Salam...
Dah lama mencari waktu untuk menulis... Namun, peruntukkan masa yang ada untuk hal yang lebih penting patut didahulukan...
Dalam tiga minggu ni, banyak yang diperhatikan... didengari... Tapi, diri tak ada kekuatan untuk berkata-kata... Medan berbicara tu bukan milik saya... Yang mampu, hanya ketukan-ketukan keyboard yang menemani diri...
Silence is not an option...
Banyak yang ingin ditegur... Namun, entry sahabat dah mendahului... Alhamdulillah... Nasihat daripada seseorang yang memandang kalian dengan pandangan rahmah...
Entry kali ni... emm.. terdetik hati untuk menulis... kerana baru terima berita yang mengejutkan tengahari tadi... Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan sebenar... Sedih, simpati, bimbang... Cubaan yang amat berat buat seorang rakan... Yang sama-sama memulakan pengajian... Namun, Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatnya... Moga akan ada laluan kejayaan yang lain di tanah air... Moga terus sabar... Kuatkan tekad... Doa memohon daripadaNya... Moga segalanya akan di permudahkan... Amin...
Kaitan berita tu dengan entry kali ni? Zero... hehe...
Okeh... Nak citer sikit... Kata-kata daripada seseorang...
"Kita hantar ke oversea untuk belajar, bukan untuk berdakwah" (Seseorang, 2010)
Betul, saya dibayar "seseorang" sehingga dapat datang ke Adelaide. Kalau nak harapkan duit sendiri... em.. sampai bila-bila pun takkan mampu kot. Ni duit rakyat. Jadi, bila dah habis belajar, kena la berkhidmat untuk rakyat. Duit rakyat tu, termasuk la jugak duit ma dengan abah saya sendiri kan... =)
Tu peringatan orang atasan. Tapi, kena ingat, atas orang atasan, ada lagi "orang atasan" yang lagi tinggi.
"Orang atasan" ni la yang kurniakan rezeki kepada orang atasan, sampai la mampu "menyumbang" kepada pengajian ni. Dan tahu ke apa peringatan "orang atasan" ni, bukan saja kepada orang atasan, tapi termasuk la saya, dan jugak sesiapa saja yang terdetik hati untuk membaca entry kali ni...
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
(Az-Zariyat:56)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah...."
(Al-Imran: 110)
"...Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?..."
(Al-Baqarah: 140)
"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata," Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang menyerah diri)?"
(Fussilat: 33)
Tak nak terang lebih-lebih. Renung ayat-ayat ni dengan mata hati. Kepada yang memahami, alhamdulillah. Kepada yang tak memahami, cuba la untuk fahamkan dengan hati. InsyaAllah, Dia akan membantu memahamkan... Dan kepada mereka yang memilih untuk tak memahami, kamulah orang-orang yang "kami" akan pandang dengan pandangan kasih sayang. Doa lah semoga hati itu bukan sekeras batu. Atau mungkin lebih keras?
"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidak lengah dengan apa yang kamu kerjakan."
(Al-Baqarah: 74)
Kepada yang pernah diberikan peluang mendapat fikrah ni, sambut la. Dan pegang eratlah. Kerana jika kamu memilih untuk melepaskan, kamu lah orang yang paling rugi. Tak nak jadi macam Zuljausyan ad-Dhobabi. Itu kalau masih diberi kesempatan waktu untuk menyertai sekali lagi gerabak dakwah ni. Tapi, kalau Dia terlebih dulu men"jemput pulang", apa jawapan yang mampu kita berikan atas setiap "tugasan" yang diberikan oleh Dia, yang tak kita laksanakan, sedangkan peluang dah sedia ada.
Sama-sama muhasabah balik diri. Ini bukan hanya peringatan untuk orang lain. Tapi peringatan untuk diri-sendiri terutamanya.
Maaf atas setiap kata-kata yang mungkin kurang sesuai. Tapi, silence is not an option...
Emm.. Nak elaborate lagi, tapi keadaan mata yang mengantuk tak mengizinkan... Jadi, sambung lain kali pulak.... insyaAllah...
~Cahaya Kemegahan~ moga untuk Islam...
September 20, 2010 at 1:33 PM
salam akak...
nak jadi org 1st comment..hehe
best2x...like2x...(^_^)
setujul!grab betul2 ble dah dapat sbb hidayah tu bukan datang kalau bukan Dia yang pilih jiwa-jiwa yang Dia kehendaki...
pandangan rahmah buat mereka...
moga hati itu bisa ditaujihkan...
September 20, 2010 at 6:34 PM
salam akak
sukee jugakkk! ^^
semoga kita terus tsabat dijalanNya iA ^^
September 22, 2010 at 6:43 PM
Adik-adik akak.. NF dan Picka: Amin... Moga sama-sama terus tsabat! =)