Melangkah ke Alam Baru



Tarbiyyah itu sifatnya berkembang... Tidak statik...

Melangkah ke alam kehidupan yang baru.. Ke medan yang baru..

Ahlan Wa Sahlan


Hanyalah Sebuah Kehendak (Jatuh Jangan Tersungkur)


Epilog: Tulisan ini sekadar kata-kata sebelum benar-benar masuk ke medan. Jauh di sudut hati, diri-sendiri tersangat bimbang apa yang akan berlaku pada masa depan. Seperti kata-kata murabbi tersayang, "dalam banyak-banyak perkara yang dibimbangkan, paling risau jika diberikan satu ujian besar yang tak mampu dipikul yang akhirnya menyebabkan langkah di jalan ini terhenti." Jika berlaku, ketuklah aku dengan serpihan-serpihan kayu itu. Jika rebah, janganlah sekali-kali tersungkur.

~Ya muqallibal qulub, tsabit qalbi 'ala deenik~

Serpihan-serpihan kayu... Setiap kenangan babak-babak perjalanan kehidupan sepanjang di Adelaide.
Di sana aku mengenal Allah
Di sana aku mengenal Islam
Di sana aku mengenal tarbiyyah
Di sana aku mengenal dakwah
Di sana aku mengenal ukhuwwah
Dan yang pasti... di sana aku mengenal diri

..................................................................................................

Di Sana Ku Temui Cinta



Dah hampir sebulan pulang ke Malaysia, dan yang pasti aku rindu...

Rindu untuk bangun qiamullail bersama sahabat. Di dalam ruang yang kelam, bertahajjud menemui Tuhan, meminta maaf akan kesilapan diri, meminta diberikan kekuatan, dan saat yang tepat untuk mencurahkan segala isi hati.

Rindu untuk menunggu dan ditunggu sahabat-sahabat untuk solat subuh berjemaah dan membaca Al-Mathurat di dinihari, tika di mana jiran-jiran di sebelah rumah masih lena diulit mimpi.

Rindu untuk mendengar jeritan ketinggalan bas di hadapan rumah, ketukkan di muka pintu disebabkan barang tertinggal. Aku dan housemates, itulah drama kebiasaan kami di pagi hari.

Rindu untuk balik ke rumah selepas habis kelas, dan bila pintu dibuka, "hmm.. sedapnya bau. Masak apa tu?" ataupun bila aku yang memasak, rindu melihat wajah-wajah kelaparan itu gembira untuk mengisi perut yang sudah mula meninggikan volumenya. Dan rindukan bicara-bicara kita semasa dinner. Aku dan mereka.

Rindu bunyi ketukan di muka pintu di malam-malam hari (atau boleh dikatakan bila-bila masa.. hehe). Kedatangan akhawat yang tak pernah lekang bertandang ke rumah, sama ada dirancang atau secara tiba-tiba. Perasaan terasa di ingati.

Baitul Barakah...

Rindu untuk mendengar suara adik-adik yang dirindui, rindu untuk keluar menziarah ke rumah adik-adik, rindu untuk duduk di Torrens River sambil basah berbicara tentang tarbiyyah, tentang kehidupan, tentang diri.

Rindu untuk bermain dengan anak-anak kecil itu, anak-anak yang pelbagai ragam, anak-anak hasil daripada pembinaan indah baitul muslim. Keletah anak-anak yang mencuit hati. Setiap anak-anak yang mempunyai personaliti tersendiri.

Rindu akan kakak-kakak, murabbi. Tempat aku meluahkan isi hati. Tempat aku mengadu kekurangan diri. Tempat aku meminta kekuatan hati. Tempat aku meminta untuk diketuk sekuatnya agar aku tetap sentiasa teguh di jalan ini.

Rindu dengan semua drama kehidupan di Adelaide...

Drama kereta?? Hmm..

Drama kereta rosak di Adelaide city... Drama minyak habis entah kat mana-mana entah...

Drama kunci kereta patah di pump station. Dan akhirnya aku dengan jayanya mengganggu hari indah kakak yang sedang memberus gigi. Dengan menelefon di pump station sambil melihat kiri dan kanan sambil berfikir, "agak-agak pump station ni meletup tak kalau call kat sini. Agak-agak pakcik polis saman tak kalau call kat sini." Dan barulah tahu rupanya ada kakak yang tak pernah tolak kereta dan tak reti tolak kereta. Haih. "Nak tolak kereta duduk luar la kakak! =p"

Drama menolak tarago di pagi hari dalam keadaan terlambat ke daurah, kakak yang masih berbaju grumpy cow. =) Rindunya...

Drama taklifan?? Adeh...

kes kicap, kes ayam, kes che yah, kes kacang, kes container pecah, kes senduk Lakemba (dah hantar belum entah... haih..), kes accident, kes surat tak boleh rename (just put .doc! heh.. malu~~), kes tak boleh compile the whole doc sebab takde software (*~*), kes poster, kes pamplet, etc tarbiyyah bekerja ikhwah akhawat...

Dan drama diri...

Dan aku pasti di sana ku temui cinta, yang mematangkan diri, yang membina dzatiyyah diri, yang meyakinkan aku untuk terus memilih jalan ini.

Tapi, cabaran sebenar baru je bermula di sini, di Malaysia.

Tanpa bi'ah. Dalam waqi' sebenar. Sekarang bergantung atas kehendak diri sendiri. Kuat atau lemah. Jika diuji, nak teruskan atau berhenti. Moga Allah terus memilih diri. Walau atas apa jua alasan sekalipun.

Adelaide, bi'ah yang dirindui. Tapi teringat kata-kata seseorang,
"Bi'ah itu bukan perlu dicari, tapi perlu dibina" (Someone, 2011)

Daie sebenar tak mengikat dirinya pada mana-mana tanah di muka bumi Allah. Moga menjadi biji benih terpilih, yang dicampak di mana-mana, akan tetap menumbuhkan pohon yang subur.

Bagi akhawat, fasa awal bila pulang ke medan, dalam keadaan masih berstatus bujang, di sinilah peluang yang ada bagi kita untuk mempersiapkan diri sendiri.

-Ilmu: penuhkan diri dengan ilmu yang diperlukan- untuk dakwah, tarbiyyah, BM, aulad. Bagaimana dapat kita memberi kalau tak memiliki.

-Skill: bak kata murabbi- pengurusan rumah tangga: masak, basuh pinggan , lipat baju, kemas rumah. Jangan bagi alasan, sebab tak kahwin lagi, jadi tak perlu equipkan diri dengan hal-hal macam ni. "Kalau sekarang dah malas, nanti dah kahwin, jangan beranganlah akan jadi rajin." =p baiklah!

- Ibubapa dan keluarga: kita terkejar-kejar ingin mentarbiyyah orang lain, terkadang terlupa orang yang paling dekat dengan kita. KELUARGA. Selalu alasan yang di dengar, "susah nak tarbiyyah keluarga sendiri." Betul, tapi tak bermakna kita kena tinggalkan. Takkan kita sanggup biarkan keluarga kita terus terlena. Jadi, waktu sekaranglah saat yang tepat untuk memBINA bi'ah. Mungkin pacing agak perlahan berbanding menDF adik-adik yang baru kita kenali, tapi tak mustahil. Contohnya mulakan dengan solat berjemaah, paling-paling dapat Maghrib dan Isya' walaupun bukan setiap hari. Tak salah kalau kita yang mengajak ma abah, tapi biarlah secara berhikmah. Ibubapa mana yang tak suka melihat anak yang berubah ke arah kebaikan. Fitrah manusia pasti sukakan perkara-perkara yang baik. Tanpa kita sedar, walaupun usaha ni nampak kecil, tapi impaknya mungkin besar. Contohnya, akhirnya adik kita pun join solat berjemaah sekali. =) Sweet, kan.

Ok lah. Dah sangat panjang dah. Moga kita terus sama-sama tsabat di jalan ini, walaupun hanya sekecil skru di gerabak. Amin! Kita hanya manusia biasa, dengan fitrah iman yang ada naik turunnya. Ada ketawa dan sedihnya. Walaupun kita jatuh, ingatlah jangan sekali-kali tersungkur. Jangan sekali-kali futur.

-Tamat-

Hanyalah Sebuah Kehendak (Jadikan Sebagai Sebuah Misi)



Betul ke sebuah perkahwinan mampu untuk men"tsabat"kan kita dalam pelayaran bahtera dakwah?

Soalan sama yang pernah ditanya kepada seorang murabbi. Tapi jawapan yang diterima cukup mantap dan padat.

