Cik Yu dan Raeisha

Date: 4/12/09
Time: 2.54 pm

Dear fwens,

Hari ni genap hari ke 5 berada di rumah di Terengganu. Alhamdulillah. Semua dirasakan sempurna bagi saya.

Raeisha... Hari ni akhirnya kena la melalui satu hari tanpa Raeisha di sisi sebab Raeisha pulang ke rumah nenek yang satu lagi. 4 hari jadi baby sitter Raeisha. Satu pengalaman yang penuh dengan perasaan yang bercampur-baur. Happy, seronok, geram, penat... hehe...

Hari pertama bertemu mata dengan si kecil...Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Sebelum keluar dari baggage collection area, cuma nampak muka Ma dan Abah dari dalam. Bila hampir keluar daripada pintu...tiba2 ternampak abang Yo tengah memegang Si kecil.. Siapa tu??? Dengan hidung yang berair sebab selesema. Raeisha sayang!!!!! Perasaan gembira yang tak dapat digambarkan sebab akhirnya dapat jugak bertemu dengan si kecil itu. Hehe.

Hari pertama Cik Yu dan Raeisha. Awal2 tu memang Raeisha tak nak pun men dengan Cik Yu. Gelak je lebih. Cik Yu nak amek pun Sha tak nak. Tapi bila dah hampir seharian bersama, nak jugak Raeisha dengan Cik Yu. huhu.. Alhamdulillah. Tapi, hari pertama pun Cik Yu dah kena basuh muntah Raeisha, Check Sha bila Sha eyak...huhu.. Sampai Cik Yu yang nak muntah pulak.. ;)

Dah sampai hari kelima ni, Cik Yu dah dapat tidurkan Raeisha, pakaikan Sha lampin, baju, buat susu untuk Raeisha, main2 dengan Raeisha.. Satu pengalaman yang betul2 berharga. Cik Yu sayang Raeisha. Walaupun penat, tapi bila lihat je wajah si kecil yang sentiasa tergelak tu, memberi satu ketenangan buat diri. Wajah si kecil yang bersih daripada sekelumit dosa. Doa Cik Yu untuk Raeisha... Moga dirimu menjadi bidadari syurga seindah wajahmu sayang. Amin...

Siapa cakap jadi ibu ni mudah... huhu..Bila si kecil ok, kita pun akan jadi ok. Bila si kecil dah mula meragam....huhu...satu cabaran buat diri untuk pujuk si kecil berhenti menangis. Betul2 menguji kesabaran. Hehe. Tapi tak pe. Sebab ending nya adalah satu senyuman bila si kecil di buai lena dalam buaian. Chomey...

Sepanjang cuti ni, mungkin tu la keje seharian Cik Yu bila Raeisha ada kat umah. Ni bila Sha takde, rindu pulak Cik Yu dengan Sha. Hehe...

p.s: Tadi check result. Tak kuar lagi. Hati dah berdebar2. Ya Allah. Moga semuanya dipermudahkan....

Sendiri...masa depan

Date: 29/11/09
Time: 11.47 pm ( waktu Malaysia )

Dear fwens,

Tarikh hari ini adalah satu tarikh yang amat penting bagi saya. Akhirnya setelah hampir 10 bulan berada di Adelaide, saya pulang kembali ke tanah air tercinta pada hari ni. Alhamdulillah, saya selamat sampai di KLIA dekat2 pukul 8 malam waktu tempatan. Walaupun sesat dalam sejam lebih jugak dalam KLIA untuk nak cari jalan keluar. Haha. Sekarang ni tengah duduk atas kerusi merah untuk kanak2 main dekat dengan kfc sementara menunggu penerbangan ke Terengganu pada pukul 8.40 pagi esok. Huhu.. Ain baru je melelapkan mata dalam 10, 15 minit lepas sementara tangannya tengah pegang buku novel yang dibeli sebentar tadi. Nasib baik jugak ada sahabat bersama menemani di sisi. Kalau tak, macam takut jugak la nak duduk sorang2 kat airport nih.

Sepanjang penerbangan, banyak benda yang bermain di fikiran saya. Sebagai seorang hamba yang kerdil meniti jalanan sementara di atas bumi ciptaan Yang Maha Kuasa. Dalam flight, saya menonton satu dokumentari. An-Nahl. Lebah.

"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, "Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dihuni manusia, kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan (bagimu)." Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir."
(Al-Nahl: 68-69)


Bagi saya yang cetek ilmunya untuk betul-betul memahami tafsiran kalam Allah ini, dokumentari ini bagai membuka mata tentang bagaimana untuk menghayati setiap ciptaanNya yang begitu sempurna. Sekecil-kecil benda mempunyai maksud yang begitu besar disisiNya dan di sisi setiap hambaNya yang berfikir. Saya tak begitu pandai untuk mengulas kembali setiap bibit-bibit informasi yang saya dapat dari dokumentari tersebut. Saya hanya kongsikan 2 ayat pendek ini untuk saya dan sahabat-sahabat merenung. Indahnya nikmat yang Allah kurniakan untuk hamba-hamba yang kadang-kadang alpa dalam mensyukuri nikmat kurniaanNya...

Em..diri terfikir.. Kalau la result exam baru-baru ni ok, alhamdulillah. Syukur kepadaNya. Tapi, ini juga bermaksud hanya tinggal setahun saja lagi untuk saya berada di bumi Adelaide. 2 tahun yang mungkin merubah segalanya dalam hidup saya. Bila direnung balik, ada lebih dan kurangnya bila saya dan teman-teman diletakkan dalam twinning programme. Lebihnya mungkin sebab bila dah tiba di Adelaide, kami dah cukup matang untuk menjaga diri-sendiri. Kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang, jauh bezanya. Tapi, bila tiba di Adelaide di saat diri dah berada di tahun ketiga, kami bukanlah adik. Untuk dianggap kakak, bukan jugak. Melihat suasana akhawat di Adelaide yang mendamaikan hati, buatkan diri sedikit cemburu. Cemburu melihat keakraban yang dibina atas dasar yang satu. Islam. Sedangkan diri baru memulakan jejak-jejak yang mungkin jauh ketinggalan berbanding mereka.

Bukan hendak memberi sejuta alasan. Benar kata sahabat. Sampai bila kita asyik nak berkata bahawa diri belum sedia. Takkan nak tunggu 20, 30 tahun baru nak sedia menjadikan diri seorang murabbi. Mendidik ke arah Islam. Sekali hidayah Allah datang, terus genggam kuat-kuat, jangan sampai terlepas. Sebab bila sekali terlepas, kita takkan tahu bila "ia" akan datang lagi. Tapi, dengan ilmu yang ada, dengan diri yang agak tak pandai nak mengeluarkan kata-kata yang sedap di dengar... Mampu kah..

Tak terbayang apa akan jadi tahun depan. Adakah 2 tahun tu adalah terlalu singkat buat diri melalui tarbiyah sampai ke arah yang dituju? Mungkin diri yang kena berusaha lebih kuat. Tak dapat hanya nak bergantung pada orang lain. Tapi diri yang kena mengorak langkah dengan lebih cepat. Bersihkan hati, kuatkan tekad, ikhlas kan niat. Moga semua jalan adalah dalam panduanNya. Amin.

p.s: catatan ditulis di KLIA tapi tak dapat di post kan sebab internet tiba-tiba disconnected pulak. huhu.