Pengorbanan

Date: 26/11/09
Time: 11.56 pm

Dear fwens,

Sedar tak sedar, dah tiba kembali hari raya yang kalau saya sekarang ni berada di Terengganu...memang saya nanti-nanti kan. Bukan kerana banyaknya daging korban yang akan diisi di dalam perut. Namun suasana pada detik selepas selesainya Solat Sunat Aidil Adha di Masjid Kampung Nasi Dingin itu yang saya rindui. Kerana setiap tahun, perjalanan nya hampir sama. Bila menjelang pagi raya korban, bersiap untuk ke masjid lebih awal kalau nak di bandingkan dengan raya Aidil Fitri. Di kala Aidil Fitri, seusai solat bergegas la hamba-hamba Allah menziarahi pusara sanak-saudara untuk sedekahkan sekalung doa. Moga arwah tergolong di kalangan yang dikasihiNya.

Tapi, berbeza suasana nya di pagi Raya Korban. Solat dimulakan lebih awal supaya kaum rijal mempunyai masa yang cukup bagi mengisi perut sebelum sama-sama bergotong-royong melaksanakan ibadah korban. Teringat abah yang akan menukar baju Melayu ke baju t-shirt dan seluar yang biasa Abah pakai untuk ke kebun. Abah pakai apa pun, Abah tetap hencem di mata Yu. Hehe..

Saya tak pernah melihat bagaimana acara korban dilakukan kecuali masa kecik dulu. Sebab nya kalau kita kesian kat haiwan yang akan dikorbankan tu, kita tak boleh makan daging dia kan. Masa kecik dulu, ada satu ketika anak lembu tu sakit. Memang tak leh hidup lama. Saya cuma tengok dari penjuru tingkat. Air mata mengalir di pipi. Tapi makan je daging tu. Sebab masa tu tak tahu lagi. Tapi sekarang, saya hanya akan melihat haiwan yang dikorbankan tu bila dah selesai dagingnya dilapah. Jadi, kurang la sikit perasaan kesiannya kan.

Tadi kol Abah, Ma dan Kak Da. Tiba-tiba abah suruh ikut dia cakap. Hehe. Sebelum ni tak pernah buat, jadi 2,3 kali jugak la praktis baru ok. "Yu kabo ke Abah suruh Ayah Teh Man wakilkan Yu untuk bahagian korban". Hehe. Alhamdulillah. Walaupun nampak remeh, tapi tu la satu lafaz yang membenarkan perwakilan bagi bahagian korban. Yu doakan moga ibadah korban esok dapat dilakukan dengan lancar. Amin. Ya Allah, permudahkan lah urusan ibadah kami untukMu...

Hehe.. Panjang pulak intro. Baru nak masuk isi penting. Em.. Pengorbanan tu banyak cabangnya. Tadi tengah-tengah baca blog sahabat-sahabat dan kakak-kakak, saya terfikir. Dalam usia yang hampir suku abad ni, pernah ke saya lakukan pengorbanan yang dapat memberi kesan pada jiwa sesiapa dan jugak kepada diri saya terutamanya. Macam tak. Macam tak pernah buat satu pengorbanan yang boleh buatkan diri lebih dekat padaNya.

Kadang-kadang diri rasa "fed up" bila pertolongan yang dihulurkan tak dihargai dan kadang-kadang terasa seperti diper"hamba"kan. Tapi saya lupa. Lupa untuk niatkan setiap perlakuan semata-mata untuk mengharap redha Ilahi. Supaya diri dapat menghulurkan setiap bantuan dengan hati yang benar-benar ikhlas. Bukan balasan yang sama yang saya harapkan. Cuma jangan perlekehkan diri ini. Jangan jadikan diri ini tempat melampiaskan kemarahan padahal bukan saya puncanya. Saya selalu bertanya pada diri dan jugak pada sahabat terdekat. "Kenapa diorang buat kita macam ni? Kita tak pernah nak cakap kasar dengan diorang. Kita tak pernah nak tengking diorang. Tapi kenapa diorang buat macam tu kat kita? Kita tak pernah tegur apa yang diorang pakai. Apasal sibuk nak komen apa yang kita pakai."...

Soalan yang hampir sama setiap kali diri diperlakukan sebegitu. Fikirkan diri penat untuk bersabar. Penat?? Astaghfirullah.. Titik di mana benih-benih syaitan mampu subur jika disemai kala itu...

Bila saya cuba renung balik diri sendiri. Saya sedar jauh di sudut hati, ada satu titik hitam yang dinamakan EGO. Saya ego. Ego untuk terus bersabar. Ego untuk terus diperlekehkan. Ego untuk mendengar kata-kata tajam yang seringkali membuatkan diri malu, hilang keyakinan diri.

Buat diri...di saat inilah boleh dimulakan langkah pengorbanan tu. Pengorbanan untuk membuang perasaan ego yang dibenci Allah. Yang tak layak untuk kita sebagai hambaNya yang lemah. Pengorbanan untuk teruskan langkah-langkah mencari cahaya kesabaran. Pengorbanan untuk redha dan berlapang dada dengan setiap kekurangan sahabat-sahabat. Kerana sesungguhnya kekurangan dalam diri ini lebih banyak dari mereka. Bahkan mungkin di sisiNya, kita berada lebih jauh dari Allah berbanding mereka, mereka dan mereka...

p.s: Semalam habis menonton Ketika Cinta Bertasbih. Subhanallah. Indahnya kesabaran, kecekalan insan yang bernama Khairul Azzam. Di sini lah dapat saya lihat apa itu dinamakan ukhuwah fillah. Moga diri bertemu dengan keindahan itu. Amin.

0 Response to "Pengorbanan"