"Tak semestinya. Semuanya berbalik kepada diri sendiri."

Jangan jadikan sebuah perkahwinan tu sebagai matlamat, tapi Baitul Muslim itu sebenarnya adalah sebuah misi. Menaikkan diri ke tingkat maratib amal yang seterusnya. Dan menyambung perjalanan yang masih panjang.

"Berjiwa besarlah kerana ummah ini memerlukan insan yang berjiwa besar" (DRZ, 2011)

p.s: Tak terasa nak mengulas panjang. Bukan orang yang terbaik.

Nota kaki: banyaknya halangan nak bergerak. Akhirnya, tercicir atau mencicirkan diri?

Bersambung...

Hanyalah Sebuah Kehendak (Bukan Segala-galanya)


Hari yang sama, tapi di atas muka bumi yang berbeza. Rindu pada tanah subur itu lagi, Adelaide.

Adelaide, sebuah Bumi yang memperkenalkan saya dengan satu perkataan yang mempunyai makna yang cukup mendalam. Tarbiyyah. Cantik sebutan, cantik juga definisinya.

Tahun lepas, terasa hati sangat berat untuk meninggalkan Adelaide. Kerana bimbang akan berhadapan dengan "bumper" tarbiyyah. Perencatan kepada tarbiyyah. Salah satunya kerana saya yang masih baru dalam tarbiyyah. Terasa banyak lagi hal perlu dihadam sebelum pulang ke medan. Jadi, decide untuk buat apa sahaja yang akan menempatkan diri kekal di Adelaide, sampailah ditegur oleh murabbi tersayang. Itu bukan caranya. Akhirnya, saya serahkan segalanya kepada Allah untuk menentukan di mana tempat saya yang sebenarnya. Dan alhamdulillah, masih di tempat yang dicintai itu, walaupun cuma sementara.

Bila bercakap tentang tarbiyyah, sejauh mana seseorang itu berkeinginan untuk grab tarbiyyah adalah banyak bergantung kepada dzatiyyah diri sendiri. Lonjakan dalaman diri sendiri. Dan bagi saya, antara salah satu faktor penyumbang adalah dengan diberi taklifan. Taklifan untuk beramal.

Bila mengimbau kembali, baru tersedar kebanyakan taklifan sangat banyak bersangkut paut dengan hal-hal makanan. Daripada Welcoming BBQ, JML, WT, SAFI, Sis Gath, Daurah etc.

Daripada kisah:
-Che Yah: Barang-barang Yahudi
-Kicap: Kandungan alcohol
-Ayam: potong @ tak?
-Kacang: kacang panjang, kacang peas, kacang buncis
etc

Setiap taklifan ada tarbiyyah masing-masing. Yang terkadang menjadi pendorong semangat, tak kurang juga yang melunturkan semangat. Lebih-lebih lagi apabila diuji dengan melakukan kesilapan yang menyusahkan orang lain. Yang membebankan orang lain. Bila itu yang terjadi, decide nak menjauhkan diri. Tak nak jumpa siapa-siapa. Dan pasti perasaan futur tu datang bertandang.

Tanpa sedar rupanya itulah tarbiyyah Ilahi. Yang cuba memberi kefahaman secara realiti dan lebih dekat tentang apa itu istilah "Risalah Ini Kita Tanggung Bersama". Jzkk kepada akhawati fillah yang cukup memahami. Yang banyak memberi ketenangan kepada hati. Dan juga kepada Dia yang memberi teguran supaya diri mengembalikan pergantungan kepada Dia yang hakiki. Ya Rabbi.



Tapi, selama mana kita boleh bergantung kepada taklifan. Sejauh mana kita nak meletakkan pengharapan semangat kepada taklifan semata-mata. Adakah bermakna apabila kita tak diberi taklifan kita akan luntur semangat? Jatuh tersungkur? Dan akhirnya futur?

Bila kembali ke medan sebenar akan ada ruang waktu kosong tanpa taklifan, tanpa diassign mad'u tertentu. Jadi segala-galanya bukan terletak kepada taklifan. Segalanya terletak kepada diri-sendiri. Kehendak diri-sendiri. Sama ada hanya mahu berdiam diri ataupun memulakan misi tersendiri ie cakupan meluas, tawasul ijtimai dan amal jamaei.


p.s: Taklifan memang satu booster amal. Tapi terkadang bimbang jika terlalu mengejar taklifan yang akhirnya membawa kepada kekeringan kepada amal sehinggakan diri tak bersedia untuk mengatakan tidak kepada taklifan yang tidak mampu dipikul dan akhirnya membawa kepada kepenatan dalam bekerja, bukan beramal. Di sinilah perlunya untuk kita refresh niat, kembali kepada matlamat sebenar. Dan fahamkan kembali bahawa "risalah ini kita tanggung bersama".


Nota kaki: Selalu terdengar kata-kata:
"Takutlah nanti balik Malaysia, kena gerak sorang-sorang. Akhawat yang dekat dah tak ada. Takut tak kuat. Kahwin la macam ni."
Betul ke perkahwinan itu mampu menyelamatkan kita untuk terus berada dalam bahtera dakwah?

Bersambung...

Hanyalah Sebuah Kehendak (Prolog)


Hampir seminggu meninggalkan Adelaide. Terasa waktu sangat pantas berlalu. Masih terasa pelukan dan kata-kata terakhir akhawati fillah yang dirindui.

Sekarang apa yang bermain-main di hati, persoalan yang sentiasa menghantui diri sebelum bfg. Futur. Pendek, tapi mempunyai satu maksud yang menggerunkan setiap orang yang akan bfg.

Tapi, bila dah sampai di pesisir pantai (obviously belum betul-betul masuk ke laut), perkara pertama yang perlu dilakukan adalah cuba untuk menyentuh air di pesisir pantai, memerhati ombak yang menghempas ke batu. Dah bersedia atau belum untuk terjun? Saya cuma tersenyum.

Melihat sekeliling. Satu hal yang dapat saya simpulkan. Kepada yang masih berada di Adelaide, anda semua tak patut sedikitpun rasa futur bila berada di Adelaide. Tak patut terlintas sikit pun perasaan lemah semangat tu sepanjang berada di Adelaide, di sebuah Bumi yang basah dengan tarbiyyah, di satu tempat yang ada bi'ah solehah. Sikit pun tidak. Kalau pun ada perasaan tu, perlu cepat-cepat untuk bangkit kembali. Bimbang akhirnya akan jatuh tersungkur. Kalau dengan sedikit mehnah yang Allah berikan di Adelaide dah cukup melemahkan semangat, you can't really survive dalam medan sebenar.

Sekarang baru faham dengan kata-kata qiyadah sebelum ni. Medan di Adelaide adalah satu medan persiapan diri. Medan untuk mencuba. Medan untuk mengumpul pengalaman. Kerana medan sebenar adalah di Malaysia. Sebuah medan realiti. Di mana semuanya terletak kepada kemahuan diri.


Dan yang pastinya, futur bukanlah pilihan. Hanyalah sebuah kehendak.

Bersambung...

Satu Titik Perubahan

Ramadhan tiba lagi. Madrasah Tarbiyyah. Mengingatkan kepada banyak perkara. Kata kunci: perubahan.

Ramadhan selalu dikaitkan dengan tazkiyatun nafs- penyucian jiwa. Bagaimana nak menyucikan jiwa? Dengan menjadikan apa sahaja yang buruk kepada yang elok, yang kurang baik, kepada yang lebih baik. Masih dengan kata kunci: perubahan.

Jadi betullah, Ramadhan itu satu titik perubahan.


Mengimbau kenangan silam... Bulan Ramadhan inilah hati disentuh dengan satu kata-kata yang cukup terkesan di jiwa.

"Berapa lama lagi kita asyik nak jaga hati orang lain, sedangkan selama ni hati Allah tak pernah pun kita terfikir nak jaga"
(Sahabat fillah, dalam kereta, ~Henley Beach Road, ~11 pagi, 14 September 2009)

Kata-kata yang ringkas, tapi terkandung seribu satu makna.

Mungkin ada di antara kita pernah terdetik di hati,

"emm.. aku tak cukup baik ni"
"baiknya budak tu, bukan macam aku"
"tak boleh macam ni, salah ni"

Terkadang kita tahu apa yang kita ada sekarang, apa yang kita lakukan sekarang, tak sesuai dengan kehendak fitrah naluri sendiri. Fitrah manusia yang senang dengan kebaikan. Kita tahu itu salah. Kita tak tenang bila melakukannya. Cuma selalunya kita tiada kekuatan untuk menolak. Kita tiada kekuatan untuk berubah. Kenapa?

1. Sebab orang lain pun buat macam tu jugak.
2. Sebab nanti orang lain pandang pelik.
3. Sebab takut disisihkan.
4. Sebab takut hangat-hangat tahi ayam.
5. Sebab nanti orang akan mengungkit-ngungkit.
6. Sebab aku tahu aku ni tak layak.
7. Sebab aku ni bukannya baik sangat pun.
8.
9.
10....

Dan alasan yang berterusan. Berpanjangan. Akhirnya kita statik. Tak bergerak. Naluri berkehendak, akal yang menolak.

1. Tak apa lah, tunggu dulu.
2. Tak apa lah, ni pun dah cukup ok.
3. Tak apa lah, nanti bila dah bersedia, baru aku berubah.

Manusia yang terlupa, tak sedar. Tak sedar sebenarnya pertanyaan-pertanyaan yang bermain-main di hati tu sebenarnya adalah ketukan daripada Allah untuk kita melihat kembali kehidupan diri-sendiri. Muhasabah diri-sendiri. Menilai diri-sendiri. Cukup tenangkah kita dengan kehidupan sekarang? Benar-benar gembirakah kita dengan keseronokkan dunia?


Tapi, sampai bila? Sampai bila kita nak menerima kata-kata akal sedangkan kata hati kita tolak jauh-jauh. Walaupun terkadang terasa nak menyambut apa yang dikata oleh hati, tapi kita letakkan "barrier" di situ. Hanya kerana tak sanggup nak lepaskan kegembiraan dunia yang kita tahu hanya bersifat sementara.

"Dalam dunia ni ada banyak benda yang kita tahu, tapi sebenarnya ada lagi banyak benda yang kita tak tahu. Tapi, apa yang kita tahu menyebabkan kita tak nak tahu apa yang kita tak tahu, sebab kita takut apa yang kita tak tahu akan mengubah apa yang kita tahu." (DRZ, 2010)

Ketakutan yang tak bertempat. Ketakutan untuk mengetahui rahmat Allah. Ketakutan untuk merasai kasih sayang Allah. Ketakutan untuk berada dekat dengan Allah.

Sayangnya. Ketukan demi ketukan yang Allah letakkan di hati. Selama mana kita nak tinggalkan ia terbiar? Jangan sampai satu hari nanti, Allah uji kita dengan menghilangkan ketukan-ketukan kasih sayangNya. Dan di saat itu, kita sentiasa bahagia berbuat dosa.

Ramadhan adalah bulan kekuatan yang Allah hadiahkan buat hambaNya yang mahukan penyucian jiwa. Kali ini cubalah untuk menyambut huluran hidayah Ilahi, biar kita sendiri merasai indahnya nikmat ma'iyatullah (sentiasa merasa dekat dengan Allah).

Perubahan- Kekuatannya adalah dengan membuang semua pandangan manusia yang hanya berpangkat hamba, membuang segala alasan yang bermain-main di kepala, menyambut huluran kata-kata yang sentiasa mengetuk di jiwa. Kerana hati adalah sebaik-baik penilai.


Moga Ramadhan kali ini menjadi satu titik perubahan buat kita bersama. Amin.

Jangan takut untuk berubah. Kerana rahmat Allah itu Maha Luas
"Maka ingatlah kepadaku, dan akupun akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah:152)

p.s: Sesetengah orang berkejar-kejar untuk melakukan persediaan untuk menyambut kedatangan sebuah "event" dunia. Walaupun masih di bulan Ramadhan yang mulia. Dengan beralasan waktu yang tinggal cukup singkat. Tapi, pernah tak kita terfikir, sebanyak mana persediaan kita untuk bertandang ke "event" akhirat yang dijanjikan Tuhan pasti tiba. Yang kita tak dapat menolak jemputan untuk menghadirkan diri. Siapa yang mampu berkata dengan yakin "takpe, esok masih ada untuk aku bersedia," sedangkan satu saat selepas habis ayat ini dibaca, belum tentu kita masih punya masa.

Pesanan yang lebih dekat dengan yang mencoret pena.

Dia...



Looking at my little active bubble who is sleeping. =)

Umayr: Acik, Umayr naik boat.
Acik: Oh, naik boat. Ok dah sampai.
Umayr: Dah sampai.
Acik: Kita dah sampai kat mana ni Umayr?
Umayr: Kita dah sampai kat masjid.

Tarbiyyah si kecil. Terpegun rasa hati. Bagaimana si kecil yang baru berusia 3 tahun sudah mampu menyebut perkataan masjid yang terkadang orang dewasa pun menjauh daripada mengingati, menyebut, apatah lagi menjejakkan kaki ke sana.

Kenangan semasa Winter Trip...

Lokasi: Pinnaroo, BP station.

Acik: Umayr, ada lubang la.
Umayr: Acik, ada lubang.
Acik: A'ah lubang, eeii takut ada ular.
Umayr: Takut.. Takut Allah.

Simple, tapi kita yang terkadang lupa. Diingatkan oleh si kecil. Benarlah, dia ahli syurga.

Betapa pentingnya pendidikan anak-anak. Terkadang kita memandang remeh tentang hal ni dengan hanya menggunakan ayat "belum kahwin lagi" sebagai alasan. Alasan yang biasanya hanya digunakan orang yang tak mempunyai misi dan "big picture" terhadap kehidupan.

Mengimpikan anak-anak yang akan menjadi pejuang risalah di medan yang makin menekan.


Nota: Umayr tidur lekluk. Entry untuk Umayr. Doa acik, moga menjadi seorang mujahid hebat yang mampu mendokong perjuangan risalah Allah. Amin.

Nota kecil: 3:159. Allah knows the best.

Perasaan...



Bila diberi tanggungjawab untuk bentangkan bahan pengisian, apa yang paling dibimbangkan?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (61:2-3)

Terkadang mujahadah dalam diri pun belum cukup. Macam mana kita nak letakkan diri di posisi untuk memperingatkan orang lain tentang apa yang diri sendiri masih gagal untuk buat.

Takut dengan ayat di atas. Jadi decide untuk tolak tanggungjawab. Tak nak bentang bahan tersebut.

"Akak, aseef jiddan. Boleh ke kalau saya tolak untuk bentang bahan ni? ..."

Lepas tu dapatlah mesej cinta daripada yang tersayang.

Mesej asal dirahsiakan.

Tapi kesimpulannya, rupa-rupanya Allah tu terlalu sayangkan kita. Bila kita tak cukup kuat dalam bermujahadah, Allah bantu kita untuk menjadi lebih kuat. Memilih kita untuk sampaikan peringatan kepada orang lain supaya telinga yang paling dekat kepada orang yang menyampaikan itu akan jauh lebih terkesan berbanding orang lain yang mendengar. Moga terus kuat! Ya Allah, pilihlah aku. Dan terus memilih aku, walau atas apa-apa alasan sekalipun.


p.s: Dah lama tak menconteng. Rindu. Tapi sedang menconteng di medan lain sebagai misi utama. Yang bakal meng"accomplish"kan misi orang lain. Moga dipermudahkan. Amin.

~Allah tu Sweet~



Pernah tak terfikir, saat bila kita mula berkenalan dengan Allah? Kalau ditanya, mungkin ramai yang akan kata, lahir ke dunia ni mestilah terus kenal Allah. Umur 5 tahun dah di ajar Iqra'. Umur 6 tahun di ajar solat. Umur 8 tahun mula puasa penuh. Jadi, dah lama la kita kenal Allah ni. Tapi kalau di tanya, Allah tu macam mana? Apa sifat-sifat Allah? Yang 20 tu. Apa nama-nama Allah? Yang 99 tu... em.. belum tentu semua orang ingat. Belum tentu semua orang hafal. Paling penting, belum tentu semua orang tahu. Paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar nak tahu. Yang tahu, kenal Allah bila solat. Kenal Allah bila mengaji. Kenal Allah bila puasa. Tapi, Allah kan ada di mana-mana. Tiap-tiap ketika. Tak sedar ek Allah tu sentiasa ada?

Saya?

Saya mula berkenalan dengan Dia pada tahun 2009. Hah? Baru 2 tahun?! Ye! Baru 2 tahun.

Habis tu, selama ni tak kenal Allah? Bukan tak kenal. Kenal, tapi tak cukup kenal. Jadi, buat-buat kenal.

2 tahun tu jangka masa yang cukup singkat. Kalau bayi, baru je macam Raeisha. Dah boleh jalan. Tapi bercakap, pelat lagi. Macam tu la tempoh masa perkenalan saya dan Dia. Cukup pendek. Tapi, satu hal yang sangat-sangat saya kenal, pasti dan yakin tentang Dia. Allah ni kan... SWEET~~


Allah ni Sweet

Sweet? Ye! Sweet sangat!

Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.



Dia Pemberi Kekuatan

Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat saya keseorangan, menemani diri saat saya kesedihan, menemani diri saat saya kegelisahan. Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada.

Terkadang bila nak balik rumah dari placement, badan terasa sangat penat. Berdiri 8 jam sepanjang hari, berkejar ke sana sini, nak drive balik rumah tersangat-sangat penat. Ditambah dengan kesesakan jalan raya (skema nye ayat! Aigoo). Pernah sekali kat traffic light, sebab dah lama sangat tunggu, bila bersandar kat tempat duduk, tak sedar terlena. Nasib baik Dia kejutkan. Lampu dah hijau! Okeh, gerak. Walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, selamat sampai rumah. Makan, solat, tido.

Terkadang pernah balik seorang diri dari Ferryden Park. Pukul 11.30 malam. Nak balik Evandale. Gelap gelita sudah. Sorang-sorang. Takut ke? Tak... Gementar je sikit (erk.) tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya.

Allah kan Maha Melindungi. Sweet kan?!

"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah: 107)


Dia Peneman Bicara

Banyak yang terpendam di lubuk hati. Tapi terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang. Tapi terkadang ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian. Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah.

Tapi pada Dia, saya tak malu nak bercerita. Semua sekali! Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Dia kata takpe. Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Wah! Allah tu sweet kan!

"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29)


Dia yang Kaya Raya

Selalukan kalau kita dengar cerita atau tengok kawan kita yang keluar dating tiba-tiba bawak balik banyak hadiah. Teddy bear la, kad la, bunga la, baju, kasut dan etcetera. Banyak o.. Pastu semua orang mula la puji. "Eh, bagus la pakwe ko. Sweetnye~~"

Eleh, cukup sweet dah ke tu? Kalau yang bf tu sekadar guna duit loan, scholar, atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit sendiri. Paling-paling duit tambang bas, teksi atau komuter nak keluar. Still! Duit kita akan kurang jugak. Siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang walau 1 sen pun setiap kali keluar? (Tapi sekarang 1 sen dah tak laku. Jadi, 5 sen la).

Tak cukup sweet tu...
Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia. Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. Segala-galanya. Amacam? Hebat tak Dia. Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!

Tapi kan, sebab Dia sangat sweet, Dia tak bagi semua ni pada saya directly. Nak tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium lain. Daripada ma abah, daripada sponsor saya dan lain-lain. Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya. Sweetkan Allah?!

"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?"
(Yunus: 31)


Dia yang Pemaaf

Manusia ni susah nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf. Haih!

Dengan Dia, saya ada BANYAK kisah tentang kesalahan, kesilapan dan... keMAAFan.

Daripada mula saya lahir, sampailah umur 23 tahun (masih 23 tau! Birthday bulan 5 ni. =p) dah banyak kali dah saya sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat. Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah. Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya. Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia. Jadi, Dia bagi saya peluang lagi.

Tapi bila dah tahu, bila dah kenal, terkadang tu tetap jugak saya ulang balik kesalahan yang lalu. Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik. Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong... Dia PASTI akan tetap maafkan saya. Sweetnye~~

"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53)


Dia Pemberi Ketenangan

Keluh kesah. Resah gelisah. Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. Bila nak exam, bila kena siapkan assignment, bila nak pergi interview etcetera.

"Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. Kalau dengar je suara Adam (bukan nama sebenar), hati aku mesti tenang." erk!

Kalau sesama perempuan?
"Sesama perempuan ni lain. Diorang tak faham sebab kita sama kan. Kalau dengan yang berlainan "makhluk" ni, lebih mudah untuk saling memahami. Cas yang sama kan saling menolak. Bila cas yang berlainan baru saling menarik." erk!

Tapi, bila bergaduh...
"Benci betul la aku dengan si Adam (masih bukan nama sebenar). Dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! Dia yang buat salah, tapi dia pulak yang merajuk. Dah la.... (terhamburlah semua kekurangan si Adam tuh)." A'ah, tenang la sangat.

Paling tak best, bila perempuan yang marah, si Adam pun ikut merajuk sekali. Bukannya nak pujuk. Perempuan pulak yang kena pujuk balik. Apekah! Come on la Bro! Tak sweet!!!

Haih~

Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat. Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti. Sweet kan?!

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28)


Yang Pasti, Dia pun Rindukan Saya Jugak!

Allah ni sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi tulah. Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa.

Ada ketika saya buat dunno je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya syok sendiri sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu. "Ek" betul saya kat Dia, kan!

Tapi... Dia sangat sweet... Dia pun rindu saya jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia. Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tang tang tu jugak Dia boleh bagi. Tapi ada yang Dia hold dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216)

Jadi, bila Dia dah mula rindukan saya, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan saya. Tapi sebab Dia nak tahu, betul ke saya cintakan Dia? Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana? Dan paling penting, Dia nak saya ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat saya. Jadi bila diuji, saya rasa sedih, saya rasa payah, saya rasa sakit. Saya mesti nangis! Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti saya sebut. Dan saya sangat pasti bukan hanya saya, tapi kita semua pasti akan sebut... "Ya Allah!"

Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai... Sweet~~~

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..." (Al-Baqarah, 152)


Dia Pendamping Abadi

Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba.

Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Tapi, semua orang nak yang terbaik. Saya pun! Dan Dia tahu saya nakkan yang terbaik. Oleh kerana sayangnya Dia pada saya, Dia hadiahkan saya satu nasihat. Takkan sama kaca dengan permata. Kita meminta emas, takkan kita nak berikan gangsa?

"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur: 26)

Saat itu, takkan pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat. Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.



Awak dah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah sedar... Yang Allah tu sweet~~~ Thank you Allah!



Cinta Terindah


Cinta bersenikan diam...
Itu cinta terindah. Bila mana yang tahu hanya aku dan Dia. Tiada yang berstatus hamba yang tahu selain aku dan Khaliqku. Itu cinta terindah.
Jadi,
Lafaz itu aku biarkan tersimpan.
Tersimpan kemas, tertutup rapi.
Biar yang tahu, aku dan Khaliqku.

Tapi terkadang ada cinta yang perlu dilafazkan.
Terkadang ada cinta yang perlu diluahkan.
Biar dia tahu.
Biar semua tahu.
Bahawa aku cinta dia.


Adelaide, 14 Februari 2009.

7.25 am, Lokasi: Adelaide airport

Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Bumi asing. Disebabkan makanan yang di bawa, aku terpaksa beratur panjang untuk diperiksa. Malas. Kena bukak beg. Dah la besar, berat pulak tu. Lagipun kalau bukak, emm... susunan dalam beg yang agak " serabut". Jadi, kena bukak kecik2 je. Keluarkan makanan-makanan semua. Kalau tahu macam ni, lepas ni malas nak bawak makanan dah. Senang, lepas dah semak passport, terus boleh keluar je ikut arrival gate tu.

Aku antara yang terakhir keluar daripada imigresen berbanding kawan-kawan yang lain. Dan di luar arrival gate, aku bertemu dia. Pertemuan kami yang pertama. Dia yang di temani temannya.

Kawan-kawan semua sedang sibuk menelefon keluarga masing-masing. Aku? Hanya handset yang aku bawa ke Adelaide. Tanpa sim card. "Alamak, lupa pulak. Kan boleh roaming!" Sim card yang ditinggalkan di Malaysia. Dengan harapan tak nak bagi no mati (Walaupun akhirnya sekarang dah guna no lain). Aku cuma mampu memandang simpati kawan-kawan yang lain. Kalau nak pinjam, mesti mahal bil telefon nak bayar ni. Malaysia tu. Jauh. Hmm, hanya mampu mengeluh dalam hati.

"Adik dah call parents?" Dia yang bagaikan dapat membaca isi hati. " Err... Belum. Tak bawak sim card la akak."
"Nah, ambik handset akak. Call la parents. Beritahu mak ayah, adik dah sampai Adelaide. Jadi, takde la diorang risau sangat." Lembut ucapan yang disertai senyuman. Senyuman itu yang aku bakal rindui.

Pertemuan pertama aku dan dia. Antara suratan atau kebetulan. Tapi, aku yakin. Ini sebuah pertemuan yang telah ditentukan dalam catatan Tuhan. Pertemuan aku dan dia.


Adelaide - Sydney - Canberra - Perisher Valley - Melbourne - Great Ocean Road - Adelaide
5 Julai 2010 - 11 Julai 2010

Kembara musim salju aku dan dia. Kembara mengenal Pencipta. Kembara yang merapatkan aku dan dia. Teringat saat-saat aku menggelabah, akan ku panggil, "akak...". Saat aku cemas, "akak...". Saat ku bimbang, "akak...". Saat ku sedih, "akak...".


Brompton, 11 Julai 2010.

Akhirnya tiba di Adelaide selepas seminggu kembara alam, dan yang nyata... eksplorasi hati.
Gembira tiba akhirnya.
Syukur kembara sampai ke destinasi.
Sayu akan penghabisan.
Bimbang akan kesilapan.
Sebak akan ujian Tuhan... Dan tetap dia juga yang menenangkan. "Akak...".

Rupanya bukan hanya aku yang diuji. Dia yang begitu tabah. Dia yang menjaga aku, dan mereka. Aku seorang perempuan. Mungkin sebab itu jiwa rapuh. Namun terkadang aku yang lupa. Dia juga perempuan. Dan juga mereka. Brompton jadi saksi. Tangisan bersama, tangisan di atas laluan tarbiyyah. Tangisan di atas ikatan ukhuwwah. Terima kasih Allah.


Enfield CC, 31 Julai 2010.
D----H Tafsir FZQ

Rehat untuk makan tengahari dan solat Zohor, Lokasi: Dapur ECC

"Akak, macam mana nak jadi matang?" Soalan yang sentiasa terngiang-ngiang dalam benak fikiran.

Dengan senyuman itu lagi, "Awak akan jumpa jawapannya dalam d----h ni. Lepas habis program, awak bagitau akak. As homework." Kaget aku. Lepas ni kena fokus!

Bila program bersambung, aku tekun meneliti setiap isi kandungan kertas itu. Langsung tak pernah terselit perkataan matang. "Mana jawapannya ni?" bisik aku dalam hati. Tak pernah sefokus ni dalam mana-mana d----h pun sebelum ni. =)

Malam tu, aku "mengulangkaji" lagi kertas FZQ tadi. (study untuk exam pun tak semangat macam ni. Adeh...) Dah beberapa kali baca, masih tak jumpa perkataan matang. "Haih, mananya ni. Akak kata suruh cari dalam ni." Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal.

Bila dah penat, aku buka kembali daripada muka surat pertama. Kali ni, bukan untuk mencari perkataan "matang", tapi terasa untuk menghadam isi kandungan.

Bila habis, lama aku berfikir. Handset ku ambil.

Create new message:

Salam, emm... akak. Tentang homework tu, saya tak jumpa direct maksud matang dalam FZQ ni. Tapi, saya dapat jawapannya. Cuma tak pasti. Betulkan kalau saya silap, ek akak.

Matang tu adalah bila saya berada di jalan ni..... (jawapan seterusnya dirahsiakan)

Send.

Esoknya, dia membalas. Dengan jawapan yang menenangkan. Dengan sebuah jawapan yang meyakinkan.

Dah nak taip msg, taip kat laptop lagi best hehe... btul la apa yg awk kata tu, no specific cara pon.. satu yg sampai sekarang akak pegang... jalan yg kita pilih ni akan bantu kita jadi matang... kematangan tu sendiri kita kena clear apa erti sebenarnya... may Allah guide us all dear...

Ini jalanku. Alhamdulillah.


Flavours of India, 17 Mac 2011.

Aku bertemu dia lagi. Dia yang aku rindui. Dan bakal benar-benar merindui. Pulangnya seorang demi seorang jiwa yang ku mampu meluahkan kata-kata. Berkongsi rahsia. Bergelak tawa. Jiwa yang mampu aku berbicara basah tentang T & D. Selepas M, F menyusul. Dan sekarang dia. Terasa kekosongan di sisi. Aku juga ingin pulang. Sekarang mula terasa sakit. Tak ingin melelapkan mata, bila ianya tetap sakit.


Baitul Barokah, 18 Mac 2011.
Sekarang, 1.06 am

Sebenarnya nak menulis malam esok. Tapi, tak berkesempatan.

Teringat pesanan dia tadi. Sisa-sisa waktu yang Allah peruntukkan di sini, gunakan sebaik mungkin untuk mengisi kantung bekalan. Moga cukup kuat untuk dibawa pulang. Sedikit waktu lagi.

Sebuah lafaz yang tak ingin disimpan. Biar diluahkan.

"Akak... uhibbuki fillah! Abadan abada."

Moga bertemu dalam doa rabithah aku, dia dan mereka.

Kekuatan selepas keimanan itu adalah ukhuwwah... Fillah...


~HN~

Pengembara


4 Mac 2011
Baitul Barokah

Dah sebulan lebih menahan diri daripada menulis. Atas sebab tersendiri.

Semalam baru berpeluang untuk kemaskan meja study. Dan bertemu dengan cik diary yang dah 2 tahun dilupakan. Terdetik hati untuk membaca. Terjumpa catatan 17 Februari 2009, selepas 4 hari menjejakkan kaki di Bumi yang basah dengan tarbiyyahNya, Adelaide. Tersenyum saya dengan apa yang ditulis. Dah bertemu dengan apa yang dicari, bibit-bibit perkenalan dengan yang dicintai, rupanya bermula dari hari pertama di sini.


Berkenalan dengan yang dicintai

Satu saat terindah yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Saat untuk muraja'ah- menilai kembali kehidupan sebelum ini. Melihat ke masa silam yang kelam. Alhamdulillah, bertemu denganNya dan saya jatuh cinta denganNya. Indah sebuah perjalanan kehidupan yang diatur Ilahi.


Jiwa-jiwa baru

Saya suka memerhati. Memerhati jiwa-jiwa baru yang menjejakkan kaki ke sini. Dengan pelbagai watak baru, dengan pelbagai cerita baru, dengan pelbagai semangat baru. Yang tetap menyentuh hati. Paling suka apabila bertemu dengan jiwa yang mengingatkan kepada diri sendiri.

Sekarang, perjalanan mereka pula yang bermula. Kisah-kisah baru pasti akan terlakar. Moga bertambah subur Bumi yang basah, moga bertambah mantap iman yang mula bercambah. Moga berkesempatan mencari cinta yang sempurna. Amin.

.................................................................................................

Sebuah cerita yang sama. Tapi memberi impak yang berbeza. Bila dibaca dengan nada yang berbeza, dan dari sudut hati yang berbeza.

Seorang penggunting rambut bertanya kepada seorang Muslim.

"Bagaimana kamu meyakini adanya Allah sedangkan kamu tidak pernah melihatNya. Jika Allah itu benar-benar ada dan berkuasa, kenapa di sana sini ada manusia kelaparan, manusia saling bermusuhan, dan peperangan rancak dilancarkan?"

Muslim itu tersenyum sambil berkata, "Bagaimana jika aku mengatakan bahawa di dunia ini tiada penggunting rambut."

Penggunting rambut itu terkejut. "Kenapa engkau kata begitu?" Muslim itu menjawab, "kerana di luar sana aku lihat ramai yang kusut masai, tidak terurus rambutnya. Ramai juga yang berambut panjang."

Penggunting rambut tersebut cepat-cepat membantah,"Kamu salah. Aku kan penggunting rambut. Keadaan mereka sebegitu bukan kerana tiada penggunting rambut. Itu adalah kerana mereka yang tidak datang kepadaku untuk dirapikan."

Maka muslim itu tersenyum, "Begitulah umpamanya. Bukan Allah itu tiada tetapi manusia itu tidak pergi kepada Allah, tidak meminta pertolongan dari Allah, tidak mendekatkan diri kepada Allah, tidak mengamalkan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Bukan Allah tiada tetapi manusia yang tidak mendekati Allah." Penggunting rambut itu pun terus terdiam.


Nota kaki: Bila setiap pagi bangun dengan kesakitan, moga makin dekat aku denganNya. Muhasabah cinta. Sebagai penghapus titik-titik hitam yang silam. Amin.

Hari ini kubimbangi Jika terakhir hidup Adakah lagi Subuh esok untukku bernafas


Rindu Siri 3: Hadiah Dari Hati

Pembuka entry 2011. Nak kongsikan playlist. Ibarat penceritaan perjalanan sebuah kehidupan. Bergelar seorang pelajar. Di University of Tarbiyyah...

2009

1. Layar keinsafan- Mestica

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Kusam malam menghampiri
Ku tewas di lautan...

Tuhan...
Layarkan ku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu Ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
...

Berikanlahku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi...


2. Jalanku Pulang- UNIC

Tundukku malu di depanMu
Kerna ku insan berdosa
Ku adukan sesalanku
Apakah akan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
Terpautku tak berpaling

Bersyukur pada rahmatMu Tuhan
Kau temukan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga


3. Jalan Pulang- Syifa & Saujana

Di sepertiga malam
Terimbau kisah lama
Di sudut mata hati
Terlintas segala

Noda-noda yang lalu
Bagai laut tak bertepi
Takut mencengkam diri
Di mana jalan kembali

Cintaku padaMu
Walau jauh tersimpang terkandas
Tetap ku mencari...

Ya Allah Ya Tuhanku
Bagaimana harus ku tebus dosa-dosaku
Tak sanggup aku menjadi daun kering ditiup angin
Di padang mahsyarMu
oh Tuhan..


4. Setelah Ku di Paling

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu

Yang hanya ku idam di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu...

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka dibuai arus dunia
Selangkah Kau menghampiri kehancuran...


5. Keimanan- Shaffix

Andai matahari di tangan kananku
Takkan mampu merubah yakinku
Terpatri dan takkan terbeli
Dalam lubuk hati

Bilakah rembulan di tangan kiriku
Takkan sanggup mengganti imanku
Jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan
Terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
Seujung rambut pun aku takkan bimbang
Jalan ini yang ku tempuh

Bilakah ajalkan menjelang
Jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanya untukMu
Tetapkan muslim ku selalu...


(Penutup 2009 membawa ke tahun baru... Harapan baru... Dalam langkahan baru... Dalam pencarian menuju Yang Maha Esa)


2010


1. Langkah Tercipta- UNIC

Semalam aku kelukaan
Kecewa kehampaan
Mencalar ketabahan
Mimpi yang sering ku harapkan
Menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian

Allah...
Ingin ku hentikan
Langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam
Lemah daya
Haruskan aku mengalah
Namun jiwaku berbisik
Inilah dugaan

Dan langkah ku kini terbuka
Pada hikmah dugaan
Uji keimanan
Dan dilontarkanNya ujian
Di luar kekuatan setiap diri insan

Allah...
Pimpinlah diriku
'tuk bangkit semula
Meneruskan langkah
Perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan
Agar mimpi jadi nyata...


2. Andaiku di SisiMu

Aku lah insan yang sejuta dosa
Tiada mengenal erti kesalahan
Berkali-kali terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya

Masihku di sini
Terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmatMu
Berhakkah ku ulang masa lalu


3. Ya Allah- Wali Band

Ya Allah
Jangan Kau coba aku
Melebihi batas dan sanggupku
Ya Allah
Bila memang Kau coba
Aku pun percaya Kau sayang padaku...


4. Mimpi yang Indah- Mestica

Telahku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terusku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian...

Tinggi langit mimpi ini
Takku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berganti kebahagiaan...

Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti...



Tahun 2011 membuka tirai... Masih dalam pencarian kisah baru... Babak apa yang bakal di lakonkan... Skrip mana yang bakal dituturkan... Episod mana yang akan dipertontonkan... Untuk tahun ke-3 pembelajaran di University of Tarbiyyah... Bekalan ke destinasi yang dituju...


Di Atas Satu Cinta

Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku kan ku bangun
Di atas satu cinta

Subhanallah...
Aku mencintaiNya...
Subhanallah...
Aku menyayangiNYa...
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku...


p.s: ini playlist saya... Perjalanan kehidupan saya... Mungkin anda juga telah atau akan melalui perjalanan yang sama. Sebuah kisah perjalanan kehidupan yang dituntun Yang Maha Pencipta...

Rindu Siri 2: Lafaz Selamat Tinggal Belum Terucap


"Aku mengharapkan satu hari yang indah, tetapi Allah berikan aku guruh dan hujan... Aku mencari-cari ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan aku pelangi yang cantik"

Kata-kata yang sering dibaca, didengar, diperkata, kala manusia ditaut keresahan, kelemahan, kesedihan, kegagalan.

Lama berfikir. Kenapa kita selalu mencari-cari apakah hikmah disebalik setiap ujian. Mencari-cari apa pengakhiran setiap cubaan. Mencari-cari kurniaanNya selepas diuji. (Kenapa aku? em... mungkin sebab Allah sayang aku. Bila Allah nak bagi ni? em... mungkin Allah nak bagi yang terbaik kot untuk aku, sebab tu lambat. Kenapa susah sangat ujian ni? em... mungkin sebab Allah nak suruh aku jadi lagi kuat... etcetera) Sedar atau tak, terkadang hati bagai mempersoal bait-bait catatan takdir oleh dakwat pena yang telah kering. Manusia... manusia...

Manusia ni betul-betul hamba yang lemah kan? Hamba yang selalu mengharapkan sesuatu daripada pemiliknya setiap kali selesai menjalani tugasan. Tapi, kitakan hanya di taraf hamba. Layak kah terlalu meminta-minta? Layakkah untuk terlalu mendesak? Layakkah untuk rasa tak puas hati? (Eh, Tuhan dah bagi sebuah kehidupan pun dah cukup baik tau. Banyak songeh pulak- Ni kalau nak menjawab persoalan-persoalan ni dengan bahasa mudah) =)

Dalam mehnah Illahi... Didikan langsung dari Illahi... Tak usahla terlalu bertanya, adakah akan dikurniakan pelangi? Bila pelangi nak keluar? Kat mana akan nampak? Kita selalu terlupa kan. Bahawa hujan itulah adalah rahmat Allah. Rahmat ujian.

Mind set- Bestnya Allah pilih aku! Allah peringatkan aku. Allah sedang tegur aku. Allah perkuatkan aku. Allah sayang aku. Allah tak lupakan aku. Allah tak nak aku leka dan alpa. Allah nak bersihkan dosa-dosa aku... and the list just goes on... non-stop!

Bayangkan kalau hari-hari yang dilalui sentiasa di bawah sinaran matahari... Tanpa ada setitispun curahan air dari langit Illahi... Sejauh mana hati akan digetar dengan kekuasaan Tuhan? Sejauh mana hati akan sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan? Hidup yang terlalu diulit kesenangan, hidup yang terlalu diulit kegembiraan, hidup yang terlalu diulit keseronokkan... Tak mustahil, tapi susah. Manisnya bila Allah yang bantu kita untuk ingat kepadaNya.

p.s: hati yang retak itu selalunya akan lebih lunak dan ampuh. Dan lebih mudah untuk akrab dan dekat kepada Sang Pencipta.

Nota kaki:

Entry kali ni, membawa kepada dua kata-kata. Membawa saya kepada dua sahabat tercinta. Jika ingin damaikan jiwa dengan mehnahNya, saya akan ingat pada kalian berdua.

1. Keredhaan
2. Pergantungan semata-mata kepada Allah

2010 yang hampir melabuhkan tirai. 2011 yang bakal menjelma. Bagai sudah terasa cabarannya. Tanpa kalian berdua di sisi, masih belum terjangkau di minda bagaimana untuk membawa pedang perjuangan yang sedang diasah. Bukan tiada sahabat yang lain. Tidak. Sahabat di jalan ni takkan pernah tiada. Tapi sejujur-jujurnya, dalam 23 tahun kehidupan kurniaan Illahi, kalian berdualah orang yang paling banyak bahunya dipinjam. Tatkala saya ingin melepaskan keresahan, tatkala saya ingin melepaskan kerinduan, tatkala saya ingin melepaskan kesedihan. Seumur hidup, tak pernah menangis sebanyak mana saya menangis bersama kalian. Dan saya tahu, kalian pun tahu kan?

Bukan tak mahu pulang bersama, cuma hasrat di hati yang sudah berbeza. Dan Allah bagi apa yang kita benar-benar nak, kan? Babak yang dipanjangkan buat seketika. Walaupun cuma sebentar, insyaAllah sudah cukup. Terlalu sayang... dan kalian tahu... saya masih tak sanggup untuk melepaskan. Adelaide yang benar-benar mengajar erti cinta sebenar. Adelaide yang benar-benar merubah hidup seorang insan yang dulunya tiada tempat yang utuh untuk berpaut. Adelaide yang benar-benar basah... dan kalian tahu, kan? Namun Malaysia tetap akan menjadi tempat pengakhiran untuk menyemai benih.

Sendiri?


5/12/2010- Adelaide airport.

Terima kasih kerana menghantar di airport. Kepada yang lain, bi idznillah kita akan bertemu lagi tahun depan. Kepada kalian berdua, pada pagi itu, saya sematkan dalam diri. Takkan mahu menangis lagi di depan kalian. Cukuplah. Biar senyuman yang kalian sematkan untuk pertemuan terakhir kita di Adelaide. Tapi.... inikan saya. Dan kalian pasti benar-benar tahu. Titisan itu dengan perasaan yang bercampur. Sedih dan gembira. Sedih kehilangan kalian di Adelaide. Namun, gembira buat kalian yang akan memasuki laut. Moga mampu membersihkan noda-noda yang mencemar. InsyaAllah, akan bersama kalian kembali dalam beberapa bulan lagi.

Khas buat Circle of Eight

Manisnya ikatan yang tercipta. Manisnya pertautan ukhuwwah yang menemukan kita. Kalian pasti tahu, tapi saya tetap mahu memberitahu...

Benar-benar sayang kalian... fillah!

Kita yang takkan pernah terpisah. Selagi menyembah Tuhan yang satu. Selagi mengikuti sunnah Rasulullah. Selagi memegang risalah yang sama. Hati-hati ini kan sentiasa bersama. Pasti kita kan bertemu suatu hari nanti. Dalam liku perjuangan fisabilillah.

"Sesungguhnya Engkau tahu, bahwa hati ini telah berpadu, berhimpun dalam naungan cintaMu, bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan, menegakkan syariat dalam kehidupan, Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, terangilah dengan cahayamu, yang tiada pernah padam, Ya Rabbi bimbinglah kami....."



1. MMS
2. NFS
3. SKMS
4. SA
5. NSS
6. NBN
7. SNM
8. NFR



Circle of Eight... Moga terus tsabat ya akhawati...


Nota hati: Damaikan hatiku dengan ketentuanMu

Rindu Siri 1: Salah ombak atau pengemudi?


Salam dari kampung...

Balik Malaysia, rindu untuk mengetuk keyboard. Tapi bila kat rumah, susah nak dapat internet, banyak perasaan kerinduan yang tertimbun, tertangguh, terhimpun, terpendam, tersimpan. Perasaan yang pasti... Rindu... Rindu... dan rindu... Rindu akan mereka, rindu akan suasana...

Dah hampir 2 minggu tinggalkan Adelaide... Apa yang saya belajar? Bahasa Raeisha...
Shik Yu = Cik Yu
Pitish = Pitih = Duit
Shpin top = Spin Top
Pong = Pond (memang orang jati Teganu ek.. hehe..)
etc

p.s: bahasa Raeisha hampir sume kena ada 'sh' . Ni ke yang kita panggil 'pelat'? haih~~ bila duk jaga budak dua orang ni, baru faham kenapa orang kata kalau nak ada anak, better kalau gap 2 tahun sorang. Dulu tak setuju. Pe salahnya sorang setahun kan. Sekarang, dah angguk kepala. =p Bila ada budak dua orang ni kat rumah, memang takde buat keje lain la. Last-last, bila diorang tido, kita join la tido sekali. Takpe la, practice makes perfect! =)


Sekarang tengah prepare untuk hari bahagia kakak tersayang. Sebulan lebih je lagi tinggal. Moga Allah permudahkan segalanya. Moga keberkatan sentiasa bersama. Amin. Dalam debaran, terasa kesayuan. Untuk me'lepas'kan kakak tersayang...



Sekarang waktu "lapang" sangat banyak. Sangat rindu akan kesibukkan di Adelaide. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Penuh dengan pengisian T & D. Tapi sebenarnya, waktu "lapang" nilah peluang yang Allah sediakan untuk kita penuhkan ruang-ruang ilmu untuk menggerakkan T & D dengan lebih mantap. (Allah akan tuntut janji-janji itu)

Okeylah. Kena gerak balik rumah. Dah seharian duk rumah Abang Yo siapkan kerja. Jadi, masa untuk balik!

p.s: Orang selalu tanya. Macam mana laut? Em... hakikat yang nyata. Penuh dengan "tumpahan minyak". Penuh dengan "plankton-plankton". Penuh dengan "obor-obor" yang berbisa. Saya belum terjun ke laut yang dalam. Sekadar memandang jauh di sudut perigi pantai. Cuma kaki yang cuba bermain ombak di tepi. Itupun kaki dah terhiris. Laut yang dalam? Luka pasti lebih mendalam.

Sekarang baru faham apa makna "benih yang baik, dicampak ke mana-mana pun akan tumbuh menghasilkan sepohon pokok yang subur". Perjuangan di laut, tenggelamnya bukan kerana ombak. Tetapi kerana silapnya pengangkutan yang dibawa. Kekuatan ombak yang bakal menolak dah sentiasa kita tahu. Silapnya jika yang digunakan adalah sekadar rakit. Di sungai pun akan tenggelam, inikan pula di laut. Jika sekadar perahu, di sungai kita dibantu arusnya, di laut, beratnya untuk mendayung melawan ombak. Silap juga jika yang digunakan adalah kapal layar tanpa kemudi. Terumbang ambing dipukul ombak. Belayar mengikut telunjuk angin. Angin meniup ke barat, ke barat lah ia pergi. Angin meniup ke timur, ke timur lah ia belayar. Ampuh. Pegangan yang tak kukuh. Terlalu bergantung kepada suasana. Terlalu bergantung kepada bi'ah. Rupanya selama ini bukannya perjuangan. Tapi sekadar kata-kata yang di lontarkan. Semangat sekadar kerana mengikut teman.

Apa yang sebenarnya kita perlu adalah sebuah kapal, dengan layar yang baik, enjin yang berkualiti, dan kemudi dan mantap. Tak salah ada layar, jika angin yang meniup membawa ke destinasi yang dituju. Tapi, bila angin salah arah, saatnya layar diangkat. Tiba masa kita sendiri pasangkan enjin dan gunakan kemudi membawa ke haluan yang satu.

Kita banyak kerja. Patutnya masa lapang takkan pernah wujud. Masa rehat takkan pernah ada. Perkataan futur takkan pernah menjelma. Kan?


Nota hati: perlukan sokongan untuk menghadapi kehidupan tahun depan. Aku dan Tuhanku. Terima kasih.

Catatan Takdir


4/12/2010, 5.33 pm- North Terrace, Adelaide.

Traffic light King William Street.

Seorang hamba Allah. Allah kurniakan kekurangan. Jalannya tempang. Namun dia gah berjalan. Menghadapi pandangan mata manusia. Menghadapi pandangan mata dunia. Tapi, adakah hidayah miliknya? Saya tertanya.

29/11/2010, Caltex Campbelltown.

"Why are you wearing this? Is it because of your custom?" Tanya kakak cashier sambil tunjukkan kepada tudung yang saya pakai. Pandangannya penuh tanda tanya dan minat.

"No, it's my religion." Saya jawab sambil tersenyum.

Dan perbualan pendek bermula. Seadanya. Namun, bibirnya tak habis-habis menyatakan "it's beautiful". Pada tudung yang saya pakai.

May 2010, dalam bas dalam perjalanan balik ke Evandale selepas habis kerja di Chemist Warehouse Torrensville.

"What do you think about the weather? Isn't it too cold? You know, there will be a time in future when God will make this world so nice to live in. Not too cold, not too hot. Just nice." Ungkapan yang keluar dari bibir nenek yang duduk di sebelah saya dalam bas.

Bila diteruskan perbualan, rupa-rupanya dia adalah "pendakwah" Kristian. Yang telah mengkristiankan dua rakyat Malaysia. Chinese. Sekarang tinggal di Church somewhere in Adelaide. Tak pasti.

Antara suratan atau kebetulan yang sepatutnya dah tercatat di catatanNya.

Soalan yang sentiasa bermain-main di fikiran saya. Jika diberi peluang sekali lagi, mungkin jawapannya akan sedikit berlainan. Tapi takdir Ilahi, diberikan peluang itu di kala tarbiyah baru menapak.

"So, what is your religion?"
I say, "Islam"
"Is it because of your parents? Or is it because of your country?"
I say, "Yes, i've been born as a muslim AND i'm practising it. On my on will."

Nenek terdiam. Mungkin jawapan saya masih tak cukup mantap. Untuk diri sendiri.


.:. Allah berikan peluang. Sebagai duta-duta kecil Islam. Ketika berada di negara bukan Islam. Namun, sebanyak mana kita bersedia memegang tanggungjawab yang sejak lahir kita telah diamanahkan dengannya.


4 Disember 2010

Entry kali ni, bukan nak bercakap tentang dakwah. Betul, itu antara selingan. Tapi, nak merungkaikan maksud yang tersirat di sebalik 3 cerita tadi.

Cerita takdir.

Saya selalu mendengar orang kata, hidup kadang-kala adalah permainan takdir. Betul ke takdir mempermainkan kita? Atau sebenarnya kita yang memandang serong pada keindahan takdir ketetapan Ilahi.

Takdir Allah pada setiap manusia. Ada yang Allah kurniakan banyak kelebihan, namun ada juga yang Allah kurangkan kurniaNya pada sesetengah individu. Kurnia yang saya maksudkan di sini adalah kurnia yang boleh diukur daripada kacamata manusia. Kekayaan, kecantikkan, kedudukan, etc. Itu yang manusia nampak. Tapi pada setiap kekurangan, rupanya Allah nak bagi kurnia yang jauh lebih besar yang hanya boleh diukur pada neraca akhirat.

Tentang takdir, hanya dua benda yang saya nak catatkan. Kesyukuran dan keredhaan.

Syukur atas segala nikmat yang Allah dah takdirkan untuk kita. Sama ada banyak atau kurang. Cerita pertama. Syukur, Allah berikan kesempurnaan pada kita untuk menjalani hidup di atas Bumi Illahi. Cukup sifat, cukup anggota. Kesyukuran tertinggi adalah syukur atas takdir yang telah Allah catatkan untuk kita mendapat hidayah yang hanya milikNya. Tapi, sebanyak mana kita menghargai takdir ini? Tepuk dada sendiri, tanya iman di hati.

Dan redha. Redha atas nikmat yang kita harapkan dan Allah kurniakan. Dan redha jua atas setiap pengharapan yang hanya tersingkap sebagai doa. Dan tidak dibumikan Allah. Mungkin bukan di sini.

Tentang takdir...

Kita ada banyak permintaan. Kita ada banyak pengharapan. Pertama, bila kita memerhati sekeliling. Mahu menjadi seperti mereka. Allah permudahkan jalan, Allah hulurkan pertolongan, Allah berikan kekuatan.

Kedua, bila langkahan dah bermula, permintaan kita bertambah. Mahu menjadi hebat seperti mereka. Allah berikan pertautan hati, Allah bina dzatiyyah diri, Allah didik kematangan tarbawi.

Sekarang, kita nampak marhalah yang dituju. Namun, jiwa bagai makin tamak. Inginkan semuanya dalam satu masa. Sedangkan perjalanan jejak langkah yang bermula belum mencecah usia satu tahun pun lagi. Benar-benar masih anak kecil yang bertatih.



Betul, tak salah untuk percepatkan langkah. Namun salah jika mempertikaikan takdir. Takkan mampu mempercepatkan apa yang dilambatkan, dan takkan sesekali mampu melambatkan apa yang dipercepatkan.

Seorang muslimah...

Yang mencari-cari medan perjuangannya. Ada takdir yang akan menuntun perjalanan.

Sama ada Allah tetapkan kita berjuang untuk senario seperti kedua dan ketiga. Menjadi duta kecil Islam. Menjadi pemangkin kejayaan ummah. Menerusi jalan dakwah pada tahap pembinaan individu muslim, yang benar-benar memahami fikrah.

Ataupun, mujahidah yang membentuk keluarga muslim. Melahirkan jiwa-jiwa untuk berjihad di medan dakwah. Asas kepada penerusan langkahan maratib amal yang seterusnya.

Takdir mana yang Allah tetapkan untuk kita? Kekuatan mana yang Allah berikan kepada kita? Medan mana yang lebih memerlukan kita? Doa mana yang Allah auladkan untuk kita?

Semua dah tercatat di Luh Mahfuz.

Tetaplah redha dengan setiap takdirNya. Sesungguhnya itu benar-benar adalah kekuatan.

Sekarang, menanti skrip seterusnya dalam babak lakonan takdir ketentuan Ilahi.

2010 yang penuh pentarbiyyahan. Yang Allah tahu tarbiyyah mana yang lebih kita perlukan.

Sesungguhnya,
Kelemahan itu akan menguatkan...
Kegagalan itu akan menguatkan...
Kesedihan itu akan menguatkan...
Kegundahan itu akan menguatkan...

2010 bakal tinggal sejarah. Sejarah yang pasti akhirnya akan menguatkan hati.

Nota kaki: Esok akan pulang ke Malaysia, bersihkan hati, bersihkan jiwa. Mungkin saatnya untuk melupakan apa yang menghalang jejak ke hadapan. Dalam jangka masa 3 bulan. Walaupun kita rasa itu yang terbaik, mungkin Allah mahu gantikannya dengan yang lebih baik.

Kembali


Salam ukhuwwah... Salam Illah...

Ijlis bina wanu'min saah... Mari kita duduk sebentar, dan beriman sejenak...

Semalam tertidur dengan 2 kalimat yang benar-benar mengetuk hati di waktu yang tepat...
Tarikan keimanan, tarikan syaitan... Haih~ Sekarang masa untuk bangun! Ayuh bergerak!

"Berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan. Yakinlah, kamu sebenarnya cukup hebat! Hebat jika meninggalkan kesedihan dan menggantikannya dengan semangat pengislahan diri yang jitu dan mantap."
(Ukht Adelaide, 2009)

Sedang kemas meja, terjumpa nota kecil ini. Peringatan daripada seorang ukht yang saya sayangi dan cintai.

Hebat. Benar. Nak jadi hebat! Hebat bukan hanya daripada kehebatan kata-kata. Hebat bukan hanya daripada kebasahan tinta. Hebat bukan hanya daripada semangat di jiwa. Namun, hebat atas kekuatan hati. Hebat kerana tenggelam dalam keimanan kepada Pencinta yang Agung, Ya Illahi.

Nak jadi hebat, ingat senang ke? Tidak. Jalan ni tak pernah menjanjikan tilam-tilam empuk, permaidani merah, wangian bunga-bungaan, sanjungan dan pujian orang-orang. Tidak kan pernah sama sekali.

Jalan ini sentiasa dipenuhi bukit-bukau, rumput rampai, onak dan ranjau, duri yang berbisa, cemuhan, herdikan, kelukaan. Ada yang terkadang diperlekehkan, ada yang terkadang poket kering kontang, ada yang terkadang dipenuhi kesedihan, ada yang terkadang perlu berkorban. Jadi, apa yang indahnya berada di jalan ini? Rasanya semua orang tahu. Cuma terkadang kita mengalihkan pandangan daripada kenyataan yang terang-benderang. Kerana kurangnya kesabaran dalam penantian. Sebuah penantian kepada janji Tuhan. Dek kerana terlalu sayang kepada fatamorgana keduniaan.


Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji Allah, yang demikian itulah kemenangan yang agung.
(Yunus: 62-64)


Tazkirah demi tazkirah. Peringatan demi peringatan. Kenapa perlu mengulang baris kata-kata yang sama. Pesanan yang sama. Isi yang sama. Maksud yang sama. Kerana manusia itu lahir dengan fitrahnya. Lemah ingatan. Lemah keazaman.

Sekarang perlu menapak dengan lebih berani. Lebih matang. Lebih keyakinan. Masa untuk bermanja-manja sudah hilang. Masa untuk hanya bergelak ketawa sudah kehabisan.

Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
(As-syahid Imam Hassan Al-Banna)

Islam adalah untuk jiwa-jiwa yang mencari.

Wahai hamba yang hina. Wahai hamba yang alpa. Belum cukupkah nikmat-nikmat Allah yang melimpah ruah. Belum cukupkah kasih sayang Allah yang tak pernah kenal erti penat lelah. Belum cukupkah perlindungan Allah sepanjang jalan tarbiyyah.





Muslimah yang hebat...
Kenapa? Kerana Islam itu hebat. Dan hanya boleh dipikul oleh orang-orang yang hebat.

Muslimah yang hebat...
Adalah muslimah yang memberi kekuatan. Bukan yang melemahkan. Bukan yang menyusahkan. Bukan yang meminta dimanjakan. Bukan yang hanya membutuhkan perhatian.

Muslimah yang hebat...
Menulis tinta sebagai seorang mujahidah. Bukan seorang insan yang menulis masalah. Bukan seorang insan yang menulis saat rebah. Bukan seorang insan yang menulis resah dan gundah.

Pernah terfikir. Kenapa diselamatkan? Kenapa ditunjukkan jalan? Kenapa dipermudahkan perubahan? Kenapa diberikan peluang?

~PerancanganNya adalah yang terbaik~