Jejak-jejak Tarbiyyah dan Dakwah

Salam Ukhuwwah...

MM2010
Deep Creek Conservation Park
25/9/2010-26/9/2010

Menjadi saksi segalanya...

Infiru... fi sabilillah


Tarbiyyah.... Tarbiyyah.... Tarbiyyah....
Peringatan... Tangisan... Kesilapan... Teguran... Kesedaran...
Ukhuwwah... Pengorbanan... Ikatan... Kekuatan...

Tiada kata-kata mampu menceritakan segalanya...
Cukuplah kita yang merasainya sendiri...
Moga jadi satu lonjakan...
Untuk terus ke depan...

5 bekalan + 1 sejarah- Sebagai panduan...
1 malam- Menyimpulkan pengajaran yang panjang...
2 pemerhatian: Sungai dan laut- sebagai kekuatan...
1 pengajaran... Yang mengulang sejarah silam... Sebagai tarbiyyah yang sangat hebat! Untuk kamu berdua... dan kami bersama...

Tanggungjawab dakwah

Ikatan Ukhuwwah

Noda-noda jahiliyyah yang dipecahkan... Jangan sesekali terulang lagi!


Sebuah lagu... Akan sentiasa disemat di hati... Jalan ini... Bukan ditaburi bunga-bunga indah...


"Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Maka Kuasa atas segala sesuatu."
(At-Taubah: 39)

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
(At-Taubah: 41)

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliyyah dahulu, dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
(Al-Ahzab: 33)

Daripada Abu 'Amru, (ada yang mengatakan Abu Amrah), Suffian bin Abdullah al-Thaqafi r.a:
"Aku berkata, Ya Rasulullah, katakanlah kepadaku mengenai Islam dalam satu perkataan dimana aku tidak bertanya kepada sesiapa melainkan engkau (menurut Abu Mua'wiyah dia berkata: sesiapa selepas kamu). Baginda berkata: Beriman dengan Allah kemudian beristiqamah."
(Hadith 21)


Ini bukan sekadar kenangan... Ini jauh lebih indah... Jejak-jejak tarbiyyah dan dakwah...

~Cahaya Kemegahan~ Moga untuk Islam

Kisah silam seorang daie

Salam ukhuwwah...



"Kalau kita jahat, boleh tak kita jadi seorang daie?" (Seseorang, 2010)



Macam tu la lebih kurangnya pertanyaan seorang adik dalam satu program. Tersenyum saya bila mana mendengar persoalan tu. Tersenyum bukan atas sebab soalan yang ditanyakan. Tapi tersenyum bilamana melihat adik tersebut, bagai melihat diri sendiri setahun yang lalu, bertanyakan soalan yang lebih kurang sama lah maksudnya kepada seorang murabbi. Persoalan yang sama jugak berlegar-legar di ruang hati pada awal tahun ni. Persoalan yang sebenarnya dah ada jawapan di depan mata, cuma kita manusia ni sukakan kepastian, untuk menambahkan keyakinan.



Entry kali ni, untuk adik-beradik usrah, ada la kaitannya dengan tazkirah yang saya bagi minggu lepas, cuma penerangannya sedikit berbeza. Tak mampu nak meluahkan melalui kata-kata. Segan, kekok. Mungkin bila menulis, lebih tenang, lebih mudah untuk meluahkan bicara yang tersimpan... =)



~Keaiban yang ditutup Allah~


Kita hanyalah manusia biasa. Yang tak pernah sekali-kali terlepas dari melakukan kesilapan. Kita bukan seorang Nabi. Yang mana Allah utuskan Jibril a.s untuk mengeluarkan segumpal darah dari dalam hati baginda yang merupakan bahagian tempat syaitan bersarang (Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a).


Jadi, takkan sekali-kali kita mampu untuk mengelakkan diri daripada kekhilafan. Tapi, ada jugak sebahagian hambaNya yang sentiasa berada di bawah peliharaanNya. Mungkin untungnya dia, dilahirkan dalam keluarga yang dah menyediakan bi'ah solehah. Cemburu. Tapi, tu bukan bermakna kita boleh menjadikan itu sebagai satu alasan dan jugak jangan sesekali menyalahkan takdir Illahi. Bukan ke iman itu takkan boleh diwarisi. Jika bukan kita sendiri yang memelihara... dan mencari.


Mencari... Teringat kata-kata seorang sahabat. Islam itu adalah untuk mereka yang mencari. Mencari kebenaran. Mencari ketenangan. Setuju atau tidak. Bila berada dalam tarbiyyah inilah baru terasa satu ketenangan yang tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Takkan boleh diceritakan betapa manisnya ketenangan dalam tarbiyyah kalau bukan diri-sendiri yang merasai. Satu ketenangan yang dah lama di cari. Dulu, hidup terasa sangat tertekan, sentiasa berada di bawah... bila mana manusia suka mengambil setiap benda atas ukuran dunia. Kecantikkan, kesenangan, keseronokkan, hiburan... Kegembiraan duniawi semata-mata. Sekarang, kita pandang setiap perkara mengikut neraca Ilahi. Syukurlah kita yang terpilih untuk ditarbiyyahkan. Bila dah berada dalam gerabak, sasaran seterusnya... Halawatul Iman~ Kemanisan Iman...


Hehe... Baik. Dah lari sikit daripada point sebenar yang nak ditulis. Maaf.. =)


Percaya atau tidak... Setiap daie ada kisah tersendiri... Sama la jugak dengan kita. Setiap daripada kita akan ada episod-episod silam yang tersendiri. Episod-episod yang mungkin memalit kotoran dalam kenangan, dalam memori. Episod-episod yang takkan sesekali kita nak orang lain tahu. Episod-episod yang mungkin menyakitkan hati bila dikenang. Episod-episod yang mungkin melemahkan semangat untuk berjuang. Episod-episod yang mungkin menggentarkan hati untuk terus melangkah ke hadapan.


Kalau episod-episod itu bagaikan document dalam computer. Senang. Select, delete, empty recycle bin. Tapi, hakikat hidup taklah semudah tu...


Kita sedar. Kita tahu akan hakikat itu. Tapi, yakinlah. Allah MAHA MENGETAHUI... Maha Mengetahui akan hakikat bahawa manusia itu penuh kekhilafan. Kadang-kadang ada yang tergelincir daripada perjalanan kehidupan. Disebabkan itulah... ~Keaiban itu ditutup oleh Allah~ Orang lain takkan tahu kalau bukan kita yang bercerita. Tapi, Allah pun tak suka kita menceritakan aib aka dosa sendiri kepada orang lain. Yang kecil, mahupun besar.



Dari Abu Hurairah r.a berkata, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antaranya adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutup aibnya. Ia berkata, "Wahai Fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya tetapi paginya ia membuka aibnya sendiri yang ditutupi oleh Allah." ( HR Bukhari & Muslim)



Hikmah Allah tutupkan aib kita? Di sinilah datangnya satu perkataan yang kita semua sedar dan tahu. TAUBAT. Dia membuka pintu taubat seluas-luasnya untuk mereka yang mencari, meminta. Untuk kita kembali kepadaNya. Mudah untuk difahami. Tapi, berapa ramai yang benar-benar terketuk hati dengan kasih-sayang Allah ni? Tepuk dada, tanya iman.



Sahabat. Saya sendiripun baru tersedar. Dah tiada alasan untuk kita menolak ruang, peluang, di jalan ini. Jalan yang terbuka luas untuk melatih diri, menyiapkan diri untuk menjadi seorang murabbi. Tiada kata mustahil. Dia dah janjikan yang terbaik jika kita betul-betul bermujahadah menginginkannya...



.:Cahaya Kemegahan:. ~Moga untuk Islam~


Bukan seorang daie...

Belum layak sebagai daie...

Sedang berusaha menjadi daie...

Pastikan akhirnya adalah seorang daei... insyaAllah...



....................................................................................................


Shaffix- Secara


Jauh... sudahku mengembara


Banyak... ku lihat peristiwa


Yang tenggelam terhanyut nista


Yang termendap di laut dosa...

Juga... telinga pun bersaksi


Cinta... Mu suatu misteri


Kau angkatkan indah cahaya


Kau balut segala luka dosa


Secara tiba-tiba Engkau ada


Mengubah jalan hidup seorang hamba


Yang telah kau pilih


Untuk dapatkan hidayah


Secara sungguh-sungguh Kau tunjukkan


Maha kasihMu kepada seluruh insan


Dalam pencarian kembali ke pangkuan


Tuhan...



p.s: okeh... dah dekat pukul 3!!! Kelas2!! Haih~ suka la gi kelas lambat nih.. =)


Untitled

Salam...

Dah lama mencari waktu untuk menulis... Namun, peruntukkan masa yang ada untuk hal yang lebih penting patut didahulukan...

Dalam tiga minggu ni, banyak yang diperhatikan... didengari... Tapi, diri tak ada kekuatan untuk berkata-kata... Medan berbicara tu bukan milik saya... Yang mampu, hanya ketukan-ketukan keyboard yang menemani diri...

Silence is not an option...

Banyak yang ingin ditegur... Namun, entry sahabat dah mendahului... Alhamdulillah... Nasihat daripada seseorang yang memandang kalian dengan pandangan rahmah...

Entry kali ni... emm.. terdetik hati untuk menulis... kerana baru terima berita yang mengejutkan tengahari tadi... Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan sebenar... Sedih, simpati, bimbang... Cubaan yang amat berat buat seorang rakan... Yang sama-sama memulakan pengajian... Namun, Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatnya... Moga akan ada laluan kejayaan yang lain di tanah air... Moga terus sabar... Kuatkan tekad... Doa memohon daripadaNya... Moga segalanya akan di permudahkan... Amin...

Kaitan berita tu dengan entry kali ni? Zero... hehe...

Okeh... Nak citer sikit... Kata-kata daripada seseorang...

"Kita hantar ke oversea untuk belajar, bukan untuk berdakwah" (Seseorang, 2010)

Betul, saya dibayar "seseorang" sehingga dapat datang ke Adelaide. Kalau nak harapkan duit sendiri... em.. sampai bila-bila pun takkan mampu kot. Ni duit rakyat. Jadi, bila dah habis belajar, kena la berkhidmat untuk rakyat. Duit rakyat tu, termasuk la jugak duit ma dengan abah saya sendiri kan... =)

Tu peringatan orang atasan. Tapi, kena ingat, atas orang atasan, ada lagi "orang atasan" yang lagi tinggi.

"Orang atasan" ni la yang kurniakan rezeki kepada orang atasan, sampai la mampu "menyumbang" kepada pengajian ni. Dan tahu ke apa peringatan "orang atasan" ni, bukan saja kepada orang atasan, tapi termasuk la saya, dan jugak sesiapa saja yang terdetik hati untuk membaca entry kali ni...

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
(Az-Zariyat:56)

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah...."
(Al-Imran: 110)

"...Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?..."
(Al-Baqarah: 140)

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata," Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang menyerah diri)?"
(Fussilat: 33)


Tak nak terang lebih-lebih. Renung ayat-ayat ni dengan mata hati. Kepada yang memahami, alhamdulillah. Kepada yang tak memahami, cuba la untuk fahamkan dengan hati. InsyaAllah, Dia akan membantu memahamkan... Dan kepada mereka yang memilih untuk tak memahami, kamulah orang-orang yang "kami" akan pandang dengan pandangan kasih sayang. Doa lah semoga hati itu bukan sekeras batu. Atau mungkin lebih keras?

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidak lengah dengan apa yang kamu kerjakan."
(Al-Baqarah: 74)

Kepada yang pernah diberikan peluang mendapat fikrah ni, sambut la. Dan pegang eratlah. Kerana jika kamu memilih untuk melepaskan, kamu lah orang yang paling rugi. Tak nak jadi macam Zuljausyan ad-Dhobabi. Itu kalau masih diberi kesempatan waktu untuk menyertai sekali lagi gerabak dakwah ni. Tapi, kalau Dia terlebih dulu men"jemput pulang", apa jawapan yang mampu kita berikan atas setiap "tugasan" yang diberikan oleh Dia, yang tak kita laksanakan, sedangkan peluang dah sedia ada.

Sama-sama muhasabah balik diri. Ini bukan hanya peringatan untuk orang lain. Tapi peringatan untuk diri-sendiri terutamanya.

Maaf atas setiap kata-kata yang mungkin kurang sesuai. Tapi, silence is not an option...

Emm.. Nak elaborate lagi, tapi keadaan mata yang mengantuk tak mengizinkan... Jadi, sambung lain kali pulak.... insyaAllah...


~Cahaya Kemegahan~ moga untuk Islam...

La Tahzan

9.27 am
Salam...

Apa khabar iman dalam diri.. Diharap kan sebasah titis-titis hujan pagi ini...

Haih~ Hari ni rasa macam best student... Kelas pukul 10. Ingatkan kul 9.. Dah la lambat... Bukan men berlari-lari kuar umah, kejar bas, naik lif... Sampai tingkat 7... aik??? kosong??? Mana sume orang? Kol Cik Katie...

Saya: "Katie, kelas kat mana ari ni?" (ceh... cover lg nih... padahal nk tanya, ada kelas ke tak..haha...)

Katie: "la... kat tempat bese la"
Saya: "owh... kul bape ek"
Katie: "cam bese kul 10 la... nape"
Saya: "em... waaaa!!! ingat kan kelas kul 9!!!!"

haha... tuh la... terlebih semangat..nasib bek la kol dalam emergency stair nye tempat.. xde la org dgr sore saya yang comel nih buat bising... haih!

hehe... okeh... tutup cite... tggu la kejap kelas jap lagi...

24 Ramadhan....

Dah hampir ke penghujungnya... Macam mana tahap iman? Meningkat tak? Ke sama? Atau makin menurun?

Macam mana pulak dengan misi Ramadhan? Dah selaju mana larian mengejar piala ketaqwaan?

Macam mana dengan hati? Dah jumpa penawar ke? Atau makin lama makin parah?

Tepuk dada... tanya iman...

Ramadhan kali ini bagi saya adalah satu medan mujahadah... Perang mujahadah... Sejauh mana saya mampu melangkah... Sekuat mana diri mengharungi derap langkah perjalanan... Setabah mana hati menahan tangisan... Sebab mujahadah kali ni amat sakit buat diri...





Sahabat- sahabat lain pun ada menghadapi ujian yang sama... Tapi buat diri, ada extra ujian yang perlu ditempuhi... Yang mungkin bakal menentukan medan peperangan... Sama ada akan terus ditarbiyyah secara lembut... Atau bakal dicampakkan ke medan mujahadah yang sebenar... Saya betul-betul berdebar menanti keputusanNya... hanya Dia Yang Maha Mengetahui...

Tapi... Semalam syahid lagi... Hmmm... Perlu lebih kuat! Tahu diri penat... Tahu diri sakit... Tahu diri mahu menangis lagi..

Buat hati... La Tahzan!!! ='(

9.58 am