Kerana kita adalah akhawat...

Masa: 8.47 am
Pukul 9 ada kelas. Jap je lagi... hehe... malas nak masuk awal2. bukan best student pun..=p
Buat sahabat...
Alhamdulillah.. semalam berlangsungnya Iftar Perdana & Malam Kemerdekaan 2010- Adelaide. Alhamdulillah... segala yang dirancang dapat dilaksanakan... Tu kesimpulan keseluruhan...
Perkara di belakang tabir...
Semalam saya diperlihatkan dengan pelbagai perilaku manusia, pelbagai peristiwa, pelbagai pengakhiran. Teringat kata-kata seorang daie bila saya katakan yang saya mahu menjadi matang. Tapi bila di ucap kata-kata ni pada sahabat2, kadang2 ada yang tersenyum. Yang gelak pun ada jugak. Haih~~~ hehe... xpe2..Mungkin kematangan perilaku tu lambat sikit la.. hehe... tapi saya kan dah matang! =p
Tapi kematangan yang di cari adalah kematangan fikiran... Kematangan tindakan... Dan untuk mencarinya adalah dengan "berfikir tentang ummat...mengambil berat perihal ummat". Tu kata2 akhawat yang saya pegang. Dan saya tambahkan dengan, untuk menjadi matang adalah dengan berada di jalan ni. Jalan dakwah ini.
Semalam...
Orang ramai hanya nampak luaran. Tapi banyak benda yang berlaku di sebaliknya. Buat sahabat-sahabat. Semalam adalah ujian... Setiap daripada kita ada ujian yang tersendiri. Pentarbiyahan yang Allah berikan untuk mematangkan kita. Menguatkan kita untuk terus berada di jalan ni. Kerana jika benar fikrah yang kita pegang... Ombak yang lebih kuat akan tiba untuk menguji jiwa-jiwa yang inginkan kemenangan Islam...Memimpin alam sejagat...
Sahabat-sahabat...
Walau sekuat mana pun ombak yang datang... Sedar atau tidak.. Akhirnya pertolongan Allah tu tetap tiba di penghujung nya... Semalam membuktikan segalanya... Betul tak? =)
Okeh... dah lambat!!!! Nak tulis panjang lagi.. tak sempat!!! huu..
Last but not least...
Buat sahabat...
Kita perlu lebih tenang... Perlu lebih kuat... Perlu lebih tabah...
Kerana kita adalah akhawat...
Tamat: 9.05 am

Dah buat satu kesilapan terbesar semalam.... aaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

Marah dengan diri sendiri... haih!

Menulis lagi...

Ramadhan dah menjejak hari ke 10... Hari-hari yang berlalu... Rahmat dari Tuhan yang Maha Pemurah...

Saya memerhati mereka... Batuk, demam, jangkitan mata ( hehe...) Allah memilih mereka untuk merasai kenikmatan ujianNya... Satu peluang untuk meningkatkan pergantungan kepada Yang Maha Kuasa... Satu peluang untuk diampunkan dosa-dosa mereka... Satu peluang untuk menambahkan tahap keimanan mereka di sisi Yang Esa...

Saya?? Ternanti-nanti... Ujian apa yang Allah akan hadirkan buat diri kali ini... Alhamdulillah... Kesihatan sentiasa terpelihara setakat ini... Allah berikan ujian kesihatan... Allah berikan ujian kesyukuran... Bersyukurlah ke atas tiap-tiap sesuatu yang walau sebesar kuman pun takkan mampu kita membalasnya... Setiap nikmat Ar-Rahman...

Tapi bimbang tetap menerjah ke hati... Adakah kesenangan ini... Bermakna semakin jauh diri daripadaNya... Adakah saya akan dilupakan... Takmo2!!!

Sepanjang 10 hari meniti bulan kemuliaan... Berdebar-debar menanti apakah yang akan dihadirkan olehNya? Siapa yang tak gemuruh, risau, takut... Andai kekasih hati melupakan diri... Adakah kerana diri yang makin mundur? Adakah kerana diri yang makin lalai... Nauzubillah... Moga bukan saya yang menjadi mereka yang tercicir...

Mujahadah itu perlu!

Jawapan kepada setiap persoalan hadir semalam...

Itu rupanya...

Berat... Susah... Sakit... Mampu ke??

Dia Yang Maha Mengetahui... takkan saya dibebankan dengan bebanan yang tak mampu ditanggung!

Mujahadah itu perlu! Untuk meraih cintaNya...

Moga Kau tetapkan yang terbaik buat diri... Amin..


Onak duri kehidupan... Jatuh bangun sendirian (Ogos 2010)

Antara semalam dan hari ini

Kadang- kadang, muhasabah diri yang terbaik adalah dengan menoleh ke belakang...

Winter 2010 dah hampir sampai ke penghujungnya..
Winter yang membasahkan...
Winter yang dipenuhi pentarbiyahan...
Winter yang dipenuhi kenangan...
Winter yang dipenuhi tangisan...
Winter yang dipenuhi pengorbanan...
Winter yang dipenuhi ketukan...

Ada yang membuatkan diri maju selangkah... Ada juga yang membuatkan diri takut untuk melangkah... Tidak kurang juga yang menghalang diri untuk terus melangkah...

Diketuk lagi... Gerhana yang cuma sebentar... Keretapi tetap akan meneruskan perjalanan... Bila diri dah diberi tiket untuk turut serta ke medan... Bimbang dan gusar tetap menguasai perasaan... Jika tercicir di pertengahan jalan... keretapi itu tetap juga akan meneruskan perjuangan... Jadi, kuatkan lah pautan... Kuatkan la pertautan... Jauhkan diri daripada menjadi golongan yang tercicir dan kerugian... Kerana mungkin tiket itu hanya diberikan sekali sahaja peluang untuk digunakan...


Diri mengeluh... kerana keresahan hati... kali ini terasa untuk menoleh ke belakang cuma sekali... mungkin ada jalan-jalan yang disusuri dapat dijadikan penawar hati...

Jalan-jalan tarbiyah...


Ada yang diketuk... dengan sejarah...
Ada yang diketuk... dengan usrah...
Ada yang diketuk... dengan dakwah...

Bagi saya... saya diketuk... dengan qudwah... sampai sekarang... tetap juga ketukan utama adalah qudwah...

Tapi... bukan ni yang nak dikongsikan...

Allah jadikan setiap manusia berlainan... Ada kelebihan masing-masing... Ada juga kekurangan masing-masing... Ini lah yang menjadikan manusia itu sempurna... Bila mana kita yang menyempurnakan antara satu dengan yang lain...

Begitu lah jugak dengan pentarbiyahan... Ada sudut-sudut tertentu yang mana jiwa akan tersentuh dengannya... akan tertarik dengannya... Sudut-sudut yang berlainan untuk setiap jiwa yang berbeza...

Bagi saya, satu lagi titik utama ketukan... Yang sehingga sekarang, sentiasa diketuk dengannya... Alhamdulillah... walaupun saya akui, kurniaan Allah pada kelebihan berkata-kata itu bukan milik saya... Dia dah beri lebih daripada itu... Kurniaan pada penglihatan dan pendengaran...

Saya sangat suka memerhati... Memerhati manusia... Gelagat manusia... Kadang-kadang selalu kalau jalan sorang-sorang kat Rundle Mall... Selalu terdetik di hati... Apa la yang orang putih ni tengah fikir... Apa yang dia buat... Apa matlamat hidup dia.. Alhamdulillah... Allah dah bagi pada kita semua hadiah terbesar yang bukan semua orang dapat... dan kita antara orang-orang yang beruntung kerana terpilih untuk memperoleh hadiah ini... Hadiah Islam... Berita terbesar yang Allah kurniakan buat seluruh isi alam... Tapi, adakah kita benar-benar menghargai hadiah terbesar dariNya? Tepuk dada... tanya iman...

Satu lagi ketukan... daripada deria pendengaran... simple... lagu...

Saya saaaaannngaaattt suka dengar lagu... nyanyi lagu... hehe.. walaupun suara takde la sedap mana... kalau buat album pun memang takkan laku... =) tapi.. bagi saya, lagu adalah ketukan yang sangat simple.. tapi sweet...





Lagu kat atas ni antara lagu yang mengetuk jiwa dan hati pada permulaan langkah dulu... Sekarang, buat hati yang keresahan, lagu ini mengetuk jiwa kembali... Mendengar lagu bukan hanya untuk menghiburkan diri... Tapi, dengarlah lagu buat renungan mata hati...

Lagu ni jugak la saya punya alarm clock punya lagu (apekah bahasa ni??? huhu...) Pernah ada orang tegur... alahai... bunyi alarm macam lagi suruh tidur je.. =)

Tapi, lagu ni bagai peringatan buat diri sendiri... (Biar bangun tidur, terus diketuk sikit...hehe) Saya pernah berada di situ dahulu... Pernah satu ketika berada di jalan-jalan yang berlopak-lopak... pache pache (*patchy patchy*)...

KetentuanNya...Allah menghantar diri ke Adelaide... dipertontonkan qudwah... disedarkan kebenaran sejarah... dididik dengan usrah... dibentangkan jalan-jalan dakwah...

Sangat rugilah mereka yang melepaskan... Sangat rugilah mereka yang membiarkan... Sangat rugilah mereka yang melupakan...

Antara semalam dan hari ini...

Semalam yang memberi pengajaran... peringatan... kesedaran...
Semalam juga yang mahu dilupakan...

Hari ini... ujian sentiasa ada... tetapi gerhana itu hanyalah sementara...


Pagi yang membasahkan...
Titis-titis hujan yang membasahkan...
Begitu juga jiwa ini yang dibasahkan...

"Kenapa mata bengkak?" (Anon, 2010)
"Em...baru bangun tido" jawapan standard- maghrib2 ada orang tido ka? haih!

Mata yang bengkak... orang akan nampak... jiwa yang bengkak? Dia Yang Maha Melihat...

Menulis bukan untuk meluahkan isi hati... Sekadar pengubat jiwa nan sepi...

Diri bangkit dari mimpi untuk menemui Rabbi...
Tapi kekacauan jiwa menghantui hati...

Ya Allah...
Aku betul-betul rindukan ketenangan hati...
Rindukan detik-detik aku mengenal diriMu sekali lagi...
Jangan diusik titik ini...
Bimbang jika diri rapuh kembali...

Dalam renyai-renyai hujan...
Bukankah hujan adalah nikmat Ar-Rahman...
Diturunkan buat menyuburi tanah yang ketandusan...

Akulah hamba yang sering kealpaan...
Kemegahan memang bukan calang-calang taklifan...
Tapi jika hanya megah pada catatan dan bukan pada perlakuan...
Kemegahan ini hanyalah satu kesombongan...

Istighfar...

Pasti akan ada laskar pelangi...
Yang datang mengiringi...