mcm mne kte nk lari dri sume ni?? hanya satu jalan..kembali pada Yang Maha Esa...

..........................................................................................................................................................................
Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam terkandung di dalam kata-kata Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:


الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

p.s: jgn lupakan kesengsaraan saudara-saudara Islam kita..Palestin..aku sayang padamu....

~bila hati terusik lagi~

cerita sekeping hati..

ku datang dengan tekad yang tinggi..
niat yang suci..
walau sibuk dengan tanggungjawab yang berhimpun..
untuk mengisi titian kehidupan ku..
kekosongan..
yang dulunya diisi dengan keseronokan yang mengalpakan..
walaupun ku sedar akan hakikat sebenar..
kaca dan permata..

duhai hati..
ku sedar akan kewujudan mu..
dan hakikat kejadianmu..
yang lembut jika disentuh..
yang mudah koyak jika dilukakan..

wahai hati..
selalu ku titipkan pesan padamu..
kebalkan dirimu..
ingat janji-janji mu..
jika kau melukakan..
kau pun akan terluka..

jadi hati..
bersabar lah menerima takdir Ilahi..
untuk menebus kesilapan lalu..
jika mata ku membuatkan kau bergetar..
akan ku tutupkan pandangan ku..
jika suara ku dijadikan tarikan..
akan ku sibuk kan dengan lafaz istighfar..
demi untuk menjaga dirimu..
moga kau tidak terusik lagi~

Bila kejayaan di dunia lebih di utamakan..

Pemain bola sepak Mesir dikecualikan berpuasa

KAHERAH - Institusi agama terbaik Mesir, Dar al-Ifta mengecualikan pasukan bola sepak kebangsaan negara itu daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan antarabangsa, kata pegawai institusi tersebut.

Namun begitu, pemain-pemain bola sepak tersebut enggan berbuat demikian meskipun telah diberi kelonggaran.

Fatwa itu dibuat bagi memberi keselesaan kepada pemain menjelang Kejohanan Remaja Dunia di Mesir.

Kejohanan antarabangsa itu dijadualkan bermula 23 September ini iaitu selepas beberapa hari berakhirnya bulan Ramadan.

Keputusan yang diambil oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada beberapa buah negara yang tidak mahu bertolak ansur dalam isu ponteng puasa.

Dar al-Ifta yang merupakan institusi keagamaan negara tersebut telah menjelaskan peraturan agama mengenai hukum berpuasa dan isu berhubung fatwa tersebut dengan 'membenarkan pemain-pemain untuk berbuka puasa'.

Oleh demikian, amalan berpuasa tersebut tidak akan mengganggu sesi latihan yang dilakukan untuk menghadapi kejohanan bawah 20 itu, kata jurucakap Persatuan Bola Sepak Mesir, Alaa Abdel Aziz.

"Namun begitu, pemain-pemain telah bertindak menolak kelonggaran tersebut. Mereka berkeras untuk meneruskan puasa," kata Alaa.

Dar al-Ifta mengesahkan perkara tersebut telah menimbulkan isu dan menjelaskan bahawa, seseorang pemain itu terikat dengan kontrak bersama kelab mereka dan harus memenuhi tugasnya sebagai pemain.

Jelas institusi itu lagi, jika kerja itu adalah sumber kepada pendapatan mereka dan harus terlibat dengan perlawanan ketika bulan Ramadan, puasa akan memberi kesan kepada tahap prestasi mereka.

Oleh sebab itu, pemain-pemain dibenarkan untuk berbuka puasa, kata jurucakap Dar al-Ifta, Ibrahim Nigm.

Pandangan ulama turut menyatakan bahawa setiap pekerja yang melakukan kerja sukar dan boleh menjadi lemah kerana kesan berpuasa, golongan itu dibenarkan untuk berbuka, kata Ibrahim lagi.

Namun begitu, fatwa yang dikeluarkan oleh institusi tersebut telah menimbulkan kemarahan kepada Barisan Cendekiawan Al Azhar, kumpulan pemikir dasar Islam.

Kumpulan itu menyatakan: "Bermain adalah bermain. Ia bukan daripada bahagian kehidupan yang penting dan membolehkan golongan itu berbuka di bulan Ramadan," katanya. - AFP

Semoga Ramadhan ini..

emm..semlm ad Kembara Ilmu-Impak Maksima..rsenye semlm adlah 1 bukti dri ni msih mentah imannya..msih cetek kesbrannya..semlm kl nk ckp mmg nsib malang..dh jatuh d timpa tgga..tp ble pkir2 blik..Ya Allah..adkah itu 1 dugaan yg kau trunkn utk hamba Mu yg hina ini?? semlm ble hbs klas..g anta ayu ngn hajar blik amek kete dyorg..pas2 blik la sorg2 nk g U blik..ntah cmne loklak sgt..slap amek jln..dh la sorg2..dkat mgrb lak tu..xtau dh drive smpai kat ne ntah..bru t'sdar ni bkn jln nk g city..ati cuak..btol2 nk nangis time tu (dh nangis pon..cengeng..)..pas2 stop kat 1 tmpat..try bkak map..tp xtau nme jln tu ape..jd bkak map pn xde gne jgk..kol ayu xpat..Ya Allah..Tuhan je yg tau btapa tkutnya time tu..pastu mmg dh tawakal nk try ptah blik..wlaupn xbrape ingt la jln td..pas2 nmpak sign board Ogy Road..mcm pnah dgr..pastu benti kete jap..trus bkak map..Ya Allah..Engkau Maha Penyayang..bg dri ini 1 panduan d kala dri ini btol2 kebuntuan..alhamdulillah..dpt blik ke city...smpai kat Uni..yg d tmpa tgganya sbb blh x..abah kol..nk g agkat fon, kuar la dr blik KI tuh..bleh x, t'sadung!!! M.A.L.U..Tuhan je yg tau prasaan tuh..cover2..haha...nsib bek xjtuh t'golek..huu..

emm..tp tba2 ble pkir blik psal sst tuh..saya pn xtau..Allah nk bgtau ssuatu ke?? sbb kte kne b'sgka bek kat Allah..em..ni mcm rentetan hdup saya..jln ke paynhem btol..ad guide..ayu..(kat skolah dlu leh t'jge dri sbb ad fmily,cikgu2 yg sntiasa mnemani) pas2 nk blik sndri ke city b'gntung kat dri sndri je..guide dh xde..tp..sbb xckup kuat sorg dri..sst..tau jln..tp leka..lupa..alpa..buat kn dri ni sesat..jauuuhhh..hilang arah..ble d saat nk b'ptus asa..ad ilham dlm dri ni utk cuba ptah blik ke tmpat mula2 sesat td..nk cuba crik jln pulang..d tgah2 p'jlanan kte nk tuju ke tmpat asal..nmpak Ogy Road tu..(dpt bntuan..saudara2..senior2..sahabat2..mar..yg nk bntu saya kembali) ..ad map..ble dh nmpak tnda jln..map kasi panduan sbnar utk blik ke city..(Al-Quran dan Sunnah)

Subhanallah..indahnya petunjukMu utk dri yg lemah ni..dan akhirnya alhamdulillah..smpai ke Uni..tp ujian x b'akhir kat c2..xjmpe tmpat parking...lme kat c2..tp asek t'slah parking je kat tmpt yg xleh parking..wlaupn dh smpai ke tmpt yg nk d tuju..ujian tu ttp ad..utk uji kesabaran n keimanan dlm dri..kene blajar sbar lagi..sbb kata mar..sbar tu xde limit..Ya Allah..moga dri ini makin kuat lg..

dan Ramadhan ni adalah satu permulaan..amin.....

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan







Ramadhan dtg lagi..for me, dis is just d perfect timing.....dua tiga menjak nih..byk bnd yg buat kn dri ini b'pkir..b'pkir tntg byk bnd..b'pkir tntg dri sndri dr dlu smpai skrg..b'pkir tntg ape yg prnah dilakukn..b'pkir tntg kesilapan lalu..b'pkir tntg kebodohan dri sndri..ku mohon ampun Ya Allah..tp ad kslahan yg t'lalu bsar yg xkn mampu diri ini lupakn..malu utk b'dpan dgn pencipta yg Maha Esa..krana xm'punyai kekuatan utk melawan dugaan..tp bila aku nk memilih jlnMu..dugaan tu bgitu besar..dugaan dr syaitan..dugaan dr sekeliling..dugaan dr agen2 yg Kau laknatkn..moga aku ckup kesbarn..utk m'ddik dri ini..semoga di Ramadhan kali ini......




Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.


“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikankebaikannya sesungguhnya dia rugi.” (Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)


Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.....

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya.
[Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]


"Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga org yg berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus." (Hadis Riwayat Saidatina Aisyah R.A)


“ Rasulullah (saw) menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan, tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.” (hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


Menurut Abdulah bin Umar (ra), Nabi (saw) bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari qiamat. Berkata puasa: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu”. Dan berkata pula al-Quran: “ Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu”. Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.” (hadis riwayat Ahmad)

lawakkan..

em..e-mail nih..my lil sis yg bg..ble bce tu bt kn dri ni t'pkir..btapa nipis nya iman yg ad dlm dri smpai xnmpak keburukan dunia yg diwarna cntik oleh setan utk kite lalai dgan kehidupan yg hanya sementara nih..ble bce emel tuh, kte pn t'pkir gak..kl situasi tu b'laku kat diri sendiri..stay or lari..hmm...moga Allah kuatkan iman n beri petunjuk..amin..

.......................................................................................................................................................................

kisah yg mencuit hati..mari la baca...

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini… kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…

Bayangkan benda ini berlaku pada anda….. Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempatkamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu… Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Imam mulakan sembahyang Jumaat"…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn
cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…"

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…"

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan hiburan kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ????
Kenapa gelak? tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain…
berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca?

sme2 la kte fikir kn..(pesanan utk sume n diri sendiri